Apabila sebut tentang samurai, mesti kita bayangkan lelaki Jepun yang mahir menggunakan pedang samurai dan berjuang demi taat kepada tuannya sehingga titisan darah terakhir. Tapi, korang tahu tak ada seorang wanita Jepun ini sanggup menjadi samurai dan berjuang bersama-sama samurai lain walaupun berlainan jantina? Ya, samurai wanita ini wujud dan namanya ialah Tomoe Gozen!

 

Kisahnya bermula pada abad ke-12 Masihi, di mana golongan wanita berkelas samurai dilatih untuk menggunakan pedang, naginata (batang kayu yang di hujungnya terdapat bilah lengkung), dan busur panah. Dari latihan sebegini, wujud golongan pahlawan wanita bergelar sebagai onna bugeisha, tapi tugas mereka hanyalah mempertahankan diri sendiri dan rumah semasa berlakunya serangan musuh.

 

Namun, wanita bernama Tomoe Gozen ini berbeza dengan pahlawan wanita lain. Mengikut catatan bernama Heike Monogatari yang mencatatkan tentang Perang Genpei pada akhir abad ke-12 Masihi, Tomoe adalah samurai yang berkhidmat di bawah daimyo bernama Minamoto Yoshinaka. Beliau dikatakan sangat tangkas bertempur dan mempunyai kekuatan setara 1,000 orang samurai, sehingga berjaya menumbangkan musuh dengan mudah.

 

 

Bagi sejarawan Jepun, Tomoe dan Yoshinaka mempunyai hubungan lebih erat selain hubungan daimyo-samurai. Sebaliknya, Tomoe ialah isteri atau gundik Yoshinaka. Ketika Pertempuran Awazu pada tahun 1184, tentera Yoshinaka yang berjumlah 300 anggota diserang teruk oleh tentera Yoshitsune berjumlah 6,000 anggota, sehingga berbaki 5 orang saja termasuklah Tomoe.

 

Di saat-saat getir sebegitu, Yoshinaka memberi arahan kepada Tomoe agar meninggalkan medan tempur. Menurutnya, beliau akan dicalit malu jika mati di sisi seorang wanita. Arahan tersebut dipatuhi dengan berat hati oleh Tomoe, yang terlebih dahulu berjaya memenggal kepala salah seorang pahlawan musuh. Sejak peristiwa hitam itu, nama Tomoe hilang dari sejarah dan nasib hidupnya menjadi tanda tanya ramai pihak.

 

Terdapat tiga versi tentang pengakhiran hidup Tomoe. Pertama, beliau mengalami kekalahan di tangan Wada Yoshimori dan dipaksa menjadi gundiknya. Kedua, Tomoe memulakan hidup baru sebagai rahib wanita. Ketiga, Tomoe diceritakan telah membalas dendam bagi pihak Yoshinaka dengan membunuh musuhnya. Selepas selesai melunaskan dendam, beliau membawa kepala tuannya lalu terjun ke dalam laut sekaligus menamatkan riwayat hidupnya dalam keadaan melindungi kepala tuannya dari diapa-apakan musuh.

 

Walaupun hanya sumber bertulis saja untuk membuktikan kewujudan Tomoe Gozen tanpa bukti fizikal, beliau menjadi ikon pahlawan wanita yang masih dikenang sampai sekarang. Legasinya masih dipelihara melalui media seperti anime, manga, dan permainan video.

 

____

 

Kalau korang berminat dengan sejarah Jepun seperti di atas, kami merasakan buku terbaru kami, KITAB TAMADUN JEPUN paling sesuai untuk bacaan korang! Boleh beli di Shopee kami sempena jualan PASCA-PBAKL:

https://bit.ly/KitabTamadunJepunShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply