Sebut saja Valkyrie, ramai membayangkan plot 21 Julai 1944 untuk membvnvh 4d0lf H1tl3r oleh Kolonel Claus von Stauffenberg. Plot ini kemudiannya diadaptasi ke layar perak menerusi filem Valkyrie (2008) dengan Tom Cruise memegang peranan sebagai Stauffenberg. Hakikatnya, terdapat satu lagi Valkyrie yang jarang disentuh iaitu Valkyrie versi mitologi Norse.
Dari segi bahasa, Valkyrie bermaksud pemilih orang yang telah dibvnvh. Kalau mengikut cerita-cerita tradisi awal Norse, mereka merupakan makhluk halus yang terbang dalam setiap medan pert3mpvran yang disertai oleh orang Norse/Viking dan mencari mana-mana pahlawan/t3nt3ra yang gugur. Ini sekaligus menentukan nasib mereka untuk Odin.
Bersesuaian dengan maksud namanya iaitu pemilih orang yang telah dibvnvh, pahlawan/t3nt3ra yang dipilih akan dibawa oleh Valkyrie merentasi Bifrost (jambatan pelangi) dan menuju ke Valhalla. Valhalla ialah syurga bagi t3nt3ra/pahlawan Norse yang terbvnvh di medan pert3mpvran dan merupakan tempat mereka bersedia membantu Odin menghadapi Ragnarok.
Menariknya, cara mereka menarik ‘mangsa’ mereka sungguh licik termasuk menggunakan sihir terhadap sasaran mereka. Ini bermakna mana-mana pahlawan/t3nt3ra yang memikat hati mereka, maka Valkyrie akan melakukan apa saja bagi memastikan mereka menjadi Einherjar (t3nt3ra Odin untuk Ragnarok) dan m4t1 di medan pep3r4ngan.
Contoh perangai mereka dapat dilihat dalam sajak Darraðarljóð yang dicatat dalam Njal’s Saga. Dalam sajak tersebut, 12 Valkyrie dilihat berada di medan pert3mpvran sebelum Pert3mpvran Clontarf tercetus. Mereka menggunakan mesin tenunan dan menenun nasib tragis sesiapa saja yang dipilih mereka (perihal mereka hampir sama dengan Norn yang bertanggungjawab menenun takdir manusia dan dewa-dewi Norse).
Benang tenunan Valkyrie ialah usus-usus, kepala-kepala manusia yang dip4ncvng sebagai pemberat dengan p3d4ng dan anak p4n4h sebagai pemvkvl mereka. The Saga of the Volsungs menggambarkan memegang Valkyrie seperti merenung api. Kisah sama turut didapati banyak kisah lama membabitkan orang Germania dan Celt.
Dalam cerita tradisi Norse seterusnya, elemen ng3r1 yang membelenggu Valkyrie dibuang dan digantikan dengan elemen-elemen berbaur romantis. Dalam cerita sebegini, Valkyrie ialah isteri kepada setiap t3nt3ra Einherjar dan melayan mereka dengan jamuan makanan semasa di Valhalla. Mungkin ramai menganggap mereka ini sebagai pelayan tetapi dalam tradisi Norse, ratu/permaisuri melayan orang kehormat sebagai tanda penghormatan mereka.
Bila mereka di medan p3r4ng pula, Valkyrie akan bertukar menjadi puteri angsa. Tanpa jubah mereka, mereka boleh terperangkap di dunia nyata tanpa berpeluang kembali ke alam ghaib.
Terdapat beberapa versi puteri angsa yang ada kaitan dengan Valkyrie. Dalam kisah pertama, seorang lelaki menjumpai seorang Valkyrie yang sedang enak bersiram dalam bentuk puteri angsanya. Selepas mengambil jubah wanita tersebut, dia mengahwininya dan rumahtangga mereka bahagia selama bertahun-tahun.
Selepas bertahun-tahun, si Valkyrie menemui semula kain yang diambil suaminya lalu dia kembali semula ke alam ghaib. Sang lelaki yang merasa sedih dengan pemergian cinta pertamanya itu buntu bagaimana hendak mendapatkan semula wanita yang dicintainya itu. Lalu dalam perjalanannya, si lelaki berjumpa dengan seorang tua yang merupakan raja dunia haiwan.
Sang raja memberitahunya bagaimana hendak menyeberang ke alam sebelah sana dan bagaimana memenangi semula isterinya itu. Sebaik tiba, dia berjaya menemui sang Valkyrie yang menakluk hatinya itu. Tetapi si isteri memberitahu untuk memenanginya semula, dia harus menyelesaikan satu daripada tiga tugasan sukar.
Ujian-ujian ini selalunya diberi sama ada oleh si isteri, kakak-kakaknya atau mana-mana saudara mara Valkyrie. Selepas si lelaki berjaya menyelesaikan semua ujian yang dilemparkan terhadapnya, si isteri kembali bersamanya dan hidup bahagia pada akhirnya.
Dalam versi kedua, kisahnya hampir serupa dengan versi kisah pertama. Bezanya ialah kebahagiaan mereka dirobek apabila si isteri dibvnvh oleh seorang wanita yang gila bayang terhadap suaminya itu. Semasa di alam barzakh, dia berupaya mengenali siapa yang bertanggungjawab membvnvhnya. Sebelum si suami dan pembvnvhnya disatukan, Valkyrie kembali dan membvnvh pesaingnya itu.
Jika bukan sebagai wanita yang mencintai Einherjar, kadang-kadang Valkyrie muncul sebagai mentor kepada t3nt3ra yang ditakdirkan kembali ke negeri cacing. Selain bertanggungjawab melatih mereka dengan seni pep3r4ngan dan etika pertarungan, kadang-kadang Valkyrie muncul sebagai pelindung mereka atau sebagai pemberi amaran secara langsung atau dalam alam mimpi.
Misalnya, seorang lelaki bermimpi melihat si Valkyrie menukar organ dalamannya dengan jerami bagi membolehkan dia kelihatan kebal di medan pert3mpvran. Melalui alam mimpi juga, mereka bukan sekadar meramalkan kem4t1an seseorang tetapi juga pengakhiran sesebuah pert3mpvran. Contohnya, cahaya Aurora yang dilihat pada waktu malam merupakan refleksi p3d4ng mereka pada perisai.
Dalam sesetengah kes, ada Valkyrie yang jatuh hati dengan t3nt3ra/pahlawan yang dilatih mereka seperti yang dinyatakan dalam mitologi Norse. Mereka mengajarkan cara pertarungan yang diamalkan Odin, memberi nasihat dan menginspirasikan mereka semasa di medan p3r4ng. Apabila tiba masanya, Valkyrie ini akan menunggu kekasih mereka dan membawa mereka ke Valhalla.
Dan siapa sangka kisah Valkyrie ini ada kaitan dengan cerita dongeng Sleeping Beauty menerusi Saga Volsung. Dalam saga tersebut dan kebanyakan adaptasi, Brynhildr sebenarnya seorang Valkyrie tetapi dihukum tidur sepanjang hayat oleh Odin sebagai kerana enggan mematuhi perintahnya. Satu-satunya cara menyelamatkan Brynhildr ialah menciumnya selepas melepasi dinding api yang mengelilinginya.
Seorang pahlawan bernama Sigurd berjaya menyeberangi halangan tersebut dan menciumnya. Dari situ, kedua-duanya jatuh cinta pandang pertama dan sudah mula membuat persiapan perkahwinan mereka. Tetapi kerana didorong oleh keinginannya yang suka mengembara, Sigurd meneruskan pengembaraannya ke dunia luar sementara Brynhildr setia menunggu kepulangannya.
Tetapi dalam perjalanan, pahlawan itu termakan ubat pengasih yang menyaksikan Sigurd jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Gudrun dan menolak cinta tunangnya itu. Ini sebenarnya plot yang diatur oleh Gudrun dan abangnya, Gunnar yang gila bayang terhadap Brynhildr. Sigurd turut dipujuk menyamar sebagai Gunnar dan mengejar cinta tunangnya itu.
Sebaik mengetahui apa yang berlaku dan lelaki yang dikahwininya bukan Sigurd, Brynhildr mengaturkan agar bekas tunangnya itu dibvnvh. Tetapi selepas mengetahui berita kem4t1an bekas kekasihnya itu, dia terus patah hati dan mengambil keputusan untuk dib4k4r bersama m4y4t bekas kekasihnya itu.
Dengan sedikit pengubahsuaian, inilah permulaan kisah Sleeping Beauty yang kita ketahui hari ini. Ia sudah banyak diadaptasi ke layar perak dan kaca televisyen termasuk filem Sleeping Beauty (1959), filem Maleficent (2014) dan Once Upon A Time (siri televisyen terbitan ABC).
RUJUKAN:
McCoy, D. VALKYRIES. Norse Mythology for Smart People.
Parkes, V. (2020). The Bold and Beautiful Valkyries and Their Mortal Lovers. Ancient-Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih