Salah seorang pemimpin Melayu dan Perdana Menteri Malaysia yang paling berjaya membawa pembangunan dalam Malaysia. Yang pentingnya, beliau tidak pernah menghina, mencemuh atau mengutuk orang Melayu sebagai pemalas, tiada kerja dan seumpama dengannya. Beliau tak perlu berbuat sedemikian.

Beliau menubuhkan institusi pelajaran RIDA yang mengangkat pendidikan orang Melayu. Setelah itu, RIDA ditukar sebagai Institusi Teknologi MARA (ITM) dan sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang merupakan antara institusi pengajian tinggi di Malaysia. Institusi yang paling banyak melahirkan professional-professional Melayu seperti jurutera, arkitek, tokoh korporat, doktor dan peguam di Malaysia.

Itulah cara Tun Abdul Razak meningkatkan taraf hidup orang Melayu dengan pendidikan yang akhirnya meningkatkan sosioekonomi orang Melayu sendiri.

Selain dalam pendidikan, Tun Abdul Razak juga menubuhkan FELDA yang merupakan agensi kerajaan yang banyak membantu orang Melayu di luar bandar terutamanya dalam meningkatkan sosioekonomi orang Melayu dengan penanaman komoditi kelapa sawit.

Banyak sumbangan yang telah dilaksanakan oleh FELDA yang merupakan buah fikiran Tun Abdul Razak dalam membantu orang Melayu di Malaysia sehingga hari ini.

Ketika beliau menjadi PM ke-2, beliau telah menubuhkan sebuah dasar yang mengurangkan jurang sosioekonomi orang Melayu selepas peristiwa 13 Mei 1969. Pada tahun 1970, beliau menubuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mana mengariskan pemilikan ekuiti Bumiputera perlu mencapai 30% dalam Bursa Malaysia pada tahun 1990.

Dengan idea ini, kerajaan telah menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 17 Mac 1978 yang bertujuan untuk meningkatkan pemilikan ekuiti orang Melayu. Pada tahun 1970, pemilikan ekuiti Bumiputera hanya 2.4% dalam Bursa Malaysia.

Walaupun objektif DEB dalam pemilikan ekuiti Bumiputera untuk mencapai 30% dalam Bursa Malaysia gagal kerana hanya mencapai 19.3% pada tahun 1990. Sekurang-kurangnya, pemilikan ekuiti berjaya ditingkatkan dan berjaya meningkatkan pengagihan kekayaan Bumiputera dalam Malaysia.

Ingat 3 idea Tun Abdul Razak ini:
1. RIDA > ITM > UiTM
2. FELDA
3. Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Pernah dengar Tun Abdul Razak mengkritik Melayu sebagai bangsa pemalas, tiada kerja dan seumpamanya?

Tun Abdul Razak tidak perlu berbuat sedemikian. Tak perlu menghina Melayu sebagai pemalas dan sebagainya untuk memotivasikan kaum ini. Beliau bantu dengan buah fikiran beliau sendiri.

Al-Fatihah untuk Tun Abdul Razak yang banyak berjasa pada orang Melayu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang yang berlatarbelakangkan kejuruteraan awam. Cenderung kepada bidang ekonomi politik, kewangan, sains dan teknologi. 'Metallica or Megadeth, Megadeth is better'

Comments are closed.