Jangan rasa kaki korang sekarang hodoh, sebab ada satu tradisi di China yang menampakkan kaki diorang sangat mengerikan semata-mata untuk cantik.
Foot Binding ialah tradisi menghentikan pertumbuhan kaki perempuan zaman dahulu yang berlaku di China. Tradisi ni sememangnya seksaan besar bagi para perempuan China masa tu.
Kaki diorang biasanya diikat dimulai sejak berumur empat hingga tujuh tahun. Orang miskin biasanya lambat mengikat kaki sebab diorang perlukan bantuan anak perempuan mengurus sawah dan kebun.
Foot Binding ni mula masa akhir dinasti Tang (618-907) dan tersebar kepada golongan kelas atas pada zaman dinasti Song (960-1297), pada zaman dinasti Ming (1368-1644) dan dinasti Qing (1644-1911). Budaya ikat kaki ni tersebar luas dalam majoriti masyarakat China sampailah akhirnya dilarang semasa era Revolusi Sun Yat Sen tahun 1911.
Segelintir yang elak tradisi ni hanyalah orang Manchu dan Hakka yang merupakan kelompok paling miskin dalam kasta sosial China. Ikat kaki ni dah jadi kebiasaan selama sekitar seribu tahun dan telah menyebabkan sekitar 1 juta wanita China dah lalui ikat kaki ni.
Pengikatan kaki dilakukan dengan cara membalut kaki dengan ketat guna kain sepanjang sepuluh kaki dengan lebar dua inci, melipat empat jari kaki ke bahagian bawah kaki dan menarik ibu jari kaki sampai tumit untuk buat kaki jadi lebih pendek.
Pembalut kaki semakin diketatkan dari hari ke hari dan kaki dipaksa pakai kasut yang semakin kecil. Kaki perlu dicuci dan dipotong kukunya sebab kalau tak akan buat kuku-kuku kaki di kaki yang diikat tertusuk ke dalam dan mendatangkan jangkitan. Kalau balutan terlalu ketat maka dapat timbul buku-buku kaki yang perlu dipotong dengan pisau.
Kemudian kaki kena diurut dan direndam air sejuk dan panas untuk kurangkan rasa sakit. Foot Binding buatkan perjalanan darah tak lancar sampaikan daging kaki boleh jadi busuk dan bernanah. Semakin kecil kaki seorang gadis maka akan semakin cantik dipandang. Panjang kaki seorang gadis hanya sekitar 10-15 cm je. Gila, lagi pendek daripada pembaris kita guna kat sekolah.




No comments yet