Komanwel merupakan sebuah persatuan yang sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh British. Komanwel diketuai oleh Ratu Elizabeth, yang merupakan keluarga diraja Britain. Komanwel tertubuh apabila termeterainya Deklarasi Balfour ( 1926 )
Sebanyak 52 negara menunjangi pertubuhan ini antaranya Brunei Darulsalam, Malaysia, Bangladesh, Uganda dan Tuvalu dan 4 negara telah menarik diri daripada pertubuhan ini iaitu Gambia ( 13 Oktober 2013 ), Ireland ( 18 April 1949 ), Maldives ( 13 Oktober 2016 ) dan Zimbabwe ( 7 Disember 2003 ). Selain itu, Kepulauan Fiji dan Nigeria telah digantung keahlian mereka daripada Komanwel.
Negara-negara ahli yang bukan ditubuhkan atau pernah dijajah oleh British:
- Mozambique ( bekas jajahan Portugis )
- Rwanda ( bekas jajahan Belgium )
Negara-negara yang mengiktiraf Ratu Elizabeth sebagai ketua negara ( Alam Komanwel ):
- Antigua dan Barbuda
- Australia
- Bahamas
- Barbados
- Belize
- Kanada
- Grenada
- Jamaica
- New Zealand
- Papua New Guinea
- Saint Kitts dan Nevis
- Saint Lucia
- Saint Vincent dan Grenadines
- Kepulauan Solomon
- Tuvalu
- United Kingdom
Negara-negara Komanwel yang mempunyai sistem beraja sendiri:
- Brunei Darulsalam
- Lesotho
- Malaysia
- Swaziland
- Tonga
Manakala, negara-negara yang lain menggunakan sistem republik. Selain itu, 4 negara yang telah memohon untuk menjadi sebahagian daripada Komanwel antaranya Somaliland ( memohon pada 2009), Sudan ( memohon pada tahun 2009 ), South Sudan ( memohon pada tahun 2011 ) dan Suriname ( memohon pada tahun 2011 )
RUJUKAN
- Laman Web Rasmi Komanwel, www.thecommonwealth.org




No comments yet