Manusia mempunyai persepsi berbeza tentang kegembiraan. Ada yang melihat perkahwinan, harta atau kebebasan sebagai puncak kegembiraan itu sendiri. Bagi Annie Dillard, beliau berpandangan cara kita menghabiskan hari kita menentukan cara kita menjalani hidup. Kita semua kena akui, tiada jalan singkat untuk gembira tapi terdapat beberapa tips yang dapat membantu kita ke sana.

1. Meditasi/muhasabah diri.
Nampak macam remeh tapi hakikatnya dengan meditasi atau muhasabah selama dua atau tiga minit membantu minda kita menjadi lebih sedar dengan perkara sekeliling dan fokus. Dan ia sebenarnya membantu kita memahami bagaimana minda kita berfungsi dan mengelakkan situasi autopilot mental.

Bagi yang baru saja berjinak-jinak, cuba duduk di satu tempat yang sunyi dan tanpa gangguan manusia. Cuba fokus kepada apa yang berlaku pada ketika itu dan tumpukan kepada pernafasan kita. Jika anda rasakan ada sesuatu mengganggu fikiran anda, tarik nafas dan fokus semula kepada pernafasan anda. Nampak remeh tapi ia sebenarnya membantu menetapkan minda jadi lebih tenang dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Jika anda bukan peminat meditasi atau muhasabah, anda boleh saja melakukan perkara lain seperti berlari, membersihkan diri, solat, membaca atau berkemas. Selagi mana ia membuatkan minda anda fokus dan tenang pada saat itu, maka kesannya sama seperti meditasi.

2. Tetapkan penggera untuk halang perbuatan melihat media sosial tanpa henti.
Satu fakta yang semua orang tahu tapi enggan mengaku ialah media sosial membuatkan kita mudah ketagih dan sukar untuk fokus kepada tugasan atau orang di sekeliling. Tak perlu lihat jauh, setiap kali kita buka Facebook, Twitter atau Whatsapp, kita akan tengok tanpa memandang tempat lain. Bagi yang ada hobi menonton rancangan televisyen atau filem tanpa henti (binge watching) di Netflix, iFlix atau Amazon, susah untuk kita berhenti tengok kerana bimbang terlepas episod atau babak seterusnya.

Tetapi tahukah anda, jika anda dapat menghadkan aktiviti yang saya nyatakan di atas, ia sebenarnya menjadikan anda lebih bersyukur dan menghargai apa yang kita miliki. Menurut Eric Zimmer, pengacara rancangan podcast The One You Feed berpandangan lebih banyak kesedaran kita tentang bagaimana kita menghabiskan masa dan melakukan perkara penting untuk kita, ia sebenarnya mendorong kita jadi lebih bersyukur.

Saya tahu ada sesetengah gunakan telefon pintar, tablet atau komputer riba untuk elak penggunaan internet yang tidak berfaedah. Apa kata tetapkan masa untuk penggunaan media sosial kita, contoh 15 minit untuk layari Facebook? Bila mana penggera berbunyi, segera tutup Facebook dan fokus kepada perkara lain. Anda juga boleh memeriksa diri anda secara rambang setiap hari dengan bertanyakan tiga soalan: Di manakah saya? Apa yang saya lakukan? Adakah apa yang saya lakukan itu penting?

3. Permainan abjad untuk cegah fikiran negatif.
Kita selalu dengar mentaliti positif dapat menetapkan mood manusia jadi lebih gembira dan tenang untuk memulakan hari. Tetapi fikiran positif masih belum memadai sebab fikiran tersebut boleh saja hilang bila mana kita hadapi perkara-perkara negatif seperti dimarahi bos, guru atau pensyarah, hilang kasut atau dipaksa balik lewat.

Jika anda merasakan terlalu banyak fikiran negatif dalam diri sehingga merosakkan mood anda, cuba main permainan abjad. Mulakan dengan A, nyatakan apa yang anda suka dan hargai bermula dengan A dan teruskan sampai ke abjad Z. Nampak macam kebudak-budakan tetapi hakikatnya ia mencegah fikiran negatif dari terus berakar dalam diri dan menambah rasa syukur pada apa yang dimiliki.

Sumber:

Garfield, Leanna. (2017). The Independent. Lifestyle. Three Simple, Daily Practices For Living A Happy Life. http://www.independent.co.uk/life-style/psychology-happy-life-daily-practices-psychologists-experts-a7839381.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply