Apa yang anda betul-betul perlu sebagai seorang manusia untuk hidup secara lahiriah? Ya, AIR.
Selalu kan orang cakap, manusia hanya mampu hidup 2-3 hari je kalau tak cukup air. Disebabkan itu, pernahkan kalian terfikir – dari mana datangnya sumber air yang keluar dari paip rumah masing-masing?
Air di Malaysia terdiri dari pelbagai sumber. Zaman atok nenek kita dulu, telaga/perigi/mata air. Kini, hanya dengan pulasan kepala paip, mampu mengeluarkan air bersih untuk kegunaan am dan harian bila-bila masa. Tapi air bersih tu datang dari mana?
Kalau kalian bermastautin di tempat yang kerap mengalami masalah bekalan air, pasti kalian cakna dengan keadaan sumber bekalan air di tempat tu, dan untuk pengetahuan yang lain juga, kebanyakan sumber bekalan air di Malaysia ni, datang dari empangan bekalan air buatan manusia.
Berdasarkan data dari data.gov.my, empangan buatan manusia yang digazet khas sebagai pusat bekalan air di Malaysia (hanya) ada 61 buah kesemuanya. Dengan pelbagai saiz, fungsi empangan yang berbeza bilangannya di setiap negeri ni hanyalah semata-mata sebagai penyimpanan air untuk bekalan kepada kawasan sekitarnya.
Empangan-empangan ni akan menahan air yang disalir dari mata-mata air di bukit dan gunung, lalu disalirkan sebaiknya melalui pengurusan jabatan air negeri masing-masing ke kawasan penempatan manusia berdekatan setelah dirawat. Rawatan bekalan air pula bukan sekadar menambah klorin di dalam air semata- mata.
Proses rawatan air dari bekalan semulajadi seperti empangan ini sangat rumit. Kebanyakan syarikat bekalan air (tidak kira di bawah kerajaan negeri mahupun swasta) memproses rawatan air seperti carta alir di bawah:
Apa yang selalu terjadi ialah apabila tibanya musim kering, air di empangan akan berkurangan akibat sejatan dan mengakibatkan tekanan air menjadi rendah untuk dibekalkan kepada penduduk. Maka terjadilah gangguan bekalan air, dan natijahnya pun dah ramai rasa setakat ni.
Sekadar peringatan bersama, dalam kita panik mengumpul bekalan mentah sebagai makanan, jangan kita lupa – badan kita lebih memerlukan air. Perlu diingat juga, yang menjaga, memantau dan menyelenggara sistem rawatan dan bekalan air ke rumah kita, juga manusia.
Pendek kata, berhentilah jadi babi pentingkan diri. Sibuk borong tisu tandas, makanan tin, takde air – tercekik juga makanan kat tekak tu.
Sekian, pesanan masyarakat untuk saya dan kita semua. Bawak-bawak la cakna dengan keadaan sumber air kita. Kita tetap perlukannya.
*Betul, selain dari empangan, kita juga ada kawasan tadahan air. Tapi mampu ke kalian perah tanah tu, keluarkan air dari dalamnya?
**Dari sumber data tu jugak mengatakan Melaka ada 5 empangan bekalan air, dan Selangor pula ada 7. Wow. Pelik kan, negeri yang banyak empangan tapi kerap tiada bekalan air? ????
***CUba bayangkan, di kala ‘kuncian dalam’ terlaksana, empangan pula tiada air sebab musim kering. Pergh
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih