Masa kecil-kecil dulu, ibu kita selalu suruh kita belajar rajin2, nanti dah besar boleh jadi doktor dan dapat gaji besar.
Semua dari kita pasti pernah mengalaminya. Tapi harini, aku nak cerita satu kisah unik tentang ekonomi di Negara Caribean, Cuba. Dimana seorang pemandu teksi boleh menjana pendapatan 60 dollar sehari, berbanding doktor yang hanya dapat gaji 40 dollar SEBULAN!
Macam mana perkara ni boleh berlaku? Tak terlintas logik akal, seorang pekerja kelas berkemahiran rendah boleh menjana 1 bulan setengah gaji seorang doktor dalam masa 1 hari. Malah lebih mengejutkan, gaji arkitek pula hanya 20 Dollar Sebulan! Mantap Pak abu!
Untuk kita fahami situasi ini, aku akan bawak korang menyelami sejarah Negara Cuba ni.
Pada tahun 1959, Bekas Presiden Cuba, Fidel Castro telah melancarkan sebuah revolusi komunis di negara Cuba. Setelah revolusi itu berjaya, beliau telah merampas kesemua aset dan perniagaan menjadi milik kerajaan. Restoran, hotel, kilang, tanah rakyat, pasaraya malah gerai tepi jalan pun semuanya habis dirampas olehnya.
Korang mesti tengah tertanya sambil menggaru kepala? Semua ini berlaku kerana sistem ekonomi komunis berasaskan sektor milik kerajaan semata-mata tanpa wujudnya sektor swasta dan elemen kapitalis dalam kerajaan. Maknanya, setiap perusahaan milik kerajaan sepenuhnya dan tiada daya saing dalam pasaran oleh kerana hanya ada satu pengeluar sahaja.
Malah kalau korang pergi ke Cuba dan teringin nak makan street food, lupakan niat tu. Sebab setiap kedai hanya akan jual ham sandwich. Ya, tu sahaja yang korang akan jumpa kerana semua kedai milik kerajaan dan mereka hanya mengeluarkan produk itu sahaja ke restoran.
Lebih menyedihkan lagi dengan sistem komunis ini, semua pekerja restoran tersebut dibayar dengan gaji yang sama. Tak kira walaupun dalam sehari, kau jual 20 sandwich tetapi rakan sekerja kau hanya jual 3 sandwich, semuanya akan mendapat ‘income’ yang sama dan sudah tentunya, sistem ini tidak menjadi dan gagal kerana daya saing hampir tidak wujud langsung.
Timbul lagi satu persoalan, bagaimana doktor, arkitek dan akauntan mampu untuk hidup dengan hanya berbekalkan gaji yang sedikit?
Jawapannya, walaupun sistem komunis ini lemah, namun ada sisi baiknya. Negara Cuba memperkenalkan satu sistem dipanggil “Kad Catuan”. Program ini wujud sekian lama dimana kerajaan akan menyediakan barangan keperluan asas seperti minyak, tepung, gula, garam dan sebagainya, Pendek kata, Kerajaan akan tolong belikan semua itu kepada korang.
Pada mulanya, program ini berjalan lancar malah mendapat sambutan. Namun semua ini terjadi kerana bantuan subsidi besar-besaran daripada Soviet. Setelah keruntuhannya, keadaan menjadi lebih teruk dimana barang keperluan asas yang dibekalkan semakin hari semakin sedikit kerana kurangnya dana dari kerajaan.
Disebabkan itu, pada tahun 2008, Presiden Cuba, Raul Castro yang juga merupakan adik kepada Fidel Castro telah mula membenarkan beberapa sektor swasta dibuka dan bilangannya meningkat dari tahun ketahun. Namun walaupun terdapatnya peningkatan, cuma 20% sahaja sektor swasta wujud dalam keseluruhan ekonomi Cuba
Oleh itu, wujudnya ‘trend’ dimana sebilangan besar golongan akademik dan pekerja professional bertukar bidang menjadi pekerja kelas rendah dan memohon lesen perniagaan untuk membuka kedai gunting rambut, restoran sendiri, pemandu pelancong dan menjual surat khabar ditepi jalan. Semua orang terpaksa melakukan 2-3 pekerjaan hanya untuk survive dan sesuap nasi. (ada nasi ke kat sana?) .
Aku pernah terfikir, kalau kau sekolah kat cuba lepastu ada reunion, mesti geng pemadu teksi akan rasa hebat sebab ada gaji lebih tinggi dari orang lain. Yang jadi doktor pulak tak datang sebab malu gaji kecik.
Artikel dikirimkan oleh Hazimisan untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih