Apabila berbicara tentang zaman pertengahan di eropah, pastinya kita tidak akan ketinggalan berbicara tentang kondisi sistsem yang sebenarnya telah membawa penindasan dari golongan atasan kepada masyarakat bawahan iaitu rakyat marhaen. Sebuah sistem yang kini tidak ketinggalan dikritik oleh kebanyakan para cendekiawan. Bahkan para anti-monarki akan melaungkan slogan anti-feudal sekiranya terdapat ketidakpuasan hati mereka pada monarki.
Tapi seberapa banyak antara kita yang benar-benar memahami bagaimanakah sistem feudal yang lahir dari zaman pertengahan eropah, yang tidak keterlaluan juga saya sifatkan sebagai antara faktor utama yang menjerumuskan eropah ke zaman kegelapan ini.
Untuk pengetahuan semua, sistem feudal bertindak sebagai cara golongan atasan untuk terus menguasasi golongan bawahan – dalam erti kata lain membawa maksud tentang cara golongan atasan untuk terus menindas golongan bawahan. Ianya bersifat sistem pIramid (bukan MLM
RAJA
|
BANGSAWAN
|
KNIGHT
|
PETANI
Ketika zaman pertengahan, selepas kejatuhan empayar Rom Barat, eropah terbahagi kepada beberapa buah kerajaan kecil. Dan setiap kerajaan kecil diperintah oleh raja. Namun oleh kerana keluasan tanah taklukan dan pemerintahan raja-raja ini, maka mereka tidak mampu untuk mentadbir keseluruhan kawasan ini.
Maka disinilah peranan bangsawan muncul dalam helaian sejarah. Hak menguruskan tanah inilah yang diserahkan oleh raja kepada para Baron manakala dalam perjanjian yang sama, para bangsawan haruslah menguruskan tanah ini dan memberikan sokongan kepada para raja. Para bangsawan ini juga harus menyediakan askar kepada untuk raja sekiranya kerajaan sang raja diserang oleh musuh.
Dalam hierakri para bangsawan, yang paling tinggi ialah Count dan Duke. Golongan kedua pula Baron manakala golongan ketiga ialah Vassal. Mereka-mereka inilah yang diamanahkan oleh sang raja untuk menguruskan tanah yang maha luas yang berada di bawah pentadbiran sang raja.
Golongan agamawan juga diletakkan setaraf dan sebahagian daripada kaum bangsawan. Segala hal-hal yang berkaitan dengan agama diletakkan di tangan para agamawan. Sebagai contoh, jika ada kematian para raja dan bangsawan, maka golongan agama akan dipanggil untuk mengetuai ritual pengebumian. Selalunya golongan agamawan ini merupakan ketua-ketua gereja. Golongan gereja inilah yang bertindak sebagai penenang dan penunduk kepada sebarang revolusi dan pemberontakan.
Biasanya golongan gereja akan bertindak seperti memberi pengampunan dan menjanjikan hari akhirat yang baik (syurga) kepada para petani yang gigih bekerja membangunkan tanah untuk tuan mereka yang terdiri daripada para bangsawan. 90 peratus masyarakat eropah ketika itu merupakan petani yang ditindas oleh para bangsawan dan pihak gereja.
Golongan petani inilah yang akan mengusahakan tanah yang diberikan oleh sang raja kepada golongan bangsawan. Mereka sama ada mengusahakan tanah secara bebas yang disediakan oleh tuan mereka, disamping menjalankan kerja-kerja seperti pertukangan, tukang tenung dan membuat roti. Makalah petani yang berkontrak pula tidaka kan dibayar gaji, tetapi sekadar diberikan tempat tinggal sahaja. Biasanya kerja pengurusan tanah oleh petani ini akan diwarisi kepada anak-anak mereka.
Selain itu, dikatakan juga bahawa terdapat undang-undang yang diwujudkan demi keamanan seperti menghalang sebarang kes kecurian bahan-bahan tani seperti bijia-bijian. Mahkamah ini akan dikendalikan oleh steward yang merupakan wakil raja. Kalau terdapat setiap perbicaraan, maka setiap kampung diminta untuk menghantar wakil-wakil mereka ke mahkamah.
Kehidupan para petani ini macam yang dibicarakan di awal artikel ini memang selalu dalam keadaan tertindas. Sebagai contoh, kalau petani yang tidak bebas atau golongan serf, ada sebahagian mereka tidak dibenarkan untuk berkahwin. Kalaupun dibenarkan berkahwin, pasti dengan tujuan dan muslihat tertentu. Biasanya melibatkan tuan rumah yang mahu kegiatan pertanian menguruskan tanah mereka diteruskan oleh anak-anak petani yang menjadi mangsa kepada sistem feudal ini.
Bentuk penindasan yang lain ialah cukai yang harus dibayar kepada tuan tanah. Sudahlah disuruh untuk menguruskan tanah mereka yang bukan milik mereka, bahkan hasil dari pertanian yang diberi gaji oleh para tuan tanah ini harus diserahkan kepada tuan tanah dalam bentuk cukai yang berbentuk seperti ayam, sayur-sayuran. Bahkan kalau terdapat kerja membangunkan infrastruktur tertentu, maka tenaga buruh petani akan dikerah secara paksa oleh tuan tanah.
Bahkan terdapat sejenis bayaran dan denda yang dipanggil sebagai heriot. Heriot ialah sejenis bayaran yang dikenakan oleh tuan tanah kepada para petani serf atau hamba sekiranya mereka mati. Apabila seorang petani telah meninggal dunia, maka segala harta-harta yang dimiliki oleh petani seperti pakaian, kuda, makanan akan secara automatik menjadi milik para tuan tanah. Mati pun tak dapat membebaskan anda daripada sistem feudal tau!
Menjadi golongan petani dalam hierakri zaman pertengahan, anda turut terdedah kepada penindasan yang datang daripada golongan gereja. Seluruh eropah ketika itu berada di bawah pengaruh mazhab aliran Roman Katolik, berbeza di bahagian Timur Eropah yang ketika itu dibawah pengaruh Empayar Byzantine yang merupakan penganut Mazhab Ortodoks. Gereja Roman Katolik ini biasanya diketuai oleh para Bishops dan Arhbishops yang kaya-raya dan selalu membantu mengawal negara dan mengetuai paderi yang berada di luar kawasan kota dan bandar. Gereja sentiasa memerlukan para petani dalam kondisi yang tidak baik, demi memastikan mereka bergantung harapan ke atas golongan gereja.
Bila mana mereka para petani dalam keadaan susah, maka para petani ini akan berpaling pada golongan gereja lalu ketika itulah golongan gereja akan memberi pengharapan seperti menjanjikan pelbagai tawaran termasuklah syurga. Kesusahan sangat diperlukan oleh golongan gereja demi memastikan para petani terus taksub dengan golongan agamawan.
Golongan yang turut tersenarai dalam hierakri zaman feudal dahulu ialah golongan Knight. Golong Knight ini ialah pelindung kepada golongan raja dan bangsawan daripada musuh. Mereka turut diberi ganjaran tanah untuk diuruskan dan dikutip hasil seperti cukai daripadanya. Biasanya proses latihan golongan Knight akan dimulakan seawal 7 dan 8 tahun lagi. Mereka ini akan dihantar ke istana dan dilatih. Banyak juga masa yang digunakan oleh para Knight untuk melatih diri mereka dalam peperangan.
Setiap Knight dicatatkan mempunyai kod-kod kesatrian mereka sendiri yang di mana melibatkan amalan seperti perjanjian untuk melindunghi golongan yang lemah (hakikatnya mereka diwujudkan untuk terus menjaga raja dan bangsawan untuk terus lemas dalam sistem yang sangat korup), bersopan dengan kaum wanita, setia kepada raja dan menjadi seorang yang sangat taat kepada agama.
Kod kesatrian yang dipegang oleh Knight memerlukan mereka untuk terus rendah diri, tidak sombong, dan belajar untuk memaafkan musuh bagi mengalah dan menundukkan mereka. Pada waktu pagi, biasanya Knight akan bersembahyang manakala dalam waktu petang pula Knight akan ditugaskan untuk berlatih kemahiran peperangan mereka, selain mengiringi para raja dan bangsawan dalam aktiviti memburu, penaklukan, dan memeriksa tanah-tanah dan ladang. Waktu malam pula akan dihiasi dengan aktiviti seperti berhibur di Hall Castle dan Manor House. Aktiviti hiburan biasanya akan melibatkan seperti makan-makan, tarian, persembahan badut-badut, dan sebagainya. Rutin ini berulang dalam kehidupan seorang Knight sampailah mati.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih