The Innocents merupakan sebuah filem Perancis yang dihasilkan pada tahun 2016. Meraih rating 94% di Rotten Tomatoes, filem ini dihasilkan berdasarkan kisah benar yang berlaku sewaktu Perang Dunia kedua di Poland. Penulis skrip Pascal Bonitzer telah menulis skrip filem ini berdasarkan diari seorang jururawat Perancis Madeleine Pauliac yang telah berkhidmat bersama French Red Cross di Poland pada tahun 1945.

Filem ‘The innocents’ membawa kita kepada sekumpulan biarawati di sebuah gereja di Poland yang telah dirobek maruah mereka selepas mereka dirogol oleh sekumpulan tentera Rusia sewaktu perang dunia kedua. Adalah diketahui umum bahawa untuk menjadi seorang biarawati mereka harus mengangkat sumpah untuk memelihara kesucian diri mereka dan mereka tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang hubungan kelamin.

Golongan ini memilih untuk menyerahkan seluruh kehidupan mereka dengan beribadat kepada Tuhan di gereja. Namun tragedi yang membawa trauma yang besar tersebut menjadi semakin rumit apabila terdapat sekumpulan biarawati yang telah mengandung bayi luar nikah selepas mereka dirogol.

Bagi memelihara nama baik gereja, ketua biarawati yang bertugas di gereja tersebut telah berusaha untuk menyimpan rahsia besar tersebut daripada pengetahuan orang awam. Biarawati yang mahu melahirkan bayi pula terpaksa menanggung kesakitan melahirkan bayi tanpa bantuan ahli perubatan bagi menjaga rahsia gelap tersebut. Ini menyebabkan berlakunya kematian beberapa orang biarawati yang telah menghadapi komplikasi perubatan sewaktu mereka melahirkan bayi mereka.

Tidak tahan dengan apa yang berlaku, seorang biarawati yang bernama Zofia telah menyeludup masuk ke sebuah kem perubatan Perancis dan telah menemui Madeleine yang ketika itu bertugas sebagai salah seorang daripada ahli perubatan di kem pelarian.

Zofia telah merayu dan memohon pertolongan Madeleine dan telah membawa beliau ke sebuah gereja. Madeleine menerima kejutan yang besar selepas beliau menemui beberapa orang biarawati yang sedang menanggung kesakitan melahirkan bayi tanpa sebarang bantuan professional. Ketua biarawati yang bertugas pula telah merayu kepada Madeleine supaya terus melindungi rahsia tersebut bagi menjaga nama baik gereja.

Kita kemudiannya dibawa kepada perbincangan yang sangat menarik mengenai agama dan kepercayaan. Madeleine merupakan seorang atheis yang tidak mempunyai sekelumit kepercayaan kepada Tuhan dan beliau pula telah bersetuju untuk memberikan bantuan perubatan kepada biarawati-biarawati yang mempercayai tuhan melebihi segalanya.

Adalah sukar untuk Madeleine yang berfahaman komunis untuk meletakkan dirinya di dalam kasut biarawati di gereja yang mempunyai sifat takut yang amat kepada Tuhan. Keinginan Madeleine untuk membantu golongan biarawati yang mengandung di gereja itu juga menemui pelbagai rintangan kerana kebanyakkan daripada mereka enggan mendedahkan tubuh badan mereka sewaktu sesi pemeriksaan perubatan kerana mereka takutkan akan hukuman Tuhan.

Pelbagai dialog yang menarik telah berlaku antara Madeleine dan biarawati di gereja tersebut. Di dalam salah satu babak yang menarik, Madeleine telah memulakan dialog dengan salah seorang biarawati mengenai kepercayaan mereka terhadap Tuhan dan kekuatan mereka untuk menghadapi ujian berat yang melanda diri mereka. Biarawati tersebut berkata, ‘Faith is one minute of hope and 24 hours of doubt’ (Kepercayaan adalah harapan selama satu minit dan keraguan 24 jam.)

Filem ini telah berjaya membawa kita kepada realiti hitam di sebalik tragedi-tragedi yang berlaku di dalam sebuah peperangan. Lakonan cemerlang para pelakon filem ini juga telah berjaya memaparkan realiti di sebalik trauma yang dihidapi oleh mangsa rogol. Isu pertembungan antara moraliti dan agama juga telah berjaya dipersembahkan dengan menarik oleh pengarah filem ‘The Innocents’. Lihatlah filem ini dengan mata hati yang terbuka untuk memahami mesej yang mendalam di sebalik setiap babak.

Rujukan:

1) Woodward, D. (2016, November 11). ‘The True Story Behind Haunting New Film The Innocents’. Retrieved from http://www.anothermag.com/design-living/9267/the-true-story-behind-haunting-new-film-the-innocents.

2) Delia, J. (2016, July 8). The Innocents” a Disturbing True Story of Dignity’. Retrieved from

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sakinah Jannati merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam bidang Sains Politik (major) dan Ilmu wahyu(minor). Seorang gadis yang mempunyai minat sangat mendalam dalam sejarah dunia, falsafah politik dan sirah Islam. Antara impiannya yang terbesar adalah untuk menjadi seorang wanita yang dapat memberi manfaat kepada ummah terutamanya melalui penulisannya.

Comments are closed.