Cleaner Shrimp atau udang pembersih adalah nama umum untuk kumpulan udang berkaki sepuluh yang membersihkan tubuh organisma lain dari parasit. Mereka tergolong dalam mana-mana tiga keluarga, Hippolytidae (termasuk udang pembersih Pasifik, Lysmata amboinensis), Palaemonidae (termasuk Periclimenes magnificus) dan Stenopodidae (termasuk udang karang berbelang, Stenopus hispidus). Istilah “udang pembersih” kadang-kadang digunakan lebih khusus untuk keluarga Hippolytidae.

UDANG PEMBERSIH PASIFIK (Lysmata amboinensis)

GAMBAR 1: UDANG PEMBERSIH PASIFIK

Lysmata amboinensis adalah spesies udang omnivor yang dikenal dengan beberapa nama umum termasuk udang pembersih Pasifik. Spesis ini dianggap sebagai udang pembersih kerana spesis udang ini memakan parasit dan tisu mati dari ikan, menjadikan sebahagian dari makanannya. Spesies ini merupakan spesis terpenting dalam ekosistem terumbu karang dan habitatnya meluas di kawasan tropikal yang biasanya tinggal pada kedalaman 5-40 meter.

L. amboinensis mempunyai skala tubuh badan sepanjang 5-6 sentimeter dan memiliki antena putih yang panjang. Udang dewasa berwarna pucat dengan garisan memanjang pada karapas mereka. Garisan itu terdiri daripada satu garisan putih dengan garisan merah tua yang lebih lebar di kedua-dua sisinya. Spesis udang memiliki tempoh peringkat larva yang panjang dan pematangan seksual yang luar biasa, awalnya menjadi jantan tapi menjadi hermaprodit (individu mempunyai dua jantina) ketika menjadi matang.

L. amboinensis sangat popular sebagai perhiasan rumah dan akuarium umum dimana biasanya disebut sebagai udang pembersih skunk. Hal ini disebabkan karakter udang yang mempunyai warna mencolok mata, bersifat damai, dan mempunyai hubungan pembersihan simbiosis yang bermanfaat yang boleh disaksikan dalam akuarium.

Udang pembersih mendapat gelaran sedemikian karena mereka menunjukkan simbiosis pembersihan dengan ikan lain dimana udang secara spontan membersihkan parasit dari tubuh ikan. Spesis udang ini juga sering melakukan hubungan tersebut dalam kawasan air masin.

L. amboinesis tidak hidup dalam berkumpulan. Spesis ini lebih suka hidup berpasangan, serta mereka mendapatkan banyak nutrisi dari membersihkan parasit dan tisu mati dari ikan. Perilaku persenyawaan udang ini telah diselidik di mana ia melibatkan ritual kecil: sepasang udang hermaprodit matang akan memulakan ritual dalam waktu menanggalkan kulit (moulting), persenyawaan berlaku seketika semasa menanggalkan kulit, di mana seekor udang bertindak sebagai jantan dan diikuti oleh pasangannya yang bertindak sebagai betina.

ANCYLMENES MAGNIFICUS

GAMBAR 2: ANCYLMENES MAGNIFICUS

Ancylomenes magnificus adalah sejenis udang pembersih yang biasanya ditemui di Samudera Barat Pasifik pada kedalaman 3-29 meter. Udang ini banyak ditemui di karang scleractinian, karang Catalaphyllia dan spesis anemone bernama Dofleinia armata. Mereka memiliki tubuh lut sinar kecuali pada karapas dan segmen pada abdomen yang memiliki garisan berbintik putih yang digariskan dengan garisan merah. Ekor dan bonggol di abdomen juga berwarna putih.

STENOPUS HISPIDUS

GAMBAR 3: STENOPUS HISPIDUS

Stenopus hispidus ialah spesis udang berkaki sepuluh dalam kumpulan infraorder Stenopodidea. Nama biasanya adalah udang karang berbelang dan udang pembersih berbelang. Spesis udang ini mempunyai habitat yang bertabur di pan-tropika, sehingga ke beberapa kawasan beriklim sederhana. Spesis udang ini didapati di Lautan Atlantik Barat dari Kanada ke Brazil, termasuk Teluk Mexico. Di Australia, habitatnya di selatan sejauh Sydney dan juga ditemui di sekitar New Zealand.

Panjang tubuh badan Stenopus hispidus boleh mencapai 60 milimeter, dan mempunyai warna tubuh badan yang menarik perhatian. Warna pada bahagian bawah tubuh adalah lut sinar, tetapi karapas, abdomen dan pereiopod ketiga besar adalah berbelang merah dan putih. Antena dan pereiopods lain berwarna putih. Abdomen, karapas dan pereiopods ketiga diliputi dengan duri.

Stenopus hispidus hidup di bawah zon intertidal, pada kedalaman sehingga 210 meter di terumbu karang. Spesis udang ini melakukan tugas pembersihan, melepasi individu (ikan) ke individu yang lain, dengan perlahan-lahan melambai sesungut putih yang panjang. S. hispidus menggunakan tiga pasang cakar untuk mengeluarkan parasit, kulat dan tisu rosak dari ikan. Spesis udang ini mempunyai kehidupan sebagai monogamy, iaitu mempunyai pasangan sekali dalam seumur hidup.

SIMBIOSIS PEMBERSIHAN (Cleaning symbiosis)

GAMBAR 4: SIMBIOSIS EMBERSIHAN ANTARA BELUT MORAY & UDANG PEMBERSIH PASIFIK

Pembersihan simbiosis adalah sebuah kesatuan yang saling menguntungkan (simbiosis) antara dua spesies, di mana satu spesis (pembersih) mengeluarkan dan memakan parasit dan bahan-bahan lain dari permukaan tubuh spesus lain (pelanggan). Pembersihan simbiosis adalah simbolik dalam kalangan ikan laut, terdapat beberapa spesies ikan pembersih, terutamanya wrasses tetapi ada juga spesies dalam genus lain, khusus untuk memperoleh makanan dengan membersihkan ikan besar dan haiwan laut yang lain. Simbiosis pembersihan juga berlaku antara burung dan mamalia, dan dalam kumpulan haiwan lain.

Kelakuan pembersih sesame haiwan telah pertama kali diterangkankan oleh ahli sejarah Yunani Kuno iaitu Herodotus dalam kira-kira 420 SM. Herodotus mendakwa bahawa buaya Nil mempunyai apa yang kini dipanggil sebagai simbiosis pembersihan dengan burung dia gelarkan iaitu trochilus, kemungkinan besar adalah burung Sandpiper. Walaupun hujah Herodotus mengenai simbiosis pembersihan adalah benar, terdapat sedikit bukti dalam populasi buaya ketika itu.


GAMBAR 5: HERODOTUS

Peranan simbiosis pembersihan telah dibahaskan oleh ahli biologi selama lebih tiga puluh tahun. Ada yang percaya bahawa pembersihan mewakili kerjasama tanpa kepentingan diri, hanya hidup dengan simbiosis sebegitu semula jadi. Robert Trivers, ahli biologi Amerika pula berpegang bahawa ia menggambarkan sebuah hubungan kepentingkan diri bersama, altruism timbal balik. Pendapat lain menyatakan bahawa tingkah laku pembersihan cumalah eksploitasi berat sebelah, satu bentuk cara hidup parasit.

Udang pembersih menunjukkan simbiosis pembersihan: sebuah hubungan di mana individu dari berbagai spesies mendapatkan keuntungan dari pembersihan. Manfaat dari ikan adalah menghilangkan parasit dari tubuh badan mereka, dan udang mendapatkan nilai gizi dari parasit. Di kawasan terumbu karang, udang bersih berkumpul di “stesen pembersihan”, tempat ikan ‘berlabuh’ untuk dibersihan oleh udang pembersih. Udang pembersih Pasifik juga mempunyai hubungan simbiotik dengan ikan ‘pelanggan’ di mana kedua-dua organisma manfaat.

Udang pembersih biasanya berhimpun di terumbu karang sehingga 25 individu hidup berdekatan. Pembersih organisma termasuk udang dan ikan berkumpul di satu lokasi pada terumbu dalam apa yang dipanggil “stesen pembersihan”. Apabila ikan datang melawat, udang pembersih akan melakukan tarian goyang dari sisi ke sisi untuk memberi isyarat perkhidmatan mereka. L. amboinesis juga biasa ditemui hidup dalam gua dengan ‘ikan pelanggan’ mereka, seperti belut moray, memberikan udang perlindungan daripada pemangsa.

RUJUKAN:

  1. Brian M., John E. M. (1983). The coral sub-littoral. The Sea Shore Ecology of Hong Kong. Hong Kong University Press. pp. 253-300
  2. Conrad L., Harry P., Fenner A. C., Jr. (1961). Shrimp that clean fishes. Bulletin of Marine Science. 11(2): 237-257.
  3. De Grave, S.; Fransen, C. (2015). Lysmata ambionensis. World Register of Marine Species. Retrieved 24 May 2017.
  4. Gary C. B. Poore & Shane T. Ahyong (2004). Stenopodidae – coral shrimps and venus shrimps. Marine Decapod Crustacea of Southern Australia: a Guide to Identification. CSIRO Publishing. pp. 145-149.
  5. H. Becker & A. S. Grutter (2004). Cleaner shrimp do clean. Coral Reefs. 23(4): 515-520.
  6. Justine H. A. Becker, Lynda M. Curtis & Alexander S. Grutter (2005). Cleaner shrimp use a rocking dance to advertise cleaning service to clients. Current Biology. 15(8): 760-764.
  7. Zang, Dong; Rhyne, Andrew L.; Lin, Junda (2007). Density-dependent effect on reproductive behaviour of Lysmata ambionensis and L. boggessi. Journal of the Marine Biological Association of the UK. 87(02): 517.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.