Takziah terutama kepada wakil kabinet daripada Muafakat Nasional. Tiada tahniah daripada saya.
Tiada
YB TG Tuan Ibrahim perlu menyelesaikan isu pencemaran di Johor yang belum ketahuan puncanya. Tidak termasuk masalah di Lembah Klang yang seolah-olah berlaku secara berkala
YB Anuar Musa akan berhadapan dengan amarah penduduk Kg Baru yang perlu diberikan keadilan semula.
YB Takiyuddin wajib mengangkat rule of law, meninggikan imej kehakiman dan menjaga kemuliaan undang-undang yang sebelum ini berdepan dengan bencana
YB Dr Khairuddin bertanggungjawab menyelesaikan isu harga komoditi sawit, memulihkan hubungan dengan negara yang memboikot dan menjaga kebajikan peneroka.
YB Ismail Sabri perlu bekerja mengangkat imej pertahanan negara selepas menjadi jenaka antarabangsa sebelumnya
YB Fadillah akan berada di dalam tekanan menyelesaikan infrastruktur mega seperti Pan Borneo, HSR dan MRT yang dibatalkan / diubah kerajaan lama
YB Dr Noraini perlu mengambil semula hati teknokrat universiti, menyelesaikan isu penggabungan yang kontroversi dan membersihkan institusi daripada kawalan sebuah jemaah tersembunyi
YB Dr Adham akan mengambil risiko menyelesaikan wabak COVID-19 dalam masa yang singkat dan mengelakkannya daripada membarahkan lagi ekonomi
YB H20 akan membina semula hubungan luar yang tercalar disebabkan kegopohan kerajaan lama. India, China, US, UAE dan Saudi adalah hubungan negara utama yang perlu diperbaiki semula
YB KJ perlu menilai semula polisi tenaga hijau yang sebelum ini terlalu banyak dibuka sehingga berpotensi menyebabkan ‘duck curve’ dalam industri tenaga
YB Zafrul akan bertanggungjawab memulihkan kembali keyakinan pelabur, berdepan dengan ketidaktentuan harga minyak, mentransformasikan semula ekonomi dan mencipta sumber baru kewangan negara
Mengambil alih kerajaan dalam keadaan sebegini adalah satu risiko yang tuan-tuan semua sedang tanggung. Berpeganglah kepada amanah, takutlah kepada Allah dan rendahkanlah dirimu di hadapan rakyat.
Tiada tahniah daripada saya.
Selamat berjaya. Semoga Allah bersama tuan-tuan semua.




No comments yet