Orang utara mesti kenal dengan seorang individu ni. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan orang ke-11 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaannya menjangkau $1.3 billion menurut Forbes.
Tapi, tak ramai yang tahu beliau datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Beliau dilahirkan di Kedah. Ketika kecil, beliau hidup serba kekurangan. Rumahnya yang terletak di Kampung Hutan Keriang langsung tak ada katil, meja dan kerusi. Nak belajar pun agak susah.
Walaupun hidupnya begitu, beliau diasuh oleh ibunya untuk sentiasa menderma kepada orang miskin.
Beliau tak sempat ambil SPM disebabkan takde duit untuk bayar yuran peperiksaan.
Syed Mokhtar bantu ibunya tanam sayur, jual nasi lemak dan tolong bapanya ternak lembu dan kerbau untuk tampung pendapatan keluarga. Namun disebabkan wabak kaki dan mulut yang merebak, beliau beralih bidang dan menceburi bidang perniagaan.
Selepas mengambil SPM pada usia 19 tahun, beliau beli daging-daging lembu yang tak terjual di pasar dan jual semula kepada peniaga Bumiputera di restoran-restoran sekitar Alor Setar.
2 tahun kemudian, beliau buka Syarikat Pengangkutan Sentosa sebagai pengangkutan perniagaan beras.
Pada 1975, beliau tubuhkan pula Syarikat Shah dan mohon lesen perdagangan beras. Beliau berjaya dapat kontrak untuk bekalkan beras kepada FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan Sergam Sdn. Bhd.
Bermula dengan perniagaan beras, Tan Sri Syed Mokhtar melangkah jauh dengan menceburi lagi perniagaan-perniagaan lain antaranya saham, hartanah di bawah Bukhary Development, automobil bersama DRB-HICOM dan juga MMC Corp yang menarik pelabur industri perkapalan untuk berlabuh di Malaysia.
Yayasan Albukhary ditubuhkan diinspirasikan daripada peristiwa apabila beliau bawa pulang gaji pertamanya sebanyak RM1,500 sebagai peniaga beras pada 1974.
Ibu kepada Tan Sri Syed Mokhtar, Sharifah Rokiah ingatkan bahawa semasa mereka hidup sederhana, terdapat orang lain dalam masyarakat yang lebih miskin.
Ibunya galakkan supaya Tan Sri simpan separuh untuk keluarga dan agihkan baki RM750 kepada 15 keluarga yang memerlukan dalam komuniti mereka.
Dibawah Yayasan Albukhary, banyak sebenarnya yang beliau dah bantu masyarakat dari segi pendidikan seperti Program Tuisyen Albukhary dan Universiti Antarabangsa Albukhary, kebajikan dan perubatan seperti Pusat Perbuatan Albukhary yang sediakan mesin hemodialisis secara percuma.
Dengan sumbangan-sumbangan beliau, tak pelik kenapa Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008.
Oleh: Azizul Farhan
___
Bagaimana tokoh-tokoh terkemuka di dunia capai kejayaan seperti hari ini? Ada satu buku terbaharu yang kami terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu iaitu Hidden Genius. Pra-tempah segera: https://shope.ee/2q7ba2UIUA
Untuk bacaan bab-bab awal percuma, boleh muat turun di sini dulu:

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply