Bikini Atoll mungkin kelihatan destinasi percutian Pasifik menarik untuk pelancong. Tetapi jika ada yang merancang untuk pergi ke sana, lupakanlah. Ini kerana terima kasih kepada ujian b.o.m nuklear Amerika Syarikat yang dijalankan pada 1940-an dan 1950-an, ia menjadikan kawasan tersebut mempunyai tahap radioaktif jauh lebih tinggi berbanding Chernobyl!

Selepas se.ra.ngan b.o.m atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki pada pertengahan 1945, ia bukan saja menamatkan Pe.ra.ng Dunia Kedua. Tetapi ia turut mencetuskan perlumbaan nuklear antara AS dengan Rusia dalam tempoh yang dikenali sebagai Pe.ra.ng Dingin. Dan sebagai tanda kedua-dua negara mempunyai kelengkapan nuklear yang tidak boleh dicabar, kedua-duanya mengadakan ujian nuklear di kawasan-kawasan terpencil.

Dari 1946 hingga 1958, 70 ujian nuklear AS dijalankan di Marshall Islands, sebuah negara terdiri daripada gugusan pulau gunung berapi dan atol yang terletak di antara Filipina dengan Hawaii. Ujian nuklear terbesar yang dijalankan Washington ialah ujian nuklear kod Castle Bravo di Bikini Atoll pada 1 Mac 1954. Le.tu.pan nuklear tersebut dikatakan mempunyai kekuatan 15 megatan TNT.

Selain memu.sn.ahkan sebuah pulau berhampiran, ujian Castle Bravo turut menghasilkan kawah dengan diameter 1.5 km dan kedalaman 75 meter. Tetapi lama-kelamaan, tahap radiasi yang tinggi mengakibatkan atol tersebut tidak selamat untuk dihuni manusia.

Mungkin ada menyangka mustahil Bikini Atoll mempunyai tahap radiasi melebihi Chernobyl. Malangnya, ia merupakan fakta yang disokong satu kajian dari Universiti Colombia pada 2019.

Menerusi laporan yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences, tahap sesetengah isotop nuklear seperti plutonium-(239,240), americium-241 dan bismuth-207 dilihat lebih tinggi sekitar kawah Castle Bravo berbanding atol-atol lain. Laporan sama turut mendedahkan tahap sesetengah isotop ini turut melebihi had pendedahan yang dibenarkan oleh kerajaan AS dan Marshall Islands. Kesemua isotop ini merupakan hasil ujian 129 sampel sedimen yang lokasi-lokasi sekitar kawah Castle Bravo.

Keputusan kajian menunjukkan kesan jangka panjang ujian nuklear jauh lebih besar daripada apa yang disangka. Ini termasuk mengubah persekitaran sesebuah kawasan sehingga ia dianggap petanda permulaan era geologi baru yang dipanggil Antroposen (Anthropocene).

Nota kaki

Antroposen (Anthropocene) – era geologi yang dikatakan bermula daripada aktiviti manusia yang signifikan terhadap geologi dan ekosistem bumi termasuk dan tidak terhad kepada perubahan iklim.

RUJUKAN

Taub, B. (2019, 18 Julai). Bikini Atoll Is More Radioactive Than Chernobyl, Thanks To Nuclear Bo.m.b Tests. IFLScience.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.