Aku punya ulasan ringkas ini mulakan terus dengan penghujung forum bila ada geng Chola menyerang forum. Aku rasa babak inilah yang paling dinantikan kita semua berbanding perbentangan fakta berjela-jela pada panelis. Dipenghujung forum, terdapat seorang uncle dalam gambar di bawah yang bertanyakan tiga soalan ini kepada para panelis:
1. Apa rasionalnya diadakan wacana ini?
2. Kenapa tak cerita dalam wacana ini sejak sebelum abad pertama sehingga abad ke-19?
3. “I’ve found that some of the facts are distorted” (tapi tak bagi pulak apa benda yang distorted.)
Soalan 1 dah dijelaskan oleh Prof Dr. Supyan sendiri iaitu semasa awal mukadimah wacana oleh beliau. Ringkasnya lebih kurang untuk menonjolkan isu dan fakta berkaitan dalam aplikasi masyarakat di luar bilik kuliah. Ia untuk mengenengahkan diskusi ilmiah kepada masyarakat supaya nilai kesarjanaan akademia dapat menjadi pegangan umum dan tidak sekadar bersandarkan sensasi dan retorika semata-mata.
Soalan 2 pula dijawab oleh Prof Dato’ Murad Merican. Secara asasnya kerana faktor masa yang diperuntukkan. Dr Azharuddin Mohd Dali menambah bahawa gabungan pembentangan jika diselusuri merangkumi tempoh masa tersebut.
Kecuali pendapat dia ni tentang “distorted facts” dia jelaskan lebih lanjut, panel tak dapat nak mengulas tentang pendapat dia ni.
Keluar Dewan Senat, media kumpul kat dia, sekali lagi macam-macam claim yang dia buat, penghujungnya aku dengar perkataan “distorted” tu tadi. Bila ditanyakan mengenai apa yang “distored”, tak dapat dijelaskan.
Dalam berkerut dahi aku dengar dia pumpang pada media, berombak jugalah dada nak melawan Chola ni tadi tapi sabar kan separuh dari iman. Taknaklah rosakkan reputasi akademia. Padahal aku cuak jugalah takut berkicap kat situ nanti. Lepas tu kena kedalam kang sabun jatuh jangan kutip bak kata kau.
Tapi aku sepertimana yang aku jangkakan, media telahpun sensasikan pendapat distorted dia ni. Tapi sekurang-kurangnya, uncle India ini bertanyakan soalan daripada sekelumit geng Chola yang turun ke forum, yang tidak terkutik pun keberanian mereka mencabar hujah-hujah para pembentang, berbanding uncle ini yang sebenarnya datang lambat ke wacana.
Ringkasnya, wacana berlangsung sangat aman dan harmoni. Paling seronok bila ramai wakil pelajar dari UA lain hadir, Pemuda MIC (dirujuk sebagai gentleman oleh Prof Supyan) dan wakil NGO lain hadir. Ramai anak muda, pelajar-pelajar UKM dan UA lain hadir. Paling bagus, ramai anak muda belia India hadir. Satu benda yang jarang aku lihat (tak pernah lagi sebenarnya) sejak dua tiga tahun hadiri apa-apa sesi wacana cendekiawan atau talk umum di UKM ni.
Tentang pembentangan, selain Prof Dato’ Murad yang lebih filsuf pembentangannya, menyentuh polemik yang cuba dimainkan kumpulan-kumpulan tertentu, pembentangan Dr Azharuddin lebih rapat dengan sejarah pasca kolonial dan pra merdeka masyarakat India dan Tamil di Malaysia, kerana itu kepakarannya dan kajiannya sejak 20 tahun.
Dr Suffian Mansor pula lebih tekankan tentang pergerakan etnik Cina ke Tanah Melayu, tapi PM Dr. Zul paling direct dan banyak sekali dibentangkan bukti empirikal termasuk sumber-sumber bertulis dan inskripsi, manuskrip dan hikayat segala macam syair dari India sendiri. Ya, dari India sendiri tentang Tanah Melayu, lebih tepat Kedah Tua yang dimiliki oleh Melayu.
Jadi begitulah sekitar wacana tu tadi. Tajuk kontroversi, pengisian steady. Tapi preman ada tadi, possibly SB pun ada kot. Standby kot ada Chola hendak menjarah la kot. Maklumlah wacana pasal geng Chola inilah katakan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih