Lebih 2000 tahun lalu, sejarawan Yunani iaitu Plato menulis tentang Atlantis, satu kisah tamadun purba yang ditenggelamkan ke dasar lautan. Tetapi sejarah sebenar di sebalik kisah Plato itu tidak pernah dapat dikenal pasti. Hanya baru-baru ini sahaja pakar arkeologi mula mempercayai bahawa lagenda Atlantis mungkin bermula di kepulauan Crete. Mereka mengharap melalui kaedah saintifik akhirnya dapat membuktikan kesinambungan sejarah dan lagenda purba oleh Plato.
5000 tahun lalu, kaum Minoan, tamadun agung Eropah yang pertama, bermula di kepulauan Crete. Penduduknya yang sofistikated, dinamakan sempena lagenda Raja Minos, merupakan kaum Eropah purba yang pertama menggunakan bahasa penulisan dikenali Linear A, dan kaum purba yang pertama membina jalan batuan. Kaum ini adalah masyarakat yang mempunyai kepakaran artisan serta kesenian yang tinggi dan memiliki kepakaran kejuruteraan awam yang cekap. Kaum Minoan adalah bangsa pelaut dan pembina kapal laut yang terbaik, serta empayar maritim yang tersangat luas di Mediterrean bersaing dengan empayar Mesir Kuno.
Kaum yang agak misteri, menyembah rahib wanita kultus ular dan mengamalkan ritual korban manusia yang amalannya berasal dari Iran purba (bukan amalan Eropah purba ketika itu), mungkin menjelaskan mengapa budaya kaum Minoan agak berbeza dengan tamadun Yunani Mycenea yang muncul selepas mereka. Amalan dan ritual yang berbeza ini melahirkan kisah mitos Yunani mengenai makhluk separuh manusia separuh lembu yang memakan daging manusia di terowong labyrinth yang berselirat. Namun begitu, di tengah-tengah puncak kegemilangan peradaban dan kekuasaan Empayar Minoan ini, masyarakat dan tamadun Minoan lenyap dalam lipatan sejarah. Lenyapnya tamadun ini telah membingungkan sejarawan buat bergenerasi lamanya – sehingga sekarang.
Foto: Pandangan pulau Santorini dari udara
Di Pulau Santorini, 70 batu di utara Crete, adalah terletaknya kota pelabuhan mewah Akrotiri Minoan, tempat di mana lukisan dinding yang ditemui menggambarkan gaya kehidupan masyarakat purba Minos yang dikelilingi haiwan ternakan serta petani menuai zafran (saffron). Tetapi masyarakat Minoan membina penempatan kota mereka di atas sebuah kepulauan yang paling berisiko di dunia, berhampiran gunung berapi Thera.
Pada 1600 Sebelum Masihi, Akrotiri telah digegarkan dengan gempa bumi yang kuat. Tidak lama selepas itu, satu letusan berlaku. Letusan gunung berapi Thera antara yang terbesar dalam sejarah manusia – lebih 10 juta tan habuk, gas beracun serta batu-batuan dihamburkan lebih 25 batu ke ruang atmosfera. Namun begitu, walaupun lokasi Crete yang hampir dengan gunung berapi itu, puing-puing letusan Thera tidak mengenai sebahagian kota-kota utama Minoan.
Di Crete, lapisan campuran tanah yang asing dan bercampurbaur dengan serpihan tembikar, bahan binaan serta tulang temulang lembu boleh ditemui sepanjang hakisan pantai di lokasi kota purba Palaikastro. Dengan bantuan saintis kajitanah Hendrik Bruins, pakar arkeologi Sandy McGillivray menemui lapisan tanah berkenaan turut mempunyai mikro-organisma yang biasanya hanya ditemui di dasar lautan.
Hanya menerusi limpahan tsunami yang dahsyat sahaja mampu membawa mikroorganisma ini ke daratan. Dengan kehadiran puing-puing letusan Theran yang dihanyutkan ke pantai Crete oleh ombak kuat menunjukkan bahawa letusan gunung berapi Thera menyebabkan kejadian tsunami dan menerusi kaedah ‘carbon dating’ mendapati tulang temulang lembu yang bercampurbaur dengan lapisan sedimen itu mengesahkan ia berlaku sekitar 1600 SM, pada masa yang sama Thera meletus.
Pakar arkeologi kini mula memahami apa yang terjadi setelah berdekad berlalu selepas letusan itu berlaku. Antara penemuan terkini adalah sebuah patung di Palaikastro yang ditemui bersama lapisan arkeologi ratusan tahun setelah kemusnahan peradaban Minoan. Diperbuat daripada gading, berkepala ular diselaputi emas, adalah merupakan hasil kesenian bermutu tinggi peradaban Minoan telah dirosakkan melalui vandalisme, mencadangkan berlakunya keganasan terancang terhadap peradaban Minoan.
Bukti-bukti lain keganasan dan kemusnahan terancang itu turut ditemui lokasi-lokasi lain di kepulauan itu . Pakar arkeologi Maria Vlasaki percaya jawapan sebenar ditemui di tanah pengebumian kuno di Chanea. Mayat-mayat di sana adalah dari zaman kacau bilau dalam sejarah Minoan. Mayat-mayat purba lain turut ditemui berhampiran Knossos.
Persenjataan yang ditemui dari era itu bukan milik kaum Minoan, tetapi menyerupai senjata Yunani Peloponnese purba. Kaum Yunani purba (berkemungkinan Yunani Mycenae – Pandangan Reza Shah) dari tanah besar Greece menceroboh kepulauan Crete dengan keganasan dan menakluki Minoan yang kini di ambang kejatuhan. Tsunami yang melanda peradaban Minos bukan sahaja melemahkan empayar maritim ini, malah memberi keuntungan besar kepada penceroboh Yunani Mycenae dari segi kepentingan peluang ketenteraan.
Akhirnya, sejarah kelenyapan peradaban Minoan kini terjawab. 5000 tahun setelah ia berlaku, bencana alam yang dahsyat menyaksikan kejatuhan tamadun ini. Ombak besar yang menghanyutkan sebuah empayar sangat mirip kepada kota lagenda mistik yang ditenggelami ke dasar lautan.
Walaupun kita mungkin belum benar-benar pasti jika Crete adalah Atlantis, sekurang-kurangnya kita telah mendapat penjelasan jelas mengenai kejatuhan empayar agung purba yang pertama di Eropah.
RUJUKAN:
1) Artikel asal: “Sinking of Atlantis, The Fall of the Minoans“: https://www.pbs.org/wnet/secrets/the-fall-of-the-minoans/61/
2) Dokumentari BBC – The Real Atlantis: Documentary on the Mystery of the Missing Minoans
3) Dokumentari Discovery Channel – Lost Worlds: Atlantis, Mystery of the Minoans
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih