Perang
Dunia Kedua telah disingkap segala rahsianya melalui media televisyen.
Filem-filem seperti Saving Private Ryan,
Schindler’s List dan Enemy at the Gates merupakan contoh
mengenai Eropah. Manakala Hacksaw Ridge
pula mengisahkan tentang peperangan Amerika Syarikat dan Jepun. Namun The Zookeeper’s Wife menunjukkan
perspektif di Warsaw jauh berbeza yang jarang ditekankan dalam filem-filem
perang.
The Zookeeper’s Wife menekankan kisah pengorbanan keluarga
Zabiński iaitu Dr. Jan (Johan Heldenbergh) dan Antonina (Jessica Chastain). Dr.
Jan merupakan pengarah Zoo Warsaw dibantu isterinya. Namun pada 1 September
1939, hidup mereka berubah buat selamanya apabila Luftwaffe mengeb0m Warsaw,
menandakan pencerobohan Jerman di Poland.
Nina dan
anak lelakinya Ryszard selamat. Apabila ketenteraan Poland ditewaskan, ketua
Zoo Berlin iaitu Dr. Lutz Heck (Daniel Bruhl) tiba di Warsaw yang menjalinkan
hubungan kayu tiga tanpa kerelaan Nina. Plot filem ini mula berkembang secara
serius dengan keluarga Zabiński menyelamatkan kaum Yahudi yang menjadi mangsa
kezaliman Jerman. Pengarah Niki Caro menunjukkan dengan tepat bagaimana Yahudi
disiksa dengan hidup mereka bagaikan buangan di tempat sendiri.
Keluarga
Zabiński cuba menyelamatkan Yahudi seramai mampu. Klimaks filem ini menyaksikan
Jan ditangkap kerana memberontak, dan Heck kembali ke Berlin yang sedang diasak
Soviet. Setelah Poland bebas, keluarga Zabiński bersatu dengan hampir semua
orang Yahudi diselamatkan mereka termasuk juga dengan penjaga zoo Jerzyk
(Michael McElhatton) yang sangat setia bersama mereka.
Selama
setahun Jan dan Nina terpisah kerana peperangan. Namun pada penghujung,
didedahkan bahawa berkat usaha berani dan mulia keluarga Zabiński, seramai 300 orang
diselamatkan. Dan keluarga ini juga mendapat penghargaan daripada Israel,
dengan ganjaran Zoo Warsaw dibuka sampai hari ini.
Impak
filem ini berjaya menunjukkan bagaimana perusahaan zoo dihancurkan kerana
peperangan. Haiwan dib0m dari udara. Yang terselamat seperti gajah, unta dan
helang pula ditemb4k. Singa dan harimau yang berkeliaran pun diberikan klu sama
juga. Tetapi filem ini berkembang pula menunjukkan anak-anak kecil Yahudi
dihantar ke kem-kem buruh m4ut utk dibvnvh. Belum lagi dengan pengalaman Nina
kerana terpaksa berpisah dengan bayinya Teresa.
Realiti
peperangan dalam filem ini tidak ditunjukkan dengan letvpan-letvpan serta
babak-babak berimpak tinggi. Sebaliknya perhatian yang diberikan bagaikan
menembusi roh membenarkan penonton menghayati setiap detik dengan teliti.
Pencinta-pencinta haiwan pun turut terasa dengan kem4tian serta kez4liman.
Filem
sebeginilah yang menunjukkan kenapa peperangan seharusnya diperangi dengan cara
keamanan. Bagaimana sebuah perusahaan zoo boleh tergelincir ke kancah krisis
sampai pekerja tidak mampu digajikan – bagaimana keluarga terbelah dan musnah –
bagaimana abu-abu kebakaran berawang-awangan bagai salji hitam – dan
sebagainya.
Tidak
banyak filem berkaitan H0l0kus sebenarnya fokus daripada perspektif wanita. Dan
the Zookeeper’s Wife meskipun tidak
mendapat kutipan selayaknya merupakan antara filem yang berjaya.
Ibu bapa
juga perlu memastikan filem ini tidak ditonton bersama kanak-kanak, oleh kerana
ada babak-babak yang tidak sesuai.
Terutamanya apabila seorang anak dara Y4hudi dir0g0l tentera-tentera Nazi.
Walaupun tindakan tersebut tidak ditunjuk, kesannya jelas apabila anak gadis
tersebut keluar berkelihatan sugul, berpakaian koyak dan berlumurah d4r4h
dengan teruk dari tumit ke peha.
Bercakap
dari perspektif sejarah pula, inilah realiti yang mana para Yahudi berdepan
apabila bala H0l0kus menimpa. Sementara ramai masih berdebat tentang angka,
yang sebenarnya tidak relevan pun, hakikatnya jelas. H0l0kus tetap berlaku.
Pandangan
penulis, filem ini layak ditarafkan dengan 8/10.




No comments yet