Tatkala negara-negara dunia sibuk membangunkan vaksin wabak Covid-19, sebilangan saintis menyuarakan kebimbangan mereka bahawa sebarang cubaan menghasilkan vaksin berkenaan bakal berakhir dengan kegagalan. Pandangan ini disuarakan oleh Ketua Pegawai Perubatan UK, Christopher Whitty semasa memberi jawapan di Parlimen UK pada minggu lepas.
Whitty menyuarakan kebimbangan tersebut selepas wujud kes-kes di mana bekas-bekas pesakit Covid-19 yang pulih kembali dijangkiti semula. Ini ditambah vaksin untuk semua jenis koronavirus lain tidak diluluskan untuk penggunaan sama ada di Amerika Syarikat atau Britain setakat ini.
Semasa memberi keterangan kepada jawatankuasa Parlimen, Whitty mendedahkan imuniti terhadap koronavirus dilihat berkurangan dengan cepat. Selain beliau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyuarakan isu sama dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebagai maklum balas kepada rancangan beberapa negara yang mahu memperkenalkan pasport imuniti, WHO berpandangan tiada bukti yang menunjukkan orang yang pulih dari Covid-19 dan mempunyai antibodi boleh terlindung dari ancaman jangkitan kedua.
Wakil khas WHO, Dr David Nabarro memberi amaran dalam sesetengah kes virus, agak sukar bagi sesebuah vaksin dibangunkan. Beliau menambah, “Justeru dalam masa terdekat ini, kita harus mencari jalan meneruskan kehidupan dengan virus ini sebagai ancaman berterusan.”
Di sebalik pesimisme sesetengah saintis sama ada vaksin Covid-19 dapat dibangunkan, itu tidak pula bermakna menolak vaksin yang mempunyai keberkesanan yang terhad terhadap penyakit berkenaan. Menurut Whitty, sekiranya vaksin tersebut dapat dibangunkan dan diberi kepada semua, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bilangan kem4tian akibat Covid-19.
RUJUKAN:
Blenkov, Adam. (2020). Scientists fear the hunt for a coronavirus vaccine will fail and we will all have to live with the ‘constant threat’ of COVID-19. Business Insider. https://www.businessinsider.my/coronavirus-vaccine-may-be-impossible-to-produce-scientists-covid-2020-4?r=US&IR=T
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih