Charles-Louis Napoléon Bonaparte mengharungi sebuah kehidupan yang sangat sukar susulan kekalahan bapa saudaranya (Napoleon I) di Waterloo.
Kali terakhir Charles bertemu Napoleon I adalah di Château de Malmaison, sebelum Keluarga Bonaparte diusir keluar. Charles menetap di sebuah rumah tepi tasik Switzerland sebelum berpindah lagi ke Bavaria atas tujuan pengajian.
Namun sejak kejatuhan Napoleon I, politik Perancis diwarnai dengan Gerakan Bonapartisme yang ingin mengembalikan keluarga diraja tersebut ke takhta.
Akan tetapi semua adik-beradik Napoleon tidak berminat untuk kembali ke hidup sebegitu rupa. Maka Charles Napoléon ialah pewaris sulung dalam Keluarga Bonaparte walaupun baru berusia 24 tahun.
Perjalanan Charles bermula dengan politik terlebih dahulu. Kemuncaknya ialah pada 20 Disember 1848 apabila Charles menjadi Presiden Perancis. Tempoh politiknya tamat pada 2 Disember 1852, iaitu pada ketika beliau dimasyhurkan sebagai baginda Maharaja Napoleon III.
Semasa pemerintahan imperialisme ini, Napoleon III menerima sepucuk surat begitu menarik daripada Singapura. Bertarikhkan 12 April 1857, surat tersebut ditulis tangan seorang Islam yang beberapa minggu kemudian menyambut Ramadan.
Engku Temenggung Daeng Ibrahim telah mengirimkan surat tersebut ditulis dengan dakwat emas yang bertatahkan pujian kepada Maharaja Napoleon III. Bersama surat ini diturut serta hadiah persenj4taan Melayu.
Temenggung berkenaan tidak membuat sebarang permohonan kepada pihak Perancis. Namun baginda menyimpan pandangan yang tinggi tentang Napoléon III atas hubungan rapat Perancis bersama British.
Keakraban ini mungkin juga berpunca akibat kehidupan Napoléon III dalam buangan. Baginda pernah menetap di United Kingdom buat sementara waktu, sekaligus menyerap cara hidup British.
Perkembangan politik antarabangsa pun memberikan peluang keemasan kepada Perancis untuk lebih rapat dengan Britain. Peluang tersebut terbentang melalui kerakusan Rusia yang ingin membuli Uthmaniyah.
Kremlin siap menuntut penguasaan terhadap Konstantinopel. Maka Napoléon III yang baik dengan Henry Temple selaku Perdana Menteri United Kingdom berpakat dalam sebuah rancangan persediaan enam bulan. Gandingan British dan Perancis bersama Uthmaniyah menewaskan Rusia dalam pertembungan hebat sehingga ke Sevastopol.
Kemenangan ini merapatkan lagi hubungan antara British dan Perancis. Bagi Napoléon III, ini ialah keberkatan besar kerana baginda ingin menguatkan lagi angkatan ket3nteraan Perancis di darat dan laut.
Disebabkan itulah Temenggung Johor menggunakan ayat khusus bagi menerangkan isi hatinya tentang persahabatan Perancis dan British:
“Bertambahlah kakuatan antara kedua pihak tiadalah siapa bangsa yang boleh bandingannya selagi ada perkitaran bulan dan matahari.”
Bermakna selagi Bulan dan Matahari bergerak, (pakatan ini wujud) tiada negara lain boleh menewaskan kekuatan Perancis dan British.
Dalam hal ini, kekayaan Johor terbukti secara tersendiri. Surat tersebut diberikan kepada Charles de Montigny. Tetapi tulisannya menggunakan dakwat emas (bukan warna emas; sebaliknya emas tulen untuk catatan diraja).
Selain daripada kekayaan harta, surat tersebut mendedahkan kemahiran seni dalam Kesultanan Johor. Jika negeri tersebut miskin, tentu sekali surat berdakwat biasa akan digunakan.
Temenggung Daeng Ibrahim m4ngkat pada 31 Januari 1862 di Istana Lama, Singapura. Baginda digantikan puteranya bernama Abu Bakar yang dimasyhurkan sebagai Sultan Abu Bakar al-Khalil pada tahun 1862.
Sultan ini dikatakan sangat berpengaruh dari segi diplomasi dan gemar mengembara sehingga tiba di England pada tahun 1866 (serta bersahabat dengan Ratu Victoria) dimana persahabatan tersebut memainkan peranan dalam pemerintahan baginda di Johor.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih