Sebenarnya percutian yang bermula dengan kegelisahan berakhir dengan satu percutian yang sangat mengujakan dan pengembaraan yang menarik. Mana tak gelisahnya pengalaman pertama naik flight dan pergi ke tempat yang dirancang bertiga cuma tinggal berdua? Abang sedara saya, Dr Farhan, yang boleh dikatakan ‘Kaki Travel’ tidak dapat join atas beberapa faktor.
Jadi tinggal la saya yang bertemankan rakan baik saya, izzudin untuk menempuhi beberapa ujian mencabar ni. Dah list kan dah apa yang cabaran cabaran perlu dilalui. Apa nak buat dekat airport nanti? Macam mana nak naik flight? Ke mana arah tujunya?
Jadi, ini mungkin boleh menjadi rujukan buat anda yang mahu travel buat pertama kalinya.
Kami ke KLIA 2 dari TBS menaiki bas khas yang disediakan untuk KLIA 2. Tiketnya cuma berharga rm10. Kami bertolak dari TBS pada pukul 5 pagi dan sampai ke sana pukul 5.50 pagi. Solat subuh dulu, baru bergerak ke atas untuk berlepas. Dengan petunjuk dari Dr Farhan, kami berjaya menaiki flight pada pukul 11 pagi dan mendarat di Penang pada lebih kurang dalam 11.45 pagi.
Kami terus mendapatkan bas untuk ke dorm kami yang terletak di kawasan Jalan Kapitan Georgetown.
Pengangkutan awam di Penang sememangnya sangat baik. Bas awam sentiasa ada. Tak putus putus.
Kami tinggal di Red Inn Court untuk dua hari. Jumlahnya cuma rm50 untuk tempahan awal. Zaman moden ni, memang semua benda boleh buat melalui online. Saya menempah hotel melalui laman web booking.com. Terdapat beberapa website lain, tapi saya rasa booking.com antara yang paling murah berbanding yang lain.
Setelah siap mandi, kami mula melakukan perjalanan pertama kami. Tempat pertama yang dituju haruslah berkaitan dengan makanan! Kami berjalan ke Restoran Kapitan dari dorm, cuma mengambil masa 5 minit. Untuk pengetahuan kalian, dorm kami sememangnya terletak di kawasan yang strategik. Segalanya ada di sini.
Saya juga telah membuat beberapa kajian menerusi internet berkaitan tempat tempat menarik di sekitar sini. Saya juga telah membuat kiraan jarak dan masa untuk sampai ke sesuatu destinasi dengan menggunakan Google Maps.
Lepas makan, kami bergerak ke Masjid Kapitan Keling untuk menunaikan solat dan meninjau masjid yang penuh bersejarah ini. Lepas tu, kami berjalan ke ‘ Clan Jetty’. Suasana disini agak menarik kerana berhadapan dengan tambak dan boleh nampak feri feri yang lalu. Sebelum pulang ke dorm, kami berjalan melalui ‘art street’. Lihat satu satu hasil seni di dinding dan bangunan bangunan disekeliling.
Kami sampai ke dorm pada pukul 8 lalu terus terkulai kepenatan akibat tidak tidur pada malam sebelumnya kerana tersangkut di TBS.
Perjalanan kami bermula pada awal pagi besoknya. Setelah sarapan, kami bergerak ke Gurney Drive/Persiaran Gurney menggunakan perkhidmatan Uber Taxi untuk ke checkpoint pertama Bas Hope On Hope Off kerana tidak tahu laluan bas rapid mana yang perlu kami naik untuk ke sana.
Kami sebenarnya baru tahu terdapat perkhidmatan bas sebegini. Bas ini akan membawa penumpang ke destinasi destinasi pilihan orang ramai. Anda boleh turun dan naik semula selepas selesai ke kawasan tersebut dengan hanya perlu tunggu di checkpoint bas tersebut. Bayaran dikenakan cuma rm 12 berserta Mykad dan Kad Pelajar.
Harga dikenakan pada warganegara tanpa kad pelajar adalah rm19. Anda boleh cari maklumat berkenaan dengan bas ini di laman rasminya untuk mengetahui lebih lanjut.
Destinasi kami pertama ialah Bukit Bendera. Tiketnya cuma rm5 dengan Mykad dan kad pelajar. Kami memilih untuk tidak menggunakan ‘fast lane’ memandangkan hari tersebut bukannya cuti umum.
Pemandangan diatas bukit bendera ni sangat la cantik dan mengujakan. Suhu juga sejuk di atas ni. Setelah selesai, kami kembali semula ke ‘checkpoint’ untuk menaiki bas HOHO untuk ke destinasi seterusnya.
Destinasi kami seterusnya adalah, Kek Lok Si Temple yang dikatakan merupakan Tokong Buddha terbesar di Malaysia yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Kawasannya sedang dalam proses penambaikkan. Terdapat beberapa tangga yang tinggi sebelum kami dapat tiba ke Tokong ini.
Agak keletihan untuk naik ke atas lagi. Perjalanan kami cuma separuh jalan. Lagi lagi awan dilangit menandakan hujan akan turun.
Kami kembali ke checkpoint Bas HOHO untuk bergerak ke Penang Time Square untuk berlindung daripada hujan dan menikmati makan tengah hari dahulu. Kami kembali ke checkpoint dalam pukul 3 untuk kembali ke bas dan menukar perjalanan bandar ke perjalanan pantai. Terdapat dua laluan yang disediakan bas ini. Pantai dan bandar.
Akibat kesuntukan masa dan nasihat daripada penjaga bas HOHO, kami cuma singgah di Batu Feringgi pada petang itu. Sebuah pantai yang indah dan penuh dengan pelbagai aktiviti menarik. Kami menghabiskan petang kami di pantai tersebut. Perjalan dari Gurney ke Pantai Batu Feringgi sememangnya menarik dan nyaman walaupun agak risau disebabkan jalannya yang bengkang bengkok dan sempit.
Sebelum kami pulang ke dorm, kami berniat untuk ke Bazar Chow Rasta untuk makan atau membeli beberapa cenderahati. Tapi sayang, ianya tidak dibuka lagi kerana telah malam. Kami ke sini dari Gurney Drive juga menaiki Uber.
Kami berjalan sahaja ke dorm memandangkan ianya tidaklah begitu jauh. Sambil jalan, sambil hirup udara malam. Agak kehairanan sebenarnya kerana semua kedai disini sudah tutup walaupun jam baru menunjukkan pukul 8 malam. Situasi yang jarang kami temui di JB dan KL.
Sebelum pulang ke dorm, kami berjalan ke Nasi Kandar Line Clear yang dikatakan antara yang terbaik di Malaysia. Bagi saya, biasa saja. Sama dengan yang lain. Mungkin namanya yang popular membuatkan ramai hendak ke mari. Tika hendak pulang, kami terserempak dengan A. Samad Said, sasterawan negara.
Sungguh teruja sebenarnya. Rasa teruja ini berlainan dengan berjumpa dengan orang orang kenamaan seperti Menteri mahupun wakil wakil rakyat yang saya pernah ketemu sebelum ini. Beliau menelusuri malam bersama anaknya ketika gerimis. Sempat juga bergambar dengan beliau!
Pada keesokkan harinya, kami bergerak awal bagi untuk ke lapangan terbang dengan menaiki bas kerana dikhuatiri tersangkut dikesesakan jalan raya.
Sebenarnya, ianya tidak la susah mana bila berjalan ditempat orang dengan cara ‘backpacker’ ni . Cuba perlukan kajian sebelum pergi, berani dan rajin bertanya.
Untuk bergerak backpacker begini, sememangnya saya memilih bergerak berdua atau bertiga. Ianya terasa lebih bebas dan selesa. Pastikan juga orangnya anda ajak tu selesa dengan anda juga!
Sekian sahaja setakat ini. Harap dapat pergi lebih jauh lepas ni!
Aidi E.R.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih