Sultan Imaduddin Zanki merupakan seorang Sultan yang pertama mencabar kerajaan Salib di Tanah Arab. Beliau juga antara pemimpin Islam yang pertama menggerakkan gerakan bagi menumpaskan pasukan Salib di Tanah Arab.
Imaduddin Zanki dilahirkan di Harran pada tahun 1085. Beliau merupakan dari jurai keturunan Turki Seljuk. Pada tahun 1127, beliau telah diangkat menjadi gabenor Mosul dan beliau memulakan ekspedisi ketenteraannya menentang pasukan Salib.
Beliau memulakan serangan ke atas Edessa pada tahun 1144. Serangan ke atas Edessa ini sekaligus meruntuhkan kekuasaan Salib di Edessa semenjak tahun 1098. Dengan runtuhnya kerajaan County of Edessa iaitu Kerajaan Salib Pertama di Tanah Arab maka bermulalah agresinya ke atas pasukan Salib.
Sultan Imaduddin Zanki semakin berani menunjukkan perlawanannya dengan menguasai Aleppo dan menjadikannya sebagai ibu kotanya di Syam. Kedudukan Aleppo yang berdekatan dengan Al-Quds telah menjadi titik awal baginya untuk menguasai Al-Quds suatu ketika nanti.
Namun, hajatnya tidak kesampaian. Beliau kemudiannya telah dibunuh oleh seorang Hashashin di Qal’ah Ja’bar dan legasinya ini telah diteruskan oleh anakandanya iaitu Sultan Nuruddin Mahmud Zanki dan akhirnya impian dua sultan ini direalisasikan oleh Sultan Salahuddin Ayyubi pada tahun 1187 Masihi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih