Kalau korang belum tau, Donald Trump pada Jumaat lepas dah sign arahan eksekutif untuk ban TikTok & WeChat di US bermula 15 September.
Adakah sebab Trump bosan tengok budak-budak TikTok bergelek? Tak larat nak baca ejaan dak2 WeChat?
Bukan. Cuba fikir apa persamaan TikTok & WeChat.
Kedua-dua aplikasi ini asal dan milik orang China. Sama macam Huawei yang kena ban Mei tahun lepas. Alasan yang dipakai untuk ban TikTok dan WeChat pun sama dengan Huawei iaitu “ancaman kepada keselamatan negara”.
Kedua-dua pemilik TikTok dan WeChat (ByteDance dan Tencent) beribu pejabat di China, jadi ada risiko kerajaan China dapat akses kepada data pengguna. US Army dah lama ban askar dia pakai TikTok sebab takut rahsia ketenteraan US boleh terdedah.
Selain US, India pun dah ban TikTok sejak kejadian pertempuran askar India-China di sempadan pada 15 Jun. Jepun pun ada ura-ura nak ban.
Tak pelik sebab India, Jepun dan US adalah geng Quad yang anti-China. Sorang lagi member Quad iaitu Australia belum nak ban TikTok tapi rasanya tak lama lagi.
Selain faktor keselamatan negara, tindakan Trump juga ada kaitan dengan pemilihan presiden yang akan diadakan pada 3 November nanti.
Trump akan un-ban TikTok kalau CEO ByteDance, Zhang Yiming setuju untuk jual bisnes TikTok di US kepada Microsoft. You help me, I help you, kalau “deal” itu berjaya, Microsoft kenalah pandai-pandai balas budi Trump dengan menyokong kempen Trump.
Dan Trump juga berharap tekanannya yang dia berikan kepada bisnes-bisnes China akan memaksa China buat perjanjian perdagangan yang berpihak kepada US. Kalau berjaya, Trump akan jadikan itu sebagai modal untuk memenangi hati pengundi.
Cuma ada orang risau tindakan Trump akan backfire. Dak-dak TikTok ni bukan semua dak-dak liberal yang undi Democrat saja, pengundi Republican duk Red State pun ramai. Kang diorang ni bengang pergi undi Joe Biden naya juga Trump.
Tapi kat US dah ada banyak aplikasi yang boleh jadi pengganti kepada TikTok, macam Triller, Byte dan IG Reels. Tak tau lah kot-kot gelek tak pakai TikTok feel dia lain. So Trump tak terjejas lah kot.
Walaupun Trump & macai-macai US nampak macam over, tapi concern diorang legit.
Kesedaran orang Malaysia terhadap keselamatan siber masih rendah, apa-apa app cepat je download nak pakai nak kejar tren.
Ada masanya elok kita jadi skeptik & mengutamakan keselamatan peribadi & negara.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih