Mana-mana filem Mamat Khalid yang masuk ke panggung, saya tidak akan berfikir dua kali untuk menontonnya. Lebih-lebih lagi untuk sekuel Hantu Kak Limah yang ditunggu-tunggu ini. Sebetulnya filem ini tidak menghampakan saya dan anda semua. Percayalah!
HANTU KAK LIMAH MENYERAMKAN
Kali ini watak Dermawati menyeramkan. Berbeza dengan watak dulu yang hantunya olok-olok. Kak Limah kali ini betul-betul menjadi hantu. Ada beberapa scene yang sangat mendebarkan persis menonton cerita horror yang serius. Tetapi dengan kreativiti abang Mamat, setiap adengan yang menyeramkan itu akan disudahkan dengan jenaka yang akan membuatkan gusi anda sentiasa basah.
YEH SEKUPANG, ROPIE DAN SYARWANI MENCUIT HATI
Ketiga-tiga ini adalah pendatang baru bagi sekuel Hantu Kak Limah. Namun bagi saya, watak lucu mereka akan dikenang sepanjang zaman. Merekalah sebenarnya yang memandu filem ini sehingga tamat. Ada beberapa plot yang dilakonkan oleh mereka di samping Awie mengingatkan saya kepada ceritera P.Ramlee. Tetapi telah diolah dengan baik untuk membuatkan anda menangis kerana ketawa.
GABUNGAN LOGHAT PERAK DAN LOGHAT UTARA
Sesiapa yang berminat untuk mempelajari tentang masyarakat di negeri Perak inilah filem yang sesuai. Awie dan Syarwani bercakap dalam loghat asli negeri Perak. Bolehlah kita menambah vocabulary daripada mereka. Manakala Ropie dan Yeh Sekupang menggunakan loghat utara yang pekat, seolah-oleh mewakili loghat Taiping. Gabungan ini menambah rencah lawak-lawak kampung di dalam filem ini.
ZUL ARIFFIN WATAK TEMPELAN
Sebenarnya jika tidak ada Zul Ariffin pun filem ini tetap best. Walaubagaimanapun, Zul Ariffin berjaya membawa watak bomoh yang kalah dalam pertempuran dengan Kak Limah. Ia tetap menghiburkan, tetapi lakonannya tidaklah berimpak tinggi.
SABRI YUNUS PENGGANTI PAK JABIT
Seperti Zul Ariffin watak Sabri Yunus juga tidak kurang hebatnya. Wataknya seakan-akan pengganti watak Pak Jabit sebagai seorang tua yang gila bercakap dan gila jawatan.
SUASANA KAMPUNG DAN SUNGAI
Secara total filem ini berlatar belakangkan kampung. Ia ditambah dengan penggunaan sampan dan sungai yang mengingatkan saya kepada sejarah sungai yang pernah jadi laluan penting bagi masyarakat Melayu. Sesiapa yang berasal dari kampung, filem ini pastilah akan mengimbau zaman kanak-kanak anda.
FILEM YANG AKAN MEMBUAT ANDA MENONTON BERULANG KALI
Seperti yang saya katakan tadi. Filem ini akan diulang tonton banyak kali. Ia bakal kekal menjadi hiburan generasi mendatang. Sesuai juga ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.
Rating 4.5/5
Akhir sekali, jangan lupa dapatkan buku kami yang baru sahaja dibuka pratempah pada pautan http://bit.ly/pratempah. <==== KLIK PAUTAN INI.
Harga diskaun dalam gambar hanya sampai tempoh pra- sampai 24/8/2018. Pembelian adalah seperti pembelian di atas talian di Lazada, Shopee dan seumpama dengannya!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih