Antara kelapan-lapan planet dalam Sistem Suria, hanya Musytari saja yang mempunyai aktivit ribut paling kerap. Yelah, tengok sajalah ‘permukaan’ Musytari tu, sentiasa dikelilingi oleh awan ribut, tak termasuk bahagian kutub yang sentiasa disambar oleh petir.
Yang femes pasal Musytari ialah tompokan merah gergasi yang seakan-akan ‘tahi lalat’ yang saintis masih tak tahu kenapa tompokan tersebut wujud dan apa fungsinya.
Tompokan merah itu ialah ‘Great Red Spot’. Tompokan yang seluas 16,350 kilometer ini sebenarnya awan ribut, berbeza dengan ribut taufan dan puting beliung yang biasa terjadi di Bumi. Tambahan pula, saiz tompokan ni boleh menelan seluruh Bumi!
Tompokan merah ini pertama kali ditemui oleh ahli astronomi Itali bernama Gian Domenico Cassini pada tahun 1665. Pada waktu itu ia dipanggil dengan nama ‘Tompokan Kekal’.
Tompokan merah Musytari kemudian dikaji melalui pemerhatian sehinggalah probe angkasa mula meninjau Musytari seperti Voyager, Galileo, dan Juno yang tiba ke Musytari pada tahun 2016. Juno telah dua kali melintasi tompokan merah sejak tahun 2019.
Walaupun probe angkasa dapat merakam tompokan merah Musytari secara dekat, tapi saintis masih berteka-teki akan sebab kewujudan tompokan itu, lebih-lebih lagi kandungannya. Yang merisaukan, tompokan merah ini mengecil sejak tahun 1979.
Kiraan awal saiz tompokan ini ialah 48,000 kilometer. Sekarang, ia mengecil sebanyak lebih 30,000 kilometer! Saintis mengandaikan bahawa tekanan angin yang kuat dari luar tompokan adalah sebab saiznya mengecil.
Silap haribulan, tompokan merah yang menjadikan planet Musytari ini ikonik menghilang tanpa jejak. Mungkin generasi anak cucu kita hanya kenal tompokan ini melalui rakaman video lama.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih