Setiap kali konflik di P memuncak media sosial akan dipenuhi dengan satu soalan yang sama.
Kenapa Mesir tak tutup je Terusan Suez untuk tekan Isbiol?
Kenapa diorang biar je kapal dagang Isbiol lalu lalang depan mata?
Ramai yang cop pemimpin Mesir sebagai pengkhianat atau bacul.
Pandangan ni lahir sebab kita cuma tengok Terusan Suez sebagai jalan air biasa.
Kita lupa Terusan Suez adalah laluan ekonomi dunia.
Ia dijaga rapi oleh undang-undang antarabangsa yang sangat ketat.
Kalau korang nak tahu, sejarah Terusan Suez ni sebenarnya adalah satu kisah penipuan peringkat tinggi.
Semuanya bermula pada abad ke-19 semasa pemerintahan Khedive Ismail Pasha.
Pemerintah Mesir waktu tu nak tunjuk yang Mesir dah moden. Jadi, macam mana nak jadi negara moden?
Diorang pergi pinjam duit berbilion-bilion dari bank Eropah untuk bina terusan tu.
Malangnya perancangan ekonomi diorang hancur.
Mesir jatuh muflis dengan pantas.
Untuk tutup hutang tersebut, kerajaan terpaksa jual saham pemilikan terusan tu kepada British.
Di sinilah bermulanya episod hilangnya kedaulatan Mesir.
British ambil peluang ni untuk kawal laluan maritim paling penting di dunia.
Diorang pacak tentera dan jadikan Terusan Suez sebagai hak milik eksklusif empayar.
Walaupun Mesir akhirnya berjaya ambil balik Terusan Suez pada zaman Gamal Abdel Nasser pada tahun 1956 tetapi kita kena faham satu perkara.
Kemenangan Nasser tu ada harga yang sangat mahal.
Mesir terpaksa tandatangan perjanjian antarabangsa yang mengikat tangan diorang sampai hari ni.
Perjanjian tu menyatakan Terusan Suez mesti terbuka kepada semua kapal dagang dunia.
Tanpa mengira siapa pemilik kapal tersebut.
Negara yang sedang berperang dengan Mesir sekalipun tetap ada hak untuk lalu.
Ini undang-undang maritim antarabangsa yang sangat ketat.
Kalau Mesir berani langgar syarat ni mereka akan berdepan dengan sekatan ekonomi dunia yang mampu melumpuhkan negara.
Kuasa besar dunia macam Amerika Syarikat dan Eropah akan terus beri tekanan.
Pelaburan asing akan lari.
Mesir akan berdepan dengan krisis kebuluran yang lebih buruk.
Pemimpin Mesir sekarang ni terikat dalam sangkar geopolitik.
Diorang duduk atas tanah sendiri tapi tak ada kuasa mutlak ke atas sumber ekonomi tersebut.
Inilah bentuk penjajahan moden yang paling halus.
Diorang tak perlu datang bawa meriam atau askar untuk kuasai negara kita.
Diorang cuma perlu ikat kita dengan kontrak hutang dan undang-undang antarabangsa yang direka untuk jaga kepentingan diorang.
Selagi sistem kewangan dunia ni berpusat di Barat selagi tu negara membangun akan terus jadi mangsa.
Kita kena berhenti berfikir guna sentimen emosi kalau nak faham kenapa dunia ni berfungsi macam ni.
Perang hari ni adalah perang ekonomi dan penguasaan laluan logistik.




No comments yet