Joseph James DeAngelo berkhidmat sebagai seorang sarjan bagi pihak Amerika Syarikat sekitar 1940-an.
Dua bulan selepas Jepun dan Jerman menyerah kalah, keluarga DeAngelo dikurniakan seorang cahaya mata. Anak sulung ini diberikan Joseph James Jr., yang walau bagaimanapun mengharungi dugaan besar ketika masih kanak-kanak.
Dia melihat seorang adik perempuan yang berusia tujuh tahun dir.og.ol dalam sebuah gudang Jerman Barat (Lapin, 2018). Bapanya juga seorang kaki pµkµl, sekali gus memberikan Joseph James Jr. jiwa seorang pember.ont.ak.
Itulah apa yang berlaku. Menongkah remaja, Joseph James Jr. sudah aktif memec.ah masuk rumah orang. Dia juga sering memb.µnµh haiwan tanpa sebarang belas ihsan (Thompson, 2020).
Dengan mentaliti sebegini, dia menjejak masuk dalam Angkatan Ten.tera Laut Amerka Syarikat untuk berkhidmat di Vietnam.
Balik ke tanah air, dia melanjutkan pengajian dalam bidang jen.ayah dan kemudian berlatih seabgai polis di Roseville, California (Egel, 2018).
Antara Mei 1973 hingga Ogos 1976, DeAngelo diletakkan dalam unit anti-pe.cah rumah di Exeter.
Kesalahan sebegini memang tidak mungkin pihak polis boleh berkompromi. Sedar akan dibuang kerja, DeAngelo sempat mengµgµt untuk bµnµh Ketua Polis Nick Willick (Fox 40, 2018).
Karier DeAngelo sepanjang 1980-an masih menjadi misteri. Tetapi bermula tahun 1990, dia menghabiskan masanya sebagai mekanik lori di Roseville, California.
Sembilan Nama Yang Sebenarnya DeAngelo
Exeter terletak tidak jauh daripada kota Visalia. Semasa Joseph DeAngelo menjadi anggota polis, Visalia berdepan dengan kes pec.ah rumah tanpa henti.
Dalam tempoh 20 bulan, sebanyak 120 kes dilaporkan kepada pihak polis Visalia yang mengesyaki orang sama.
Teknologi yang tidak maju menyebabkan perom.pak ini meloloskan diri. Pihak polis menimangkan nama Visalia Ransacker kepada perom.pak tersebut.
Yang menjadi masalah ialah, seorang lelaki bernama Claude Snelling dibµnµh pada tahun 1975 angkara Visalia Ransacker juga.
Selalunya Visalia Ransacker akan menggeledah seluruh rumah. Dia akan menyelerakkan pakaian dalaman wanita secara sengaja. Pada tahun 1976 pula, DeAngelo berpindah ke Sacramento, California.
Tiba-tiba di sini ada kes-kes r.og.ol pula. Seramai 50 wanita menjadi mang.sa kerakusan East Area Rap.ist, yang masih nekad memb.µnµh orang.
Mungkin kehilangan kerja memberikan kesan mendalam terhadap DeAngelo yang tidak berfikir panjang lagi.
Antara 1979 hingga 1986, dia kerap memb.µnµh orang. Mudah kata, DeAngelo seolah-olah berevolusi daripada pec.ah rumah ke r.og.ol dan akhirnya memb.µ.nµh tanpa henti.
Antara 1973 hingga 1986, DeAngelo didapati memb.µnµ.h 13 orang, mer.og.ol 50 wanita dan mem.ec.ah masuk dalam 120 rumah. Jelas sekali dia merupakan seorang p.eros.ak
Selaju-laju Babi Berlari Akhirnya Merem.puh Pokok Jua
Joseph DeAngelo mungkin berasa angkuh kerana pihak polis gagal menangkapnya. Dia kerap menghubungi banyak pihak antara 1977 hingga 2001, mengaku diri East Side Rap.ist.
Siap dia berkata dia sudah mengintip mang.sa seterusnya lagi, untuk bermain secara psikologi. Kekerapan berlaku jen.ayah menyebabkan pihak polis mengesyaki orang yang sama.
Pada 15 Jun 2016, pihak FBI menawarkan AS$50,000 sebagai ganjaran bagi menumbangkan Visalia Ransacker/East Side Rap.ist.
Tetapi pihak FBI sebenarnya sudah menjalankan penyiasatan tersendiri. Mereka menggunakan teknik genealogi genetik untuk mengenal pasti pelaku dalam kesalahan ini.
Menggunakan data-data DNA sedia ada (yang selama ini tidak mampu mengesan pelaku), FBI cuba mengenal pasti ibu bapa, abang adik, sepupu sepapat hingga datuk moyang.
DNA menghubungkan dengan 25 buah keluarga, mengandungi lebih daripada 1,000 orang yang rata-ratanya sudah meninggal dunia.
Dalam tempoh beberapa bulan, pasukan penyiasat menggunakan faktor jantina, usia dan tempat tinggal untuk memendekkan senarai panjang ini. Satu demi satu, nama dibuang hinggalah seorang sahaja: Joseph DeAngelo (Zabel, 2019).
Perbicaraan
Joseph James DeAngelo Jr. berusia 73 tahun apabila pihak polis mendapatkan waran tangkap. Sekelip mata, dia berdepan dengan 13 tuduhan bµnµh.
Jika disabitkan, dia boleh dijatuhi hµkµman ma.ti yang dibenarkan California. Misi ini menelan perbelanjaan AS$20 tahun dalam tempoh 10 tahun.
Dan DeAngelo menerima tawaran pihak pendakwaan: mengaku bersalah, ubah hµkµman ke penj.ara seumur hidup.
“Saya telah mendengari kenyataan kalian. Setiap seorang. Benar-benar saya memohon ampun kepada semua saya telah ania.yai. Terima kasih, Yang Arif.”
Bahtera perkahwinan DeAngelo dengan Sharon Marie Huddle berakhir setahun kemudian, memandangkan DeAngelo akan menjalankan hµkµman di sebuah penj.ara.
RUJUKAN:
Egel, B. (2018, April 25). Who is the East Area (ditapiskan)? Police say it’s this ex-cop who attended Folsom High. The Sacramento Bee.
Fox 40. (2018, April 29). Former Police Chief who (ditapiskan) Joseph DeAngelo says he’s ‘embarrassed’.
Lapin, T. (2018, Mei 14). Family of ‘Golden State (ditapiskan)’ claim he saw men (ditapiskan) his 7-year-old sister. New York Post.
Thompson, D. (2020, Ogos 22). Apology at sentencing deepens mystery of Golden State (ditapiskan). AP News.
Zabel, J. (2019). The (ditapiskan) Inside Us: Law, Ethics, and the Forensic Use of Family Genetics. Berkeley Journal of (ditapiskan) Law. 24 (2).
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih