Dalam setiap permainan video, filem atau siri televisyen, rejim Jerman semasa Pe.ra.ng Dunia Kedua (WWII) sentiasa digambarkan sebagai terdesak untuk mengakali pihak Bersekutu. Kekalahan demi kekalahan di setiap medan mendorong rejim mencari Wunderwaffe untuk membantu mereka menang pada akhir pe.ra.ng. Rupanya, pihak Bersekutu atau lebih tepat Britain juga sibuk mencari Wunderwaffe mereka untuk mengakali pihak Jerman.
Antara idea Wunderwaffe yang dicadangkan kepada Perdana Menteri Sir Winston Churchill ialah menggunakan an.tr.aks. Benar, an.tr.aks tidaklah sehebat kereta kebal Tiger atau pesawat Messerschmitt Me 163 Komet yang digunakan pihak Jerman. Tetapi jika bakteria Bacillus anthracis ini dihela oleh manusia atau haiwan, ia boleh membawa ma.ut. Tetapi jika mangsa hanya makan makanan tercemar atau mendapat rawatan awal, peluang untuk selamat sekitar 60%.
Bagi mana-mana ten.te.ra yang dijangkiti an.tra.ks, peluang untuk selamat amat rendah lebih-lebih lagi di medan pe.ra.ng. Dan ini memberi idea kepada perancang-perancang pe.ra.ng Britain mencadangkan kek-kek yang disuntik bakteria itu digugurkan oleh pesawat-pesawat RAF di kawasan padang rumput sekitar Jerman. Dari situ, lembu-lembu ini akan makan kek tersebut sekaligus dijangkiti an.tr.aks.
Terdapat tiga kesudahan untuk lembu-lembu ini – ma.ti, menjangkiti lembu lain dan ma.ti atau menjangkiti manusia dan ma.ti. Rancangan yang dipanggil Operasi Vegetarian ini bertujuan untuk menghapuskan rantaian bekalan makanan pihak musuh sekaligus melemahkan kedudukan mereka. Nama Vegetarian dipilih kerana sekiranya pihak Jerman tidak dapat memakan daging ekoran isu daging tercemar, ia pasti melemahkan moral mereka.
Tetapi malangnya, para perancang pe.ra.ng tidak sedar usaha sebegini pada dasarnya merupakan pe.ra.ng biologi ke atas Jerman. An.tr.aks tidak memilih siapa mangsanya sama ada pihak rejim atau orang awam dan ia boleh menyebabkan jutaan nyawa melayang. Andainya Jerman tahu hal ini, sudah pasti mereka tidak teragak-agak untuk melakukan perkara sama terhadap pihak Bersekutu.
Di sebalik kebimbangan perkara yang dibangkitkan, pihak ten.te.ra menguji keberkesanan Operasi Vegetarian di Pulau Gruinard, Scotland pada 1942. Kambing biri-biri yang dijangkiti ma.ti dalam tempoh beberapa hari. Tetapi jangkitan an.tr.aks yang meluas sekitar pulau berkenaan memaksa kuarantin dikuatkuasakan di Gruinard dengan semua kambing biri-biri yang ma.ti ditanam.
Britain menyangka isu tersebut telah berakhir. Tetapi entah bagaimana, salah satu bangkai dikeluarkan dan dibawa arus ke tanah besar Scotland. Bangkai tersebut dimakan sedikit oleh seekor anjing yang kemudiannya menjadi pencetus endemik an.tra.ks membabitkan penduduk tempatan dan haiwan peliharaan.
Bagi para perancang, walaupun ia mencetuskan keributan dalam kalangan penduduk tempatan, ia masih lagi satu rancangan yang baik. Lantas, ia terus ditambahbaik tetapi semuanya berubah pada musim panas 1944. Pada ketika itu, pihak Bersekutu sudah mendarat di Perancis dan mula mara ke Jerman. Dengan Rusia juga sedang mara dari sebelah timur pasca-Stalingrad, kekalahan Jerman merupakan satu prospek yang pasti.
Lantas, Churchill yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan mengarahkan Operasi Vegetarian dihentikan. Jangkitan an.tr.aks terus membu.n.uh haiwan di Pulau Gruinard di sebalik usaha mengekang jangkitan. Menjelang tahun 1990, an.ca.man an.tr.aks di pulau berkenaan berakhir.
Nota kaki
Wunderwaffe – sen.ja.ta bersifat revolusi yang diharap dapat mengubah haluan pe.ra.ng Jerman semasa WWII.
RAF – Tentera Udara Diraja
RUJUKAN
Felton, J. (2021, 17 November). Operation Vegetarian: The Plan To Drop An.th.rax Cakes On Germany, DITAPIS Millions. IFLScience.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih