Zaman sekarang, nak sebarkan ajaran sesat tak payah nak bertapak dalam hutan. Cukuplah buat live kat media sosial macam The Ahmadi Religion Peace and Light. Dah ada 30,000 follower.

Sekali imbas, seperti ajaran Ahmadiah atau Qadiani yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad. Setelah menyelam lebih halus, rupa-rupanya ia fahaman baru dikepalai oleh Abdullah Hashem Aba al-Sadiq yang mengaku Imam Mahdi.

Dengan menunggang akhir zaman, Abdullah mengajak orang ramai untuk membaiatnya sebagai al-Mahdi yang dijanjikan Nabi SAW. Dia juga mengajarkan penjelmaan semula (reincarnation). Demi mengejar like, dia juga menyokong Bani Pelangi.

Hampir serupa dengan Ayah Pin, ajaran ini menyeleweng pada pluralisme agama. Katanya, para Rasul terdiri daripada Ibrahim, Krishna, Zoroaster, Buddha, Zeus, Moses, Aristotle, Socrates, Pythagoras, Plato, Nabi Isa dan Muhammad SAW.

Apakah benar dia al-Mahdi?

Kalau tengok ciri-ciri, haram tak sama.

Imam Al-Mahdi ada banyak tanda: Di bahagian bahunya ada bonjolan yang sama pada bahu Nabi. Beliau akan berkumpul bersama Nabi Isa AS dan Nabi Isa akan bersolat di belakangnya. Penduduk bumi akan merasa cukup pada zaman kekuasaannya dan banyaknya keberkatan dari bumi akan keluar. Beliau akan menanam satu batang kayu di atas tanah yang kering lalu ia akan menjadi hijau dan berdaun.

Sifat Imam Al-Mahdi pun istimewa.

Beliau merupakan seorang anak Adam. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Kedua-dua matanya bercelak. Wajahnya bercahaya seakan-akan beliau adalah bintang yang menyinar. Di bahagian bahunya ada tanda seperti yang terdapat pada Rasulullah SAW. Warna kulitnya adalah warna orang Arab dan tubuh badannya seperti tubuh Bani Israel. Umurnya 40 tahun dan dalam sebahagian riwayat 30 hingga 40 tahun. Akhlak beliau menyerupai akhlak Nabi SAW.

Korang tengok sendiri, adakah Abdullah Hashem Aba al-Sadiq layak dipanggil al-Mahdi? Tentulah tidak! Sudahlah namanya tak sama macam nama Rasulullah SAW. Pelik jugak, jelas penipu macam ni pun ada yang percaya.

Rasulullah SAW bersabda, “Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu dari kalangan aku – atau dari ahli baitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman.” (Riwayat Abu Daud)

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Sebab itulah anda kena dapatkan BERAKAL DALAM BERAGAMA. Buku ni akan buka mata anda supaya anda tidak terpengaruh dengan ajaran sesat. Dapatkan segera dengan DISKAUN di Shopee kami:
https://shope.ee/5pke7UAHfg
Atau di Website kami:
https://thepatriots.store/kr24/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply