Dalam abad ini, masyarakat dunia telah ditanam akan ‘fakta’ perkaitan udang dengan lipas melalui penyampaian media sosial seperti Facebook dan Twitter. Dikatakan bahawa udang sama seperti lipas kerana kedua-dua haiwan ini memakan sampah dan bangkai.

‘Kenyataan’ seumpama ini menyebabkan sesetengah masyarakat berfikir dua kali apabila ingin memakan isi daging udang kerana mentaliti bahawa udang juga jijik seperti lipas yang biasa tinggal di sampah-sarap. Jadi betulkah udang itu adalah lipas laut?

Ada dua perkara perlu kita titikberatkan bagi justifikasikan kenyataan popular ini: hubungan udang dan lipas melalui asal usul dan tabiat pemakanannya.

Udang berasal dari kelas Crustacea, antara kelas haiwan akuatik terbesar dunia. Haiwan yang termasuk dalam kelas selain udang adalah ketam dan lobster. Terdapat 67 ribu spesis ditemui di seluruh dunia.

Udang mempunyai tubuh abdomen yang panjang, berfungsi untuk memudahkan pergerakan renangnya, mata yang menonjol keluar, sesungut panjang, dan kaki yang lansing. Walaupun kaki mereka mudah rapuh namun ia mempunyai daya renang yang kuat. Biasanya udang ini ditangkap atau diternak sebagai sumber makanan laut.

Manakala lipas pula berasal dari kelas Insecta, sememangnya kelas yang terdiri daripada serangga. Namun lipas ini dari keluarga Blattodea dan 30 spesis lipas telah ditemui di seluruh dunia. 4 dari 30 spesis lipas adalah perosak.

Lipas adalah serangga yang biasa beradaptasi. Tubuh badannya tidak berubah sejak 320 juta tahun dulu. Badannya mampu beradaptasi dari kawasan Artik yang sejuk hingga kawasan tropika seperti negara Malaysia. Berbanding dengan udang yang biasa dikenali sebagai juadah makanan laut, lipas telah lama bersama manusia sejak zaman kuno, di mana lipas dikenali sebagai perosak memakan kotoran.

Persamaan udang dan lipas hanyalah mereka berasal dari kumpulan besar bernama Arthropods iaitu kumpulan haiwan yang mempunyai kaki bersendi, tulang luaran yang keras, dan badan bersegmen. Ini tidak bermakna kedua-dua haiwan ini berada dalam satu keluarga. Yang beza hanyalah kedua-dua ini berada dalam berbeza kelas. Tidak hairanlah udang dan ketam sering dianggap sebagai ‘lipas’ atau ‘labah-labah’ lautan walaupun pada hakikatnya udang dan lipas tidak bersaudara secara genetik.

Manakala diet kedua-dua haiwan ini pula, udang adalah omnivor, haiwan memakan daging dan tumbuhan, tapi sesetengah udang adalah filter feeder iaitu mengamalkan diet dengan menapis makanan dan hanya memakan mikrob-mikrob tertentu. Ada udang juga memakan lumut dari batu. Udang Pembersih pula unik cara pemakanannya. Ia memakan parasit dalam tubuh ikan yang lalu di hadapannya.

Lipas juga omnivor tetapi diet dia lagi besar berbanding udang yang hanya memilih mikrob-mikrob penting sebagai jamuannya, lipas memakan apa saja seiring dengan adaptasinya. Contoh spesis lipas adalah American cockroach (Periplaneta americana), memakan roti, buah-buahan, bulu, kertas, gam, kulit yang terkupas, rambut, serangga, dan kotoran dari pakaian. Lipas juga memakan kayu seperti spesis bernama Panesthia cribrata, lipas pemakan kayu yang mencerna cebisan kayu dengan air liur yang mempu memecahkan serat kayu.

Walaupun diet pemakanan mereka berbeza, namun mereka mempunyai peranan yang besar dalam sistem rantai makanan. Di ekosistem daratan, lipas berperanan sebagai scavenger atau pencerna yang mencerna cebisan bangkai yang hadir. Udang juga mempunyai peranan yang sama dalam ekosistem lautan. Peranan mereka berdua amat penting bagi memudahkan kitaran penguraian bangkai di mana nutrien-nutrien yang telah dicerna akan dibiar di lantai untuk kepentingan tumbuhan untuk mengambil nutrien atau dimakan udang atau lipas sebagai sumber nutrien.

Sekarang kita faham akan persamaan dan berbezaan kedua-dua haiwan ‘pemakan’ sampah’ ini. Jadi, kita boleh katakan udang ini ‘lipas’ laut atau tidak?

RUJUKAN:

Bell, William J.; Adiyodi, K. G. (1981). American Cockroach. Springer. p. 4

Fenner A. Chace, Jr. & Donald P. Abbott (1980). “Caridea: the shrimps”. In Robert Hugh Morris, Donald Putnam Abbott & Eugene Clinton Haderlie (ed.). Intertidal Invertebrates of California. Stanford University Press. pp. 567–576

Gordh, G.; Headrick, D. H. (2009). A Dictionary of Entomology (2nd ed.). Wallingford: CABI. p. 200.

Hoell, H. V.; Doyen, J. T.; Purcell, A. H. (1998). Introduction to Insect Biology and Diversity (2nd ed.). Oxford University Press. pp. 362–364

Meyer R, Lochner S and Melzer RR (2009) Decapoda – Crabs, Shrimps & Lobsters pp. 623–670 In: Häussermann V and Förstera G (eds) Marine Benthic Fauna of Chilean Patagonia: Illustrated Identification Guide”, Nature in Focus.

Slaytor, Michael (1992). “Cellulose digestion in termites and cockroaches: What role do symbionts play?”. Comparative Biochemistry and Physiology B. 103 (4): 775–784.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.