Selepas kembali menguasai Afghanistan beberapa bulan lepas, pihak Taliban berusaha memperbaiki imej mereka. Ini termasuk menunjukkan kesungguhan memelihara artifak dan monumen bersejarah – sesuatu yang sukar dipercayai ramai pihak terutama selepas Bamiyan pada 2001. Tetapi Taliban berharap itu dapat diubah dengan membenarkan Muzium Negara Afghanistan dibuka semula kepada umum.
Muzium Negara Afghanistan telah dibuka semula kepada umum sejak pertengahan November lalu. Dengan pembukaan semula muzium berkenaan, ini memberi peluang kepada orang ramai dan pakar akademik melihat artifak-artifak lampau milik negara itu. Antara artifak yang dipamerkan ialah tembikar Zaman Batu hinggalah duit syiling lama.
Sesetengah artifak yang dipamerkan dilihat bertentangan dengan pendirian mereka sebelum ini. Semasa berkuasa dari 1996 hingga 2001, bukan sedikit artifak bersejarah dimu.sn.ahkan atas alasan ia tidak menunjukkan ciri keislaman. Alasan sama turut digunakan untuk menjustifikasi pemu.sn.ahan patung Buddha berusia 1,500 tahun.
Tetapi hari ini, mereka bertanggungjawab menyelia keselamatan semua artifak yang dipamerkan di muzium tersebut. Ini kerana Muzium Negara Afghanistan merupakan antara sasaran utama musuh mereka iaitu kumpulan Daish. Kumpulan ini berusaha menimbulkan kekacauan di Afghanistan tatkala rejim Taliban yang berfahaman sederhana berusaha mendapatkan akses kewangan diperlukan untuk membangunkan negara itu.
Dengan membuka semula muzium berkenaan, ia diharap cukup untuk mendorong negara-negara Barat membenarkan akses kewangan kepada rejim berkenaan. Usaha mereka turut menjadi agenda persidangan khas negara-negara anggota Pertubuhan Negara Islam Sedunia (OIC) di Pakistan baru-baru ini.
Menurut ketua kurator Ainuddin Sadaqat, daripada semua koleksi artifak yang dipamerkan, hanya 15-20% sahaja yang mempunyai nilai sejarah berciri keislaman. Salah satunya ialah barang kemas era abad ke-18 dan ke-19. Bagi seorang pengunjung bernama Zohal, 24, ia merupakan peluang terbaik melihat rupa barang kemas era silam.
Bagi bekas ketua delegasi arkeologi Perancis ke Afghanistan, Philippe Marquis, perubahan polisi Taliban terhadap artifak bersejarah seharusnya disambut baik oleh semua pihak. Tetapi itu semua bergantung kepada kejayaan usaha Taliban mendapatkan semula akses kewangan negara itu yang ditahan susulan kejayaan mereka menguasai Afghanistan pada pertengahan tahun ini.
Tetapi ada yang merasakan pembukaan semula Muzium Negara Afghanistan sebagai tidak mencukupi. Ini kerana terdapat satu lagi institusi kebudayaan yang masih ditutup iaitu Institut Muzik Kebangsaan Afghanistan. Susulan kejatuhan rejim sebelumnya, pengarahnya Ahmad Naser Sarmast memilih melarikan diri ke luar negara bersama staf-staf, pelajar-pelajar dan ahli-ahli keluarga mereka.
RUJUKAN
Woodside, D. dan Sarmini-Buonaccorsi, L. (2021, 22 Disember). Visitors return to Afghan national museum Taliban once ransacked. AFP.
Sumber gambar: Ahmad Sahel Arman/AFP
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih