Dalam wilayah Malatya di Turkiye, ada sebuah masjid yang dibina lebih kurang 800 tahun lalu. Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), sebahagian daripada masjid tu runtuh berkecai. Kenapa? Kawasan tu digegarkan gempa bumi bermagnitud 7.8 Skala Rikter. Sekadar pengetahuan, magnitud gempa Fukushima adalah 7.4 SR.
Bukan masjid tu jer runtuh. Sebanyak 130+ bangunan musnah di sekitar Malatya. Istana Gaziantep juga tak terkecuali. Istana ni dibina sejak zaman Empayar Rom. Sekarang rosak begitu teruk (Gures, 2023). Gempa yang sama turut menjejaskan bandar-bandar di Syria. Malah penduduk di bandar Beirut juga lari keluar rumah yang bergoyang sampai habis jatuh segala barangan (Fraser, 2023).
Kalau ikut data daripada EMSC, gegaran dirasai Greece, Jordan, Israel, Iraq, Romania, Georgia dan Mesir. Mudah kata, memang teruk. Banyak negara kena… paling teruk di Turkiye.
Tindakan Turkiye Yang Memohon Bantuan Antarabangsa
Walaupun bergerak dalam daya nasionalis, Recep Tayyip Erdogan ni tak ego. Beliau tak bodoh. Beliau dengan pantas mengisytihar Level Four Alert dan memohon bantuan antarabangsa. Bantuan ni tak semestinya duit semata-mata. Sekarang ni ramai pakar banyak industri dah turun Turkiye nak membantu (Hamblin, 2023). Bak kata pepatah, every hand helps.
Kenapa Erdogan gelabah sangat? Bukan gelabah. Kejadian ni berlaku ketika ribut salji melanda Turkiye terutamanya di Malatya. Cuba korang tengok suhu Turkiye sekarang. Kat Adana jer waktu malam dah -1°C. Beku. Semua masjid berdekatan buka pagar sepanjang masa untuk dibuat tempat teduh. Jadi kalau kerajaan buat sambil lewa, ramai boleh mati.
Angka kematian sekarang (jam 4:18 pm waktu Malaysia) dah cecah 640 orang. 3,000+ orang dah tercedera. Jadi korang dah dapat gambaran jelas betapa besarnya krisis kemanusiaan ni. Lebih teruk, ada sebuah hospital di Wilayah Hatay musnah terus……. menelan semua pekerja kesihatan yang tengah bertugas sekali pesakit. Allahuakbar.
Pemerhati berkata bangunan-bangunan yang runtuh tu terhempap antara satu sama lain bagaikan lempeng (pancake).
Gempa Bumi Paling Teruk Dalam Tempoh 84 Tahun
Nak faham keadaan, kita kena belek sejarah balik. Pada 27 Disember 1939, Turki bergegar dengan gempa bumi hampir sama magnitud. Jenis pun sama, iaitu strike-slip tapi lokasinya jauh dari Hatay/Malatya. Zaman tu jer, hampir 32,000 orang terbunuh dengan angka kecederaan mencecah 100,000 orang. Terjadi pada musim salji dengan suhu -30°C. Tu zaman dulu. Zaman sekarang dengan populasi berkali-kali ganda lagi ramai dan kepadatan bandar sangat tinggi?
Jadi sekarang korang mesti faham kenapa Erdogan bertindak pantas. Buat masa ni, banyak negara belum bersuara kerana pejabat kerajaan belum buka. Waktu kejadian tu, Amerika Syarikat dah pukul 6 petang. Tak lama lagi, mesti satu demi satu negara mula bersuara dan menghantar bantuan.
Apa-apa pun, kita wajar mengirimkan doa supaya usaha pencarian dan penyelamat dipermudah. Maklumat sekarang masih terhad kerana pihak berkuasa dan media sedang cuba mendapatkan maklumat. Terhad sekalipun dah nampak sangat dahsyat. Dalam tempoh seminggu dua lagi sudah pasti kita dapat gambaran penuh.
Pusat beli belah di Diyarbakir runtuh. 34 bangunan di Osmaniye musnah. 130 bangunan di Malatya. Kebakaran sana sini akibat pintasan dan letupan. Banyak rumah musnah. Ramai dah meninggal dunia. Cuaca pula sejuk membeku. Turkiye sekarang sedang berdarah, dan semua pihak kecemasan dah turun membantu.
Semoga Allah mempermudah urusan mereka.
RUJUKAN:
Fraser, S. (2023, Februari 6). Powerful quake kills at least 640 people in Turkey, Syria. Associated Press.
Gures, M. (2023, Februari 5). Live Updates: Powerful Quake Kills Hundreds in Turkey and Syria. The New York Times.
Hamblin, A. (2023, Februari 6). At least 597 found dead after powerful earthquake devastates Turkey and Syria. The Telegraph.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih