Di sepanjang pengalaman aku mempelajari sejarah pelbagai empayar besar di dunia terutamanya Empayar Mongol dan Rom, aku mula sedar ada banyak empayar telah terlepas pandang daripada pengiktirafan ahli sejarah. Mereka ini jarang diberi penghormatan dalam kebanyakan buku sejarah atau budaya pop yang tertumpu kepada sejarah.
Julius Caesar, Alexander the Great, Genghis Khan, Cyrus, Atilla dan Ashoka adalah antara pembina empayar bertaraf selebriti di dunia silam. Tetapi bagaimana jika aku katakan wujudnya Empayar yang tercipta satu abad selepas era Alexander, yang dua kali ganda saiznya? Malah, pada zaman kuno, terdapat tiga empayar yang lebih besar daripada Alexander.
Bayangkan ada suku yang begitu kuat sehingga menak.luki India dan Parsi.
Ini adalah kisah tiga empayar ‘underdog’ yang dianggap tidak berharga oleh kerabat dan pembesar mereka tetapi menentang kemungkinan dengan membentuk empayar yang luas.
Mereka muncul dari padang rumput yang luas. Eksploitasi mereka diulang berabad-abad kemudian oleh suku-suku nomad yang lain, menghasilkan empayar daratan terbesar di dunia. Mereka adalah nenek moyang bangsa Mongol, bangsa yang digeruni pada abad pertengahan.
Tindakan keturunan ketiga-tiga empayar ini akan mengubah perjalanan sejarah di Eropah dan Asia. Mari kita telusuri sejarah kebangkitan, kejatuhan, dan kesannya terhadap budaya manusia.
Empayar Xiongnu (209 SM- 300 M)
Pada kemuncaknya, empayar Xiongnu bersaiz hampir dua kali ganda ukuran dengan empayar Alexander the Great, meliputi sembilan juta batu persegi. Mongolia dan China Utara adalah tempat kelahiran Empayar Xiongnu, Empayar Steppe Eurasia yang pertama.
Sejarah hari ini banyam bergantung kepada sumber China untuk mengetahui tentang sejarah dan pemerintah Xiongnu kerana mereka tidak mempunyai rekod bertulis mengenai pemerintahan mereka.
Salah satu teori mencadangkan, bangsa Xiongnu adalah keturunan dinasti lagenda yang pertama China, dinasti Xia.
Walaupun asal usul Xiongnu masih boleh dipertikaikan, adalah jelas bahawa mereka adalah konfederasi suku berbilang etnik dan pelbagai bahasa.
Pada tahun 209 SM, Modu menjadi Chanyu (Maharaja) Xiongnu selepas membu.nuh bapanya Touman. Touman tidak mahu Modu mewarisi kuasanya, sebaliknya memilih anak kepada isteri lain. Dia menghantar Modu kepada suku saingan yang dipanggil Yuezhi sebagai tebusan. Touman kemudian dengan sengaja menye.rang Yuezhi, berharap mereka akan membu.nuh Modu.
Tetapi Modu melarikan diri dari kurungan dan melatih sekumpulan pengikut yang setia yang sedia melaksanakan apa saja perintahnya. Ini membantunya menyatukan beberapa bangsawan Xiongnu yang berpecah, dan dia mengambil alih kuasa dengan membu.nuh bapanya dan kemudian membu.nuh pewaris berpotensi lain.
Kisah ini kelihatan sangat mirip dengan kebangkitan Genghis Khan 1400 tahun kemudian. Xiongnu di bawah Modu menumpaskan saingan mereka, Yuezhi, Wusun, dan Donghu, yang merupakan kerajaan-kerajaan nomad yang bersaing.
Pada Pertem.puran Baideng tahun 200 SM, Modu menye.rang hendap dan mengalahkan maharaja Dinasti Han. Mereka memaksa orang Han melakukan tindakan yang memalukan iaitu memberikan ufti, sutera, bahkan menyerahkan puteri Han untuk dikahwinkan dengan bangsawan Xiongnu. Sutera yang diperoleh daripada orang Han diperdagangkan dengan tamadun di Barat.
Hanya dengan kebangkitan Maharaja Wu Dinasti Han pada tahun 141 SM sahaja yang akan mengubah dinamik hubungan antara Han dan Xiongnu.
Pepe.rangan berzaman-zaman antara Han dan Xiongn berakhir dengan kekalahan Xiongnu. Pepe.rangan itu menghasilkan kesan yang menarik, antaranya termasuk kelahiran Jalan Sutera, laluan perdagangan berasaskan darat yang wujud sehingga hari ini.
Namun pengaruh Xiongnu tidak pernah pulih, dan kemudiannya mereka menjadi kerajaan pengikut Dinasti Han. Empayar Xiongnu berpecah kepada Xiongnu Utara dan Selatan. Satu lagi kumpulan nomad yang dipanggil Xianbei mengalahkan Xiongnu Utara dan mengusir mereka ke pergunungan Altai. Kaum Cina Han mengasimilasikan Xiongnu Selatan ke dalam pelbagai kerajaan.
Walaupun kuasa Xiongnu berkurangan, keturunan mereka, orang Hun, bangkit beberapa abad kemudian untuk menimbulkan malapetaka di Eropah, Parsi, dan India.
Kesan penting yang ditinggalkan Xiongnu ialah pembinaan Tembok Besar China. Untuk menahan ancaman Xiongnu di teluk, orang Han membina kubu yang kemudiannya akan menjadi Tembok Besar. Dan hari ini, berjuta-juta pelancong dari seluruh dunia melawat ciptaan purba yang mengagumkan ini.
Empayar Hephthalit (Hun Putih) ( 440 M-570 M)
Atilla ialah nama pertama yang terlintas di fikiran apabila kita memikirkan tentang Hun. Walaupun Atilla mungkin jaguh Empayar Hun yang menguasai Eropah, saudara jauhnya yang kurang dikenali, Hun Putih memerintah Asia.
Procopius, seorang sarjana Rom Timur, tersilap mengenalpasti Hun Putih sebagai Hun “Kaukasia”, berbanding Hun Mongoloid atau Turkic di Eropah. Kod warna Hunnik sepadan dengan arah migrasi mereka: utara (hitam), timur (biru), barat (putih) dan merah (selatan). Hun Hitam dan Biru menikmati kekananan berbanding Hun Putih dan Merah.
Walaupun para sejarawan banyak berkhilaf pendapat tentang asal-usul sebenar orang Hun, secara umumnya ramai yang bersetuju bahawa mereka adalah keturunan Xiongnu.
Perubahan iklim dan kemunculan Kekhaganan Rouran (juga dikenali sebagai Juan-Juan atau Avar), sebuah Empayar proto-Mongol, memaksa orang Hun Putih melarikan diri.
Setelah membebaskan diri dari pengaruh Rouran, cabang Hun Putih, Hephthalit menempa nama sebagai salah satu empayar terbesar pada zaman mereka.
Kaum Hepthalit bertemu dengan sepupu mereka, orang Hun Kidara ketika mereka bergerak ke selatan. Kidara adalah sebuah negeri Hun Putih yang menggulingkan Empayar Kushan dan mewujudkan penampan antara India dan Parsi. Ini membolehkan mereka mengawal perdagangan di Jalan Sutera yang menguntungkan antara Timur dan Barat.
Kidara adalah duri di sisi kedua-dua empayar Iran Sassan dan Empayar Gupta di India Utara. Mereka menduduki sebahagian besar wilayah kedua-dua empayar tersebut.
Pakatan Sassan-Hephthalit akhirnya mengalahkan Kidara. Walau bagaimanapun, orang Parsi tidak dapat menuntut semula tanah mereka yang hilang, kerana ia telah menjadi milik Hephthalit.
Dalam pe.rang perebutan kuasa di kalangan kelas pemerintah Sassan, Hephthalit memainkan peranan penting. Tapi ada harganya, raja-raja Parsi perlu membayar ufti tetap dan menghantar puteri mereka ke Hepthalit untuk dikahwinkan.
Peroz, pemerintah Sassan telah disokong oleh Hephthalit untuk menggantikan Yazdegerd II. Tetapi dia terpaksa memberikan sebahagian besar wilayah Parsi di timur kepada Hephthalit.
Dia kemudiannya akan menye.rang Hephthalit dalam tiga pepe.rangan, namun kalah dalam dua pe.rang teraw dan ditangkap semasa kedua-dua kekalahan tersebut. Tetapi dia tidak bernasib baik untuk kali ketiga, kerana dia terkor.ban dalam pertem.puran.
Pengganti Peroz, Kavad, menjadi pengikut Hephthalit, dan cop mohor Hephthalit tertera pada syiling Empayar Sassan. Sementara itu, Hephthalit mengisytiharkan pelantikan seorang sub-raja untuk memerintah India Utara dan Tengah. Namanya Toramana.
Toramana dan anaknya Mihirakula mendatangkan malapetaka di seluruh India. Menurut catatan Buddha, mereka merobohkan banyak biara Buddha, universiti, dan ramai pendeta ditindas, akhirnya menamatkan Empayar Gupta yang semakin merosot.
Dalam se.rangan balas Gupta, mereka mengusir Mihirakula kembali ke wilayah Barat Laut India. Walaupun mengalami kerugian, Hun mengukuhkan pemerintahan mereka ke atas Punjab, Kashmir, Rajasthan, dan Uttar Pradesh di India.
Menjelang 522 M, Hephthalit telah menak.luki sebahagian besar Lembangan Tarim, termasuk kerajaan Khotan. Tuan mereka dahulu, Kekhaganan Rouran, melarikan diri dan memohon perlindungan di bawah naungan kuasa Hepthalit.
Untuk tempoh yang singkat pada awal abad ke-6 M, Hephthalit membentuk Empayar terbesar di dunia. Mereka menguasai daratan dari Mesopotamia dan Syria melalui pengikut Sassan Iran mereka di Barat ke Lembangan Tarim di Timur dan sehingga ke India Tengah di Selatan.
Selama lebih dari satu abad, Hephthalit memerintah di Asia Tengah. Sebagai sebuah empayar yang tidak berpusat, mereka menghadapi pemberontakan berterusan oleh pengikut mereka, seperti India dan Parsi.
Perluasan kuasa Gokturk, sebuah kuasa baru yang muncul di Asia Tengah, memberikan peluang keemasan kepada Parsi untuk membentuk pakatan dan menggulingkan Hephthalit. Gokturk mengasimilasikan orang Hun ke dalam empayar mereka.
Pada 570 M, pemerintahan Hun di India juga berakhir. Walaupun hakikatnya Hephthalit hilang kawalan, mereka tetap akan memainkan peranan dalam politik Asia Selatan.
Keturunan mereka, dinasti Turki / Kabul Shahi di Afghanistan dan dinasti Gujjara Pratihara di India Barat Laut, memainkan peranan penting dalam menghentikan pengembangan Arab ke benua kecil India. Ramai sarjana percaya bahawa tindakan ini membantu memulihara kepercayaan Hindu di India dalam jangka masa panjang.
Kekhaganan Turkik Pertama atau Kekhaganan Gokturk (551 M–682 M)
Seljuk atau Uthmaniyah mungkin nama pertama yang terlintas di fikiran apabila kita memikirkan empayar Turki. Tetapi jauh berabad sebelum kebangkitan mereka, migrasi orang Turki ke Timur Tengah dan Eropah adalah mungkin kerana eksploitasi Gokturk.
Gokturk bermaksud “Syurga Turki” atau “Turki biru.” Mereka menubuhkan Kekhaganan Turkik Pertama, sebuah empayar luas yang merentasi sejauh dari Mongolia di timur hingga ke Laut Hitam di barat.
Orang Turkik juga seperti Hephthalit, merupakan subjek di bawah Kekhaganan Rouran. Mereka adalah pandai besi dan tukang logam mahir yang menyediakan sen.jata dan produk logam ferrous dan nonferrous kepada Rouran.
Bumin, seorang pemimpin Gokturk, membantu Rouran dalam menekan pemberontakan dalaman. Dia merisik anak perempuan Khagan untuk berkahwin sebagai hadiah. Khagan Rouran mentertawakan cadangan itu, menegaskan seorang hamba tukang besi tidak layak merisik puteri diraja.
Merasa marah dan kesal, Bumin menghimpunkan bala tenteranya dan mengalahkan Kekhaganan Rouran pada 552 M, lalu menjadi Bumin Khagan, khagan Turkik yang pertama dan menubuhkan empayar Turkik yang pertama.
Orang Turkik dikenal pasti sebagai keturunan Xiongnu dalam sumber China seperti Chou-Shu. Walaupun ini adalah kemungkinan, kita harus memahaminya dengan berhati-hati. Kebudayaan yang hidup bermukim (menetap) terlalu ambil mudah dalam menggunakan istilah biasa untuk merujuk kepada semua orang nomad.
Scythia sebagai contoh, adalah nama yang diberikan kepada mana-mana suku yang muncul di steppe Pontic oleh orang Yunani. Mana-mana penceroboh di sempadan utara Parsi dirujuk sebagai Saka. Begitu juga setiap suku kaum “barbar” Utara dan Barat dirujuk sebagai Xiongnu oleh orang China.
Bumin Khagan meninggal dunia tidak lama selepas menubuhkan Kekhaganan Turkik, dan anaknya Muquan menggantikannya. Muquan bertanggungjawab ke atas bahagian timur empayar, manakala adik Bumin, Istami bertanggungjawab mengembangkan sempadan ke arah barat.
Hephthalit, yang merupakan sekutu Rouran, adalah musuh pertama yang dihadapi oleh Gokturk. Gokturk membentuk pakatan dengan maharaja Parsi dan mengalahkan Hephthalit. Kemudian, Gokturk akan melawan Parsi Sassan dalam tiga pepe.rangan, akhirnya mengalahkan mereka dengan bantuan pasukan Rom Timur.
Pe.rang Gokturk-Parsi ketiga mempengaruhi Parsi. Lemah akibat berpe.rang dengan Turkik dan Rom Timur, Parsi Sassan akan segera menyerah kepada kuasa baru yang semakin meningkat di Timur Tengah, Khalifah Rasyidun dari semenanjung Arab.
Kekhaganan Turkik Timur akan bertembung dengan Dinasti Tang dari China. Dengan merasuah pemimpin suku Turkik agar menentang suku Turkik yang lain, orang Cina berjaya menyemai benih perselisihan. Maharaja Taizong dari dinasti Tang China akhirnya mengalahkan Kekhaganan Turkik Timur.
Dinasti Tang tidak lama kemudian menjadikan wilayah dominasi Gokturk sebagai negara bawahan. Maharaja Taizong turut dianggap sebagai khagan baru Gokturk, mendapat gelaran Khan dari syurga. Kesannya, Taizong menjadi maharaja China pertama yang mempunyai kawalan langsung ke atas domain steppe nomad.
Dinasti Tang mengatasi saiz empayar Alexander the Great. Walau bagaimanapun, oleh kerana sejarawan sudah sering mengaitkan dinasti Tang dengan zaman kegemilangan China, aku abaikan mereka dari senarai ini. Ahli sejarah telah memberi mereka penghargaan yang sewajarnya.
Gokturk adalah orang nomad pertama yang menggunakan istilah Turk atau Turki sebagai nama entiti politik. Mereka juga telah mencipta aksara Turkik yang pertama.
Sebelum Gokturk, kita terpaksa bergantung kepada sumber-sumber dari China, Rom atau Parsi untuk mempelajari sejarah masyarakat nomad seperti Xiongnu atau Hephthalit.
Pengembangan orang Turkik meletakkan asas untuk beberapa empayar Turki masa depan yang akan mentadbir politik Asia dan Eropah untuk masa yang lama. Antaranya Empayar Mongol, Kekhanan Uighur, Empayar Seljuk, Empayar Uthmaniyah, Kesultanan Ghaznawiyah, dan Kesultanan Mamluk.
Empayar steppe sering diabaikan dalam buku sejarah, tetapi mereka mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap tamadun manusia. Sukar untuk membayangkan bagaimana evolusi manusia akan berlaku tanpa penghijrahan orang nomad.
RUJUKAN:
Watson, Burton (1993), Records of the Grand Historian by Sima Qian, Columbia University Press.
History of Civilizations of Central Asia, Vol II, UNESCO Publishing.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih