Tuan-puan, ini bukan latihan. Dada kita semua berdegup kencang pagi ini. Berita yang paling kita risaukan akhirnya menimpa armada kemanusiaan kita. Musuh 'Z' sudah mula bertindak gila!
Mereka langsung tidak tunggu lama. Kebiasaannya, kapal-kapal bantuan akan mula dipintas bila masuk ke zon kuning yang lebih hampir dengan kawasan sasaran.
Tetapi kali ini rejim Isbiol sangat gelabah. Belum pun armada Global Sumud Flotilla berlayar jauh melepasi perairan Greece, mereka terus diserang dan dipintas secara mengejut.
Musuh ambil langkah awal yang sangat pengecut. Saat kru dan peserta Sumud belum pun bersedia sepenuhnya, kapal perang mereka sudah datang mengepung di laut lepas.
Kalau tuan-puan lihat kemas kini dari radar Tracker Sumud Nusantara pada jam 9.58 pagi tadi, paparan skrin menakutkan kita semua. Penuh dengan titik merah dan kuning.
Penanda kuning bermaksud kapal sedang diserang, manakala merah bermaksud kapal sudah dipintas. Setakat jam 10.00 pagi waktu Malaysia hari ini, sebanyak 11 buah kapal sudah dikepung rapat!
Apa yang paling meruntun jiwa, wartawan TV AlHijrah mengesahkan tiga rakyat Malaysia kini berada dalam tahanan musuh.
Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad (ZRA) yang berlayar di atas kapal Arkham III (atau Al-Faluja) telah sah ditawan. Begitu juga dengan dua lagi aktivis negara kita, Dr. Jihan dan Kapten Osman yang menaiki kapal Eros I.
Ya tuan-puan, bot Tuan Haji ZRA dan kapal-kapal lain sudah 'diculik' di tengah lautan antarabangsa.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan Sumud "Ini adalah skrip yang sama, cuma tahun yang berbeza. Rejim Isbiol ingat dengan laungan amaran radio yang angkuh dan muncung senjata yang dihalakan, mereka boleh menenggelamkan suara keadilan. Mereka gunakan alasan lapuk kononnya tindakan kotor ini adalah "sekatan keselamatan maritim".
Hakikatnya, seluruh dunia yang waras menyaksikan perbuatan ini sebagai satu jenayah rompakan laut yang sangat rakus. Memintas kapal awam di perairan antarabangsa adalah satu pencabulan undang-undang yang nyata!
Ingat kembali pesanan dari armada kita sebelum ini. Mereka di sana bukanlah 'tetamu' yang patuh menunggu jemputan murahan untuk berlabuh di Pelabuhan Ashdod.
Mereka adalah aktivis dan saksi hidup yang sedang berlayar merisikokan nyawa demi memecahkan tembok kebisuan dunia. Mereka sama sekali tidak boleh dan tidak akan didiamkan.
Ancaman ini mungkin sedang berlegar di sekeliling para sukarelawan kita sekarang. Tuan-puan, tolong jangan berdiam diri.
Kita mesti pecahkan kebisuan ini dan bangkit bersuara. Kongsikan berita ini seluas-luasnya supaya masyarakat dunia nampak kekejaman Isbiol yang tidak berkesudahan ini.
Hasbunallah wa ni’mal wakil. Cukuplah Allah sebagai penolong kami. Kepada Allah kita memohon perlindungan mutlak buat Tuan Haji ZRA, Dr. Jihan, Kapten Osman dan seluruh aktivis di sana.
Dunia tidak boleh terus membutakan mata. Lindungi flotila. Tamatkan kepungan. Bebaskan 'P'.




No comments yet