“These rifles were chosen by us because it complies with our requirement, it meant for us to carry out our mission well and to guarantee us that we could come back and fight another day. I choose them so that my men could fight, for them to survive the fight while you choose yours for your bloody wallet.”

– Anonymous –

Satu ketika dahulu ada unit tentera kita hampir-hampir dibekalkan dengan raifal tempur AK47 terpakai stok pukal dari negara bekas kesatuan Soviet.

Ini bukan kehendak unit, tetapi merupakan wahyu VIP atasan pembuat keputusan yang terdiri daripada kementerian tertentu dan juga beberapa petinggi tentera ketika itu. Tidak perlu saya sebutkan nama atau unit mana, anda boleh cari sendiri dan jika tahu tidak perlu nyatakan siapa, cukup dulu simpan dalam hati.

Hal ini terjadi bukan pada zaman sekarang tetapi zaman apabila unit ini mula mencari raifal tempur baharu bagi menggantikan raifal HK33 dan M16 yang mereka gunakan ketika itu. Mereka mendapati terdapat keperluan untuk menggantikan raifal sedia ada dengan raifal tempur baharu yang lebih sesuai dengan keperluan operasi.

Selepas mengambil kira pengalaman dan pendapat daripada kalangan anggota dan pegawai dalam unit itu, M4 menjadi pilihan akhir setelah diperkenankan dan telah menjalani siri ujian yang ketat berdasarkan standard yang ditetapkan oleh unit tersebut. Seterusnya, kertas kerja disiapkan dan dihantar untuk perolehan.          

Sebaik sahaja kertas kerja tersebut sampai kepada pihak kementerian, terdapat kejutan yang benar-benar membuatkan pegawai-pegawai unit tersebut berang. Kertas kerja asal mereka telah diubah suai daripada raifal M4 kepada AK47 dan hal ini jelas bertentangan dengan kehendak unit.

Unit tersebut berkeras untuk tidak bersetuju dengan perubahan yang dibuat dan mereka membawa perkara ini ke pihak atasan untuk dibincangkan. Mereka membentangkan kertas kerja asal yang jelas menunjukkan bahawa mereka sekalipun tidak pernah pasang niat untuk gantikan raifal mereka dengan ketetapan wahyu VIP itu. Mereka lawan habis-habisan.

Akhirnya, unit tersebut menerima sejumlah raifal tempur M4 dengan ciri-ciri kegunaan pasukan khas lantas menidakkan wahyu VIP tersebut dan menyebabkan kemarahan dalam kalangan pembekal dan orang-orang tertentu yang berkepentingan.

Sehingga hari ini mereka masih setia dengan M4 dan sedang unit-unit lain tercari-cari raifal standard untuk mereka gunakan, mereka sudah selangkah maju dengan raifal terbaharu.

Katakanlah jika diterima juga AK47 sebagai raifal mereka, saya pasti kita akan jadi bahan gelak kebanyakan orang. Lagi pula AK adalah stok senjata terpakai pukal dan bukan buatan baharu, malah langsung tidak menepati keperluan dan ciri-ciri operasi yang dikehendaki pasukan tersebut.Apa logik yang diberikan pencetus wahyu AK kepada pihak unit pada ketika itu?

Mereka mengatakan bahawa ia murah dan boleh didapati dengan mudah, selain mempunyai pelobi-pelobi yang terdiri daripada kalangan petinggi tentera yang mengusulkannya. Unit tersebut menempelak usul tersebut. Pada wahyu VIP, ia hanya sekadar raifal. Apa sahaja jenama, asalkan boleh menembak.

Tidak mereka sangka, pegawai-pegawai unit tersebut membantah keras dengan pendirian bahawa mereka adalah kalangan tentera yang akan menggunakan raifal tersebut dikancah perang, sedangkan kalangan wahyu VIP tersebut senang-lenang tidak menghadap mati. Jadi, apa guna mereka terima usul wahyu sampah itu, melainkan yang bertempur nanti adalah orang-orang penyokong wahyu itu sendiri. Merah muka mereka ditempelak beberapa pegawai junior berkenaan perkara ini.

Kisah ini berlaku sudah lama dahulu. Jalan ceritanya tidak sedikit pun diubah, malah kekal, cuma tidak menyebut nama mereka yang terlibat.

Apa kesimpulan yang saya cuba sampaikan? Keperluan pasukan keselamatan bukan menurut kata akhir VIP tertentu yang cuba membuat keuntungan dengan perolehan alatan tentera. Bukan VIP itu yang akan menggunakan alatan tersebut apabila pecah perang. Oleh itu, pasukan keselamatan perlu tegas dengan melawan habis-habisan wahyu VIP tersebut agar keperluan sebenar pasukan keselamatan dipenuhi dengan betul dan bukan memenuhi kehendak VIP yang ada kaitan dengan pembekal atau kontraktor tertentu. Maka, akhirnya produk mereka tidak menepati keperluan pasukan.

Jika kita tunduk pada wahyu-wahyu VIP atau kata-kata orang tertentu yang sudah tentu tidak akan menggunakan alatan perang itu, maka yang susah nanti adalah pasukan keselamatan sendiri. Saya tahu ramai mengeluh dan risaukan pangkat mereka tergugat. Ramai yang risau akan dihantar ke cold storage disebabkan melawan wahyu VIP, tetapi sekurang-kurangnya anda ada integrity.

Anda tidak beri peluang kepada celaka VIP tersebut untuk membuat keuntungan atas angin. Saya tahu ramai dalam kalangan pegawai dan anggota yang berpendapat sama seperti saya, cuma suara anda terhalang kerana anda masih dalam perkhidmatan, malah khususnya dalam memberikan komentar tidak sepatutnya. Namun, ia tidak menutup langsung jalan untuk memperbaiki keadaan. Melawan perlu dengan cara cerdik dan halus serta disokong berdasarkan fakta.

Kepada penggubal dasar, pegawai tadbir diplomatik dan mereka yang terlibat dengan keputusan akhir perolehan tidak kira daripada kementerian mana, seeloknya bantulah pasukan keselamatan kita. Kepada petinggi-petinggi tentera, jangan berlembut sangat dan mengikut sahaja kehendak pegawai-pegawai awam dan menteri, tidak kiralah dia daripada parti mana. Seharusnya tentera berkeras sedikit, fikirkan anggota dan pegawai bawahan yang akan menyabung nyawa, fikirkan yang terbaik untuk mereka dan bukan untuk kesenangan orang-orang tertentu.

Anda baru sahaja membaca sebahagian daripada bab dalam buku Malaysia Military Power II. Berminat nak membaca artikel hebat seperti di atas? Cepat dapatkan buku terbaru kami MMP II yang baru sahaja dilancarkan di nombor www.wasap.my/60195812791.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Comments are closed.