Beberapa hari lepas, saya telah membaca sebuah artikel yang agak menyeleweng yang dibawakan oleh NY Times berkenaan dengan sejarah tanah air saya, Malaysia dan juga situasi yang sedang melanda negaranya. Artikel bertajuk 500 Years Ago, This Port Linked East to West. Its Fate Was to Fade Away tulisan Hannah Beech pada 11 April 2020 ini sebenarnya agak menyeleweng, seolah-olah cuba menggambarkan situasi berikut:
– Globalisasi dan kemajuan perdagangan Melaka hanya bermula ketika zaman penjajahan Melaka.
– Menuduh golongan Konservatif dan Islamis di Malaysia sedang melakukan penindasan budaya dan identiti ke atas etnik Kristang di Malaysia.
Atau itulah yang difahami oleh saya. Jadi, kami di The Patriots telah mengambil keputusan untuk mengarang artikel ini bagi memberikan gambaran lebih jelas mengenai sejarah Melayu juga mempertahankan kumpulan Konservatif dan Islamis di Malaysia yang majoritinya merupakan Melayu-Islam yang ditohmah sedemikian rupa.
Pada awal artikel, kita dapati bahawa penulis artikel iaitu Hannah Beach bercerita panjang lebar kemajuan Melaka, dengan globalisasi yang dicapai pada waktu silam. Perkara seperti pusat pertembungan tamadun diseluruh dunia, keunikan kebudayaan yang lahir, pelabuhan antara terkaya di dunia. Namun, kesilapan artikel ini ialah mengatakan bahawa semua kegemilangan itu bermula pada ABAD KE-16 MASIHI yakni bahawa tempoh waktu itu ialah pemerintahan penjajah Portugis (1511–1641).
“Lima kurun dahulu, Melaka dikunjungi oleh 2000 kapal sehari sesibuk Pelabuhan Singapura moden kini, yang menjadikannya satu daripada tiga pelabuhan tersibuk di dunia. Di situ terdapat orang-orang Gujerat, Tamil dan Bengali dari India berniaga dengan orang Melayu, Cina, Arab secara harmonis; bandar raya dengan 100, 000 penghuni, 84 bahasa dipertuturkan di pasar.
Sultan yang memerintah, telah memastikan keselamatan Selat Melaka daripada lanun dan barangan dapat disimpan dalam ratusan gudang dengan selamat. Jika ada sebarang pertelingkahan undang-undang yang berwibawa dilaksanakan ke atas orang tempatan dan asing seadilnya. (Simon Elegant, Far Eastern Economic Review, (IO Jun, 1994:45)
Malangnya, pencapaian yang sebenarnya digerakkan oleh Kesultanan Melayu Melaka, sultan yang memerintah tidak disebutkan langsung pun dalam artikel. Pelabuhan Melaka yang dibanggakan sebagai pelabuhan globalisasi, pelbagai etnik adalah buah tangan sebuah kerajaan yang diperintah hampir 100 peratus oleh pemimpin Melayu dari raja, menteri-menteri dan bangsawannya. Ironi bukan?
Selain itu, betapa penjajah Portugis yang Hanna Beech cuba naikkan, tetapi orang Portugis pula memuji Sultan Melaka pembangun Melaka menjadi seperti yang mereka kenali. Ini dapat dilihat pada catatan Tom Pires mengenai Sultan Muzaffar Shah Melaka:
“He was a great man of justice; he devoted much care to the improvement of Malacca, he bought and built junks and sent them out with merchants, for which even today the old merchants of said king’s time praise him greatly, especially as a very justman. (A. Cortesao(ed); 1967:243)
Sebenarnya penjajah Portugislah yang dibanggakan itu sebenarnya dalang kepada kejatuhan Melaka. Selepas mereka merampas pelabuhan Melaka daripada tangan pemiliknya orang Melayu-Islam, dek percubaan monopoli, cukai yang lebih tinggi daripada di bawah Melaka dan dasar anti-Islam mereka, maka pedagang-pedagang di Nusantara tidak lagi singgah di Melaka bawah Portugis sebaliknya mula ke pelabuhan lain Aceh, Johor, Patani dan lain lain.
Johor mengulangi kehebatan Melaka apabila pelabuhan-pelabuhan bawah mereka menjadi maju, tumpuan para pedagang sehinggakan kekayaan Johor melimpah ruah. Dikatakan Johor pada zaman kemuncak kekayaan perdagangannya, memiliki emas lebih daripada 4 Tan yang hilang dijarah dalam perang dengan Jambi (persamaan dengan US$221.4 billion pada hari ini!).
Jadi kepada Darian Tan dalam artikel yang mengatakan bahawa komuniti andalah yang menghubungkan Timur dan Barat, fikir semula tau kenyataan itu sebab ternyata nenek moyang anda ketika memerintah Portugislah yang bertanggungjawab ke atas kejatuhan Melaka sebagai sebuah pelabuhan hebat.
Setahu saya juga, Melaka yang dibangunkan oleh orang Melayu-Islam ialah merupakan sebuah kerajaan yang sangat kuat imej Islamiknya. Daripada undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka yang berilhamkan daripada undang-undang Islam, juga kepada sebuah pusat penyebaran Islam ke serata Alam Melayu, dan tidak ketinggalan merupakan pusat pengajian Islam sehingga menjadi rujukan serantau.
Ensiklopedia Tematis Dunia Islam ada menyebut betapa para pedagang, mubalig, serta guru sufi kemudian datang berbondong-bondong dari Timur Tengah ke Melaka dan betapa dari situ agama ke seluruh Alam Melayu. Atau masihkah ingatkah kita ketika Pasai mendapatkan Melaka untuk merujuk mengenai permasalahan agama Islam?
Artikel juga bersifat “fear-mongering” kepada bukan Melayu apabila mencadangjan bahawa nasib mereka bakal diperkotak-katikkan di bawah Malaysia. Ini dapat dibuktikan dengan frasa frasa “…the return to populist Malay politics is provoking anxiety.”
Mungkin sebab itu, penulis cuba melahirkan kegusarannya bahawa patung Jesus Christ the Redeemer yang dipasakkan di Potugese Square di Melaka akan diruntuhkan oleh Melayu-Islam yang mmerintah negara. Ingin saya tegaskan, kalau patung itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara kita, tidaklah ia akan disentuh.
Kata kami, usahlah berasa khuatir. kehebatan Melaka yang sangat globalisasi yang anda petik itu sebenarnya hasil tangan sebuah empayar purba yang sangat kuat semangat Keislaman dan Kemelayuannya. Dan orang Melayu-Islam yang mentadbir negara ini tidak ada beza dengan orang Melayu zaman Melaka. Malah masih terpasak dalam dada setiap anak Melayu betapa Melaka silam ialah inspirasi mereka.
Kelantan misalnya, sebuah negeri paling Islamik di Malaysia, diperintah pula sebuah parti Islamik. Sebuah patung Buddha tidur masih tersergam indah di sana tanpa diusik pun, padahal Melayu-Islam Konservatif di sana membentuk majoriti penduduk negeri. Jadi, ketakutan tidak munasabah bahawa Melayu-Islam akan menindas golongan minoriti, menghancurkan rumah ibadah pengganut lain, adalah ketakutan yang dibuat-buat atas motif tertentu.
Selagi mana pembinaan patung tersebut mematuhi undang-undang tempatan, patung tersebut tetap akan berdiri tanpa ada orang yang mengacaunya seperti mana ribuan kuil, hindu, gereja yang lain yang berdiri di negara ini tanpa sebarang kekacauan atas semangat kebebasan mengamalkan agama masing-masing.
Kami juga agak terkilan apabila penulis menggunakan ayat Malaysia’s only truly multiethnic government merujuk kepada kerajaan PH yang digulingkan selepas 2 tahun memerintah. Saya tak nak ambil tahu mengenai kerajaan tersebut digulingkan. Tapi satu-satunya kerajaan kepelbagaian etnik yang pernah wujud di Malaysia?
Kenyataan ini adalah sebuah penghinaan kepada menteri-menteri bukan Melayu yang pernah menjawat jawatan dalam kabinet dalam kerajaan. Ia adalah penghinaan kepada Tun Tan Siew Sin, Tun Omar Ong, Tun Sambathan dan banyak lagi.
Jadi, siapakah pemimpin bukan Melayu yang saya sebutkan di atas? Jangan buat-buat lupa bahawa suatu masa dahulu, Malaysia pernah memiliki Perdana Menteri Interim bernama Ling Liong Sik. Tidak cukup multietnik lagilah kepimpinan-kepimpinan parti sebelum ini?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih