Alhamdulillah, kita telah berjaya menamatkan puasa kita selama sebulan dan kini anak bulan Syawal telah kelihatan dan sebagai umat Islam, ia menandakan kita akan bermulanya menyambut Aidilfitri. Aidilfitri merupakan sebuah kemenangan bagi umat Islam dalam memerangi hawa nafsu menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa.

 

Akhirnya, Allah SWT mengurniakan hari bagi meraikan kemenangan tersebut dengan hadirnya Syawal. Bergembiralah kita selaku umat Islam dalam meraikan kemeriahan Syawwal ini. Jom, kita telusuri bersama Sunnah Rasulullah SAW dalam menyambut Aidilfitri ini. Mudah mudahan kita mendapat pahala Ittiba’ Rasul dalam kegembiraan kita menyambut Aidilfitri.

 

  • Memakai pakaian cantik, wangi wangian dan mandi

Rasulullah SAW memulakan harinya dengan mandi serta membersihkan diri. Kemudiannya, Rasulullah SAW mengenakan Jubah yang cantik bagi digunakan pada Hari Aidilfitri sebagaimana sebuah Hadis,

Daripada Jabir R.A katanya: “Nabi SAW mempunyai satu jubah yang Baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.”

 

  • Menjamah sedikit makanan sebelum keluar

Sebelum keluar dari rumah, baginda SAW menjamah sedikit makanan terlebih dahulu. Daripada Anas bin Malik RA Sesungguhnya  Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Aidilfitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar  dan Baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.”

 

  • Mengucapkan Taqabalallahu Minkum

Hal ini berdasarkan sebuah Hadith Wasilah daripada Imam Bukhari, katanya : Aku bertemu Rasulullah SAW pada pagi hari raya, seraya mengucapkan kepada Baginda: تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu),

lalu Baginda menjawab: Ya, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu).

 

  • Berjalan kaki pergi dan Balik mengikut jalan yang berbeza.

Sebagaimana Hadith daripada jabir R.A, katanya: “Nabi SAW biasanya pada hari raya Baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).”

 

Jadi, dah jelas kan Sunnah Rasulullah SAW ketika Aidilfitri. Semoga Syawwal kita lebih indah dengan mengikuti Sunnah Baginda SAW. Dan saya dengan tulus hati ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga Allah menerima amalan kita semua.

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply