Bagi pengesan artifak Frants Fugl Vestergaard, 54, rutin sehariannya ialah membawa pengesan logam di kawasan lapang dengan harapan menemui sebarang artifak berharga. Di padang berhampiran Bøvling di Jutland Barat, Denmark, padang tersebut telah diimbas berkali-kali tanpa hasil. Tetapi untuk pencarian kali ini, Vestergaard terkejut kerana menemui subang emas abad ke-11/ke-12 era Rom Timur/Byzantine!

Pengkaji arkeologi percaya subang ini dihasilkan sama ada di Byzantium atau Mesir. Ini sekaligus menunjukkan orang Viking mempunyai hubungan di setiap kota sepanjang Laut Mediterranean. Ia kini merupakan sebahagian daripada pameran bertajuk Togtet (Pelayaran) di Muzium Negara Denmark. Pameran ini berkisar tentang kisah pelayaran orang Viking ke Timur Tengah.

Menariknya, tiada satu artifak subang Viking dalam rekod yang menyamai subang yang ditemui. Bagi inspektor muzium Peter Pentz, ini bermakna artifak tersebut unik dan pertama seumpamanya ditemui di Scandinavia. Tambahnya, artifak sebegini selalunya ditemui di makam-makam diraja dan bukan kawasan padang rawak Denmark.

Subang tersebut berbentuk bulan sabit dan diperbuat daripada plat emas. Ia kemudiannya diletakkan dalam bekas yang diperbuat daripada benang emas sebelum dihias dengan bebola dan reben emas. Ia turut dilapisi dengan enamel yang bermotifkan dua ekor burung di atas sebatang pokok. Walaupun ia sedikit retak, ia jelas melambangkan pokok kehidupan.

Analisis pengkaji mendapati jenis barang kemas ini dikenali terutama di Syria dan Mesir atau Byzantium dan Rusia. Hasil pembuatan subang ini serupa dengan salib Dagmark – relik Byzantine yang dihasilkan sekitar abad ke-11 atau ke-12 Masihi. Disebabkan tempoh pembuatannya yang sama, pengkaji arkeologi percaya ia diterima bukan kerana aktiviti perdagangan. Tetapi ia didermakan oleh raja atau maharaja Rom.

Ini menjelaskan mengapa salib Dagmark ditemui dalam sebuah makam milik seorang permaisuri di Gereja St. Bendt, Ringsted, Denmark pada 1683. Dalam kes subang ini, mereka percaya ia diberi oleh maharaja Rom kepada salah seorang pengawal Viking yang dipercayainya sebagai tanda penghargaan. Semasa pemerintahan Byzantine, bukan perkara asing pahlawan-pahlawan Viking direkrut sebagai pengawal-pengawal maharaja.

Rajah 1: Salib Dagmark.

Ini turut disahkan dalam banyak saga Viking. Dalam sesetengah kisah, ada orang Viking yang pulang dari sebelah timur dengan membawa kain sutera dan sen.ja.ta berkualiti. Dalam sesetengah kes, mereka diberi hadiah oleh bekas majikan mereka termasuk Maharaja Rom Timur. Subang ini diberi sebagai hadiah oleh baginda tetapi entah bagaimana, boleh tercicir di padang berhampiran Bøvling.

RUJUKAN

Chadwick, J. (2021, 10 Disember). Stunning gold earring discovered in Denmark may have been gifted by the Emperor of Byzantium to a Viking chief 1,000 years ago, experts claim. Daily Mail.

Sumber gambar: Muzium Negara Denmark


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.