Pada 58 juta tahun yang lalu, kawasan Cerrejon yang berada di Colombia telah berubah sepenuhnya, hutan-hutan telah berubah menjadi paya di mana semuanya semakin panas, lembab dan semakin luas. Jika dibandingkan hutan paya Amazon, hutan paya di Cerrejon lebih tebal.
Titanoboa, salah satu raksasa ular yang lebih panjang daripada Anaconda seperti yang kita tahu. Fossil Titanoboa telah ditemui di Hutan Cerrejon dimana pakar paleontology iaitu Jonathan Bloch dari Universiti Florida dan Jason Head dari Universiti Nebraska, telah menerokai hutan tersebut semata-mata untuk mengkaji sebahagian fosil Titanboa yang telah ditemui oleh seorang pelatih sebelum ini iaitu Jorge Moreno-Bernal dari Institusi Smithsonian.
Menurut Bloch, haiwan ini berkemungkinan sepanjang 30 hingga 35 kaki iaitu bersamaan dengan 9 hingga 10 meter. Penemuan ini yang sangat menakjubkan bagi Bloch dan pasukannya kerana jarang sekali untuk mereka menemui rangka kepala ular yang sangat sempurna. Kebanyankan rangka kepala mereka akan hancur setelah mereka mati. Lain bagi Titanoboa, rangka kepala ia tertanam dalam lumpur.
Ciri-ciri Titanoboa termasuklah merupakan ular terpanjang dan juga paling berat yang telah ditemui. Berat Titanoboa boleh mencecah 900 kilogram dan dipercayai kelebaran Titanboa ialah 0.91 meter. Ia juga mampu menelan seekor buaya dengan begitu sahaja. Titanoboa lebih gemar menghabiskan masa di dalam air seperti Anaconda.
Beberapa fakta menarik mengenai Titanoboa.
1. Titanoboa dan Gigantophis adalah satu kategori yang sama iaitu ular pra-sejarah. Pada awal penemuan Gigantophis, ia dikategori sebagai raja Ular. Kemudian, setelah penemuan Titanoboa, tahkta Gigantophis telah dirampas. Kini, Titanoboa menjadi Raja Ular.
2. Ketebalan kulit Titanoboa mampu melebihi 1 meter. Ketebalan kulit mereka diukur dari bahagian tengah badan mereka.
3. Titanoboa hidup dalam cuaca yang sangat panas dan iklim lembab.
Sumber Rujukan:
1.Gugliotta, G. (2012) ‘How Titanoboa, the 40-Foot-Long Snake, Was Found’. Smithsonian Maganize [online] April 2012. available from <http://www.smithsonianmag.com/science-nature/how-titanoboa-the-40-foot-long-snake-was-found-115791429/> [22 Aug 2017]
2. Anon. (2012) ‘Titanboa: Monster Snake’. Museums Of Western Colorado [online] available from <https://museumofwesternco.com/dinosaur-journey/temporary-exhibitions/> [22 Aug 2017]
3. Anon. (2014) ‘Titanoboa (Titanoboa Cerrejonensis)’. Snake Facts [online] available from <http://snake-facts.weebly.com/titanoboa.html> [22 Aug 2017]
4. Strauss, B (2017) ‘Titanoboa, the World’s Biggest Prehistoric Snake’. ThoughtCo. [online] 21 Aug. available from <https://www.thoughtco.com/titanoboa-worlds-biggest-prehistoric-snake-1093334> [22 Aug 2017]
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih