Patung tugu Liberty adalah hadiah dari rakyat Perancis bagi memperingati hubungan sekutu di antara Perancis dan Amerika Syarikat semasa berlangsungnya Revo-lusi Amerika. Namun, ia telah dan masih mewakili pelbagai simbol bagi pelbagai pihak, termasuklah bagi individu yang mengusulkan cadangan hadiah itu.

Edouard de Laboulaye

Pada tahun 1865, Edouard de Laboulaye, pemikir politik Perancis, pakar Perlembagaan Amerika Syarikat, dan penyokong agenda penghapusan sistem perhambaan mengusulkan agar sebuah monumen dibina sebagai hadiah dari Perancis kepada Amerika Syarikat bagi memperingati usaha memulihara kebebasan dan demokrasi di Amerika Syarikat dan untuk menghormati usaha bekas presiden Abraham Lincoln.

Laboulaye berharap dengan memberikan tumpuan terhadap pencapaian Amerika Syarikat ketika itu, rakyat Perancis akan mendapat inspirasi untuk mewujudkan sistem demokrasi mereka sendiri dalam menentang kerajaan monarki yang menindas.

Pada tahun 1865, Perancis telah dipecahkan kepada kumpulan yang masih komited memberi sokongan terhadap pemerintahan monarki dan kumpulan yang menyokong cita-cita ‘Enlightment’ (kepercayaan bahawa rakyat memiliki hak semula jadi untuk hidup, bebas, dan mencapai kebahagiaan).  Ia merupakan harapan bagi ramai golongan liberal Perancis dengan mempercayai bahawa demokrasi akan jadk kenyataan serta kebebasan dan keadilan untuk semua pihak akan tercapai.

Pra-pemasangan sebelum tugu itu disampaikan kepada Menteri Amerika Syarikat, S. Levi Parsons Morton di Paris pada 4 Julai 1881.

Untuk membuatkan ideanya menjadi kenyataan, Laboulaye berbincang dengan ramai golongan terkemuka dan berpengaruh di Perancis. Auguste Bartholdi – seorang pemahat Perancis yang menyokong penuh idea Laboulaye akhirnya terpilih untuk menjadi pemahat monumen yang dicadangkan.

“Liberty” adalah idea yang kontroversi pada abad ke-19. Bagi kebanyakan orang, ia dianggap melambangkan kega-nasan dan revo-lusi. Laboulaye dan Bartholdi bersepakat agar monumen mereka tidak boleh dilihat sebagai seruan kepada pemberon-takan, tetapi sebagai penyuluh jalan dengan keamanan dan mengikut perundangan.

Unsur utama adalah nama yang mereka berikan kepada tugu itu: Liberty Enlightening The World. Monumen-monumen awam Bartholdi adalah berasaskan gambaran klasik pemerintahan nasionalisme yang berkuasa dan terhormat serta mengatasi segala jenis ideologi.

Patung Liberty Enlightening the World akan mengatasi idea-idea konservatisme dan liberalisme dan mengatasi revo-lusi yang radikal serta pergolakan politik. Ia akan menjadi simbol kebebasan, keadilan, dan demokrasi sejagat. Pada tahun 1871, Patung itu mula bertukar dari sekadar satu idea kepada satu kenyataan – ia dibiayai, dibina, dan dipersembahkan kepada Amerika Syarikat.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller pembunuhan bersiri? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Projek ini tidak mungkin berlaku sekiranya Laboulaye tidak melalui detik-detik kesukaran. Pada tahun 1871, pemberon-takan oleh anggota kelas pekerja dan kelas pertengahan di Paris terhadap pemerintah telah dimus-nahkan dengan ke-jam.

Laboulaye tidak menyokong gerakan eks-tremisme seperti itu di kalangan pekerja;  walaupun dia juga ingin menukar sistem pemerintahan Perancis menjadi sistem yang lebih demokratik, dia tidak mahu melakukannya melalui keke-rasan.

Walaupun pandangannya liberal, Laboulaye sering dikritik oleh rakan-rakannya kerana dia bersuara menentang kega-nasan tetapi dia menyokong penindasan pemerintah terhadap pemberon-tak. Projek membina Liberty Statue bagaimanapun menjadi satu peluang bagi Laboulaye untuk mengembalikan reputasinya sebagai penyokong liberal dan demokratik yang setia, menghormati kejayaan liberal di Amerika Syarikat, dan berharap agar Perancis akan mendapat inspirasi untuk memperjuangkan agenda yang sama sebagai satu cita-cita.

Simbol Impian Golongan Imigran

Antara tahun 1886 dan 1924, hampir 14 juta orang pendatang memasuki Amerika Syarikat melalui New York. Patung Liberty Statue adalah simbol yang menyambut ketibaan mereka dan menjadi penanda bahawa mereka telah tiba di tanah impian mereka.

Bagi semua pendatang yang teruja ini, obor yang dipegang Liberty Statue tidak melambangkan “pencerahan” (enlightment) seperti yang dianggap oleh penciptanya, ia menjadi simbol menyambut kedatangan imigran. Lama kelamaan, Liberty Statue turut terkenal sebagai “Ibu Golongan Terbuang,” yang juga simbol harapan kepada generasi pendatang.

Pembukaan stesen proses kemasukan imigran di Pulau Ellis pada tahun 1892 dibawah bayang-bayang Liberty Statue telah membentuk sebuah kesatuan imigran, seperti puisi Emma Lazarus yang kemudiannya akan menjadi popular, “The New Colossus.” 

Ilustrasi pendatang di dek kapal wap yang melintasi Liberty Statue di dalam akhbar Illustrated pada 2 Julai 1887.

Pada tahun 1883, Lazarus menyumbangkan puisinya, “The New Colossus,” untuk lelongan bagi mengumpulkan dana pembinaan alas untuk menyokong struktur Liberty Statue. Puisi ini menggambarkan dengan jelas Liberty Statue sebagai menawarkan tempat perlindungan kepada pendatang baru yang keluar dari penderitaan di Eropah. Puisi itu kurang menerima perhatian pada waktu itu, tetapi pada tahun 1903 ia diukir di atas plak gangsa dan dilekatkan pada dasar patung.

Ketegangan akibat pe-rang pada abad kedua puluh menguatkan kaitan ini dan menaikkan imej Liberty Statue di pelabuhan sebagai melambangkan bahawa Amerika Syarikat menyediakan tempat perlindungan bagi orang-orang miskin dan teraniaya di Eropah, dan sebagai tempat yang menyediakan peluang yang tanpa sempadan, mungkin dari sini lah istilah “American Dreams” mula muncul.

Kadang-kadang gambaran ini seolah-olah cuba menutup hakikat akan kekurangan dan kesukaran menetap di Amerika Syarikat, tetapi pandangan romantis yang menjadi dominan selama beberapa dekad ini masih terus bertahan. Selain menyembunyikan kemunduran imigran di Amerika Syarikat, ia menjadi kisah yang cenderung memberi manfaat kepada pihak penghijrah Eropah dari segi nilai perbelanjaan yang dihadapi oleh pendatang baru dari Amerika Latin dan Asia.

Ucapan Presiden Franklin D. Roosevelt pada tahun 1936 ketika sambutan ulang tahun ke-50 Liberty Statue ini membantu dalam memantapkan lagi proses transformasi Liberty Statue menjadi ikon penghijrahan. Dalam pidatonya, dia membayangkan proses migrasi sebagai bahagian penting dari sejarah lampau negara tersebut dan menekankan keupayaan paea pendatang baru dalam menerima proses Amerikanisasi.

Kaitan di antara Liberty Statue dengan imigran tidak selalunya positif. Golongan Nativis (rakyat Amerika yang menentang penghijrahan pendatang) mengaitkan Liberty Statue dengan pendatang secara satira dalam bentuk kartun politik yang mengkritik ancaman pendatang asing terhadap kebebasan dan nilai-nilai asas Amerika.

Mereka menggambarkan monumen itu sebagai simbol negara yang dikepung oleh pencemaran, masalah penempatan, wa-bak berpenya-kit, se-rangan anar-kis, komunis, dan pelbagai lagi dakwaan subversif yang lain. Gambaran sebegitu kebanyakannya muncul pada majalah-majalah popular kelas pertengahan. Mereka muncul sebagai tindak balas terhadap peningkatan kapasiti pemprosesan imigran di New York atau berkait rapat dengan kempen politik tertentu.

Kartun politik berjudul “The Proposed Emigrant Dumping Site” dari Majalah Judge pada 22 Mac 1890

Ketika stesen pemprosesan imigran baru diusulkan untuk dibuka di Pulau Bedloe pada tahun 1890, kartun dalam majalah Judge menggambarkan Liberty Statue sebagai “rumah penginapan pendatang asing masa depan.”

Menyuarakan kebimbangan terhadap imej patung Liberty yang sedang dinodai oleh pendatang baru, dan juga kebimbangan mengenai ancaman pendatang terhadap simbol kebebasan yang diwakilinya, kartun itu menunjukkan monumen itu mempunyai tangga kecemasan rumah yang dipenuhi dengan ampaian baju (seperti rumah pangsa yang biasa ditemui di New York).

Pada tahun yang sama, majalah Judge turut menerbitkan imej satira kartun Liberty Statue yang sedang mengangkat jubahnya agar tidak dicemari kotoran dari “kapal sampah Eropah” yang dilonggokkan memenuhi bahagian kakinya.

Simbol Semasa Pe-rang

Saat pepe-rangan banyak mengurangkan sambutan terhadap Liberty Statue sebagai simbop peluang ekonomi di Amerika Syarikat dan juga tuntutan hak antarabangsa untuk lelaki dan wanita. Pada waktu ini tanah air mereka harus dipertahankan, dan tugu itu mula dilihat oleh tentera yang berlayar keluar dari negara mereka sebagai simbol rumah kediaman mereka di mana mereka mungkin tidak akan kembali lagi.

Kisah mengenai persepsi Liberty Statue semasa Pe-rang Dunia Pertama pada abad kedua puluh menunjukkan bahawa imej tersebut menampakkan keperluan menjual bon pe-rang dan kerahan untuk mempertahankan Amerika Syarikat dan rakyatnya.  Anggota tentera dan mereka yang berkhidmat dan berjaya kembali akan tersentuh apabila melihat pemandangan Liberty Statue semasa mereka memasuki Pelabuhan New York setelah kembali dari pe-rang.

Poster yang mempromosikan penjualan Bon Liberty semasa Pe-rang Dunia Pertama.

Monumen ini bukan sahaja menjadi simbol Amerika Syarikat sebagai rumah kediaman tetapi juga semakin banyak menimbulkan persepsi implikasi pe-rang kerana Liberty Statue sering dikaitkan dengan tentera.

Mungkin penggunaan Liberty Statue yang paling dramatik untuk membangkitkan tindak balas defensif dan patriotik adalah poster Liberty Loans 1918 yang direka oleh Joseph Pennell, ia memaparkan tugu Liberty Statue yang mus-nah di pelabuhan.

Tidak semua penggunaan patung Liberty semasa Pe-rang Dunia Pertama menggambarkan pe-rang secara ketenteraan. Terdapat beberapa poster kempen yang mendorong usaha memenangi pe-rang dilakukan dari tanahair sendiri.

Poster yang menyeru para pendatang agar tidak membazirkan gandum semasa pe-rang.

Tugu Liberty Statue kekal sebagai simbol yang sangat kuat, merangkumi pelbagai makna dan disesuaikan setiap hari untuk mewakili idea-idea baru. Selepas peristiwa 9/11, penduduk New York sekali lagi menjadikan Liberty Statue sebagai simbol untuk menyatakan rasa kesedihan, ketakutan, dan kemarahan mereka terhadap ancaman pengga-nas.

RUJUKAN:

Auchincloss, Louis (May 12, 1986). “Liberty: Building on the Past”. New York.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.