Selasa, 22 September 2026
Lembaran Malaysia

Tragedi Pendam Bungkang, Kanowit 1970

SARAWAK Border Scouts pada
asalnya ditubuhkan pada tahun 1964 bagi membantu askar-askar Komanwel di dalam
menangani Konfrantasi Indonesia-Malaysia yang berakhir pada tahun 1966.  Namun begitu kepakaran anak watan Sarawak
yang cemerlang di dalam bertugas di kawasan sempadan seterusnya dilanjutkan
bagi menghadapi ancaman K0munis yang berleluasa selepas itu.

Tatkala Kerajaan Malaysia
menubuhkan Rejang Area Security Command (RASCOM) yang mana ianya berada di
kawasan “hitam” iaitu yang mempunyai banyak ancaman K0munis di Sarawak seperti
Sibu, Kanowit, Sarikei dan lain-lain maka keringat para Sarawak Border Scouts
dituntut untuk menjadi salah satu kekuatan pasukan beruniform RASCOM dibawah
Unit Cawangan Khas.

Di dalam banyak cerita
perjuangan Sarawak Border Scouts ada terselit satu kisah penuh tragis yang
berlaku ke atas sekumpulan anggota Border Scouts yang sedang melakukan tugasan
harian mereka di Kanowit pada tahun 1970. Tanggal 27 Ogos 1970 itu, 16 anggota
border scouts menaiki bot panjang untuk tugasan meronda iaitu satu tugas rutin
yang biasa mereka lakukan bagi mengawal keselamatan penduduk yang mendiami
kawasan di sepanjang Sungai Ngemah, Kanowit. 

Di sepanjang perjalanan itu
kesemua mereka telah siaga dengan senjata masing-masing kerana biar ianya
tugasan rutin namun nyawa mereka bagai telor di hujung tanduk. Oleh kerana
masih lagi berada di dalam darurat K0munis maka K0munis boleh sahaja berada di
mana-mana lantas menyerang mereka tanpa mampu dikesan.  Maka begitulah yang terjadi pada hari itu
apabila ketika mereka menghampiri satu kawasan yang dikenali sebagai Pendam
Bungkang di Sungai Ngemah secara tiba-tiba hujan p3luru bertali arus dari
tebingan sungai menghujani bot panjang yang mereka naiki. 

Terkesima dengan serangan
hendap itu kesemua 16 anggota Border scouts cuba bertahan dengan berlindung di
sebalik bot panjang mereka. Namun begitu apakan daya walau mereka cuba membalas
serangan dengan segala kudrat yang ada tetap mereka menjadi sasaran yang cukup
mudah.  Pada masa itu Kalabet Nyampun
yang memegang senjata Brent merupakan anggota pertama yang terkena p3luru K0munis
iaitu di bahagian pinggangnya.  T3mbakan
daripada K0munis itu juga menyebabkan beliau terpelanting jatuh ke dalam
sungai. 

Melihat rakan-rakannya
sedang menjadi sasaran, Sylvester Dussin Chaong nekad untuk terjun ke dalam
sungai yang beraliran deras namun masih sempat menyambar senapang patah dengan
lapan p3luru yang berada disebelahnya sebelum menerjunkan diri.  Sylvester terpaksa menggunakan segala
kepakaran yang ada sebagai anak kampung yang sudah biasa dengan penghidupan di
sungai untuk mengapungkan diri tanpa mampu dikesan oleh musuh.  Beliau sengaja tidak melepaskan apa-apa t3mbakan
pada masa itu kerana bekalan p3luru senapangnya teramat kurang. 

Lain pula ceritanya dengan
Kalabet yang terpelanting jatuh ke dalam sungai apabila beliau tersangkut pada
satu bahagian sungai yang berbatu.  Dalam
kecederaan di pinggang itulah beliau cuba berpapah pada batu-batu yang ada
untuk survival diri.  Dari kejauhan
beliau menyaksikan sendiri bagaimana satu persatu rakan seperjuangannya gugur
dit3mbak oleh K0munis umpama 12 orang anggota border scouts itu sebagai target
ketika latihan papan sasar.  Ada yang
terkulai layu di atas bot panjang dan tidak kurang yang jatuh ke dalam sungai
tanpa nyawa. 

Suasana hingar bingar di
Pendam Bungkang dek kerana bunyi p3luru dilepaskan akhirnya senyap
seketika.  K0munis yang bersembunyi di
sebalik tebing di sungai Ngemah sudah tidak melepaskan t3mbakan lagi.  Pada ketika itulah Sylvester yang masih lagi
berada di dalam air memerhati gerak geri K0munis di tebing sungai.  Beliau tiada pilihan hanya mampu menunggu
sehingga K0munis berada di sungai untuk memeriksa hasil kejayaan lantas beliau
akan menyerang dari dalam air namun sangkaan beliau itu meleset sama sekali
kerana K0munis terus beredar pergi dari kawasan serangan. 

Inilah satu peristiwa hitam
yang menghiasi ceritera kisah perjuangan Sarawak Border Scouts yang dikenali
sebagai Tragedi Pendam Bungkang, Sungai Ngemah, Kanowit pada tanggal 12 Ogos
1970.  Hanya empat orang yang terselamat
manakala 12 lagi gugur sebagai bunga bangsa mempertahankan Sarawak ibu pertiwi
daripada K0munis durjana. 

12 anggota Sarawak Border
Scouts yang gugur itu adalah:

  1.  Mendiang
    Koperal Numbu Anak Kelen
  2.  Mendiang
    Koperal Lat Anak Gangga
  3.  Mendiang
    Pantau Anak Baro
  4.  Mendiang
    Kanchin Anak Ligan
  5.  Mendiang
    Gelau Anak Sumor
  6.  Mendiang
    Emba Anak Garing
  7.  Mendiang
    Senang Anak Bajai
  8.  Mendiang
    Skudan Anak Dampa
  9.  Mendiang
    Jantom Anak Jalong
  10. Mendiang Jantom Anak Narok
  11. Mendiang Brain Anak Balit
  12. Mendiang Luyoh Anak Jauh

Bagi mengenang jasa dan
kepahlawanan kesemua mereka yang terlibat di dalam peristiwa hitam 27 Ogos 1970
telah didirikan sebuah tugu peringatan yang dikenali sebagai Tugu Pahlawan
Kanowit di Dataran Kubu Emma pada tahun 2016. 
Di tugu yang satu-satunya itulah nama 12 orang Sarawak Border Scouts
dicatatkan bersama-sama dengan lima nama anggota Renjer yang terkorban di Song
dan seorang anggota perisikan dari Cawangan Khas Kanowit yang terkorban ketika
menjalankan tugasan di Lukut.



Lest we forget!

-HB-

#kameksayangsarawakbah!

RUJUKAN:

Kongsi

No comments yet