Kita sering dihidangkan di dada akhbar dan laman sesawang bahawa penyedut minuman plastik banyak memberikan kesan buruk kepada ekosistem di dunia ini. Penggunaan penyedut ini hanyalah secara purata selama 10-15 minit tetapi ia memakan masa selama 500 tahun untuk terurai. Berbaloikah keenakkan 10 minit itu dengan menggadaikan keindahan flora dan fauna yang dihadiahkan oleh tuhan kepada kita? Masa untuk berubah.
Penulis memuji tindakan kerajaan yang telah mengharamkan penggunaan penyedut minuman plastik atau lebih mesra dipanggil straw. Kebanyakkan negeri telah mengambil langkah proaktif dalam menyahut seruan kerajaan menghapuskan cengkaman penggunaan straw dalam kehidupan seharian.
Premis premis makanan gergasi jugak telah mengikuti perkembangan semasa untuk menunjukkan kecintaan mereka terhadap alam sekitar. Perkara ini berlaku akibat daripada kebanyakkan haiwan di darat mahupun akuatik mendapat musibat daripada aktiviti manusia ini. Kes baru baru ini iaitu penyu tercucuk straw telah menjadi dalil untuk pihak kerajaan mengambil tindakan ke atas isu ini.
Pelbagai alternatif telah dikemukan oleh pihak pihak tertentu dalam mengatasi masalah ini. Sebagai contoh, penggunaan straw besi mula mendapat perhatian masyarakat dalam mengatasi masalah pengharaman straw plastik. Pada mulanya, ramai yang mengikuti trend baru . Tetapi dalam pengamatan mata kasar penulis, sejak akhir akhir ini kelibatnya di tempat awam boleh dikira menggunakan jari di sebelah tangan.
Isu yang timbul disini adalah cara penjagaannya. Pemilik perlu sentiasa membasuhnya dengan bersih agar tidak mendatangkan penyakit kepada penggunanya. Selain itu, mereka perlu sentiasa membawa straw tersebut ke mana mana yang dilihat amat melecehkan. Alternatif lain juga dilakukan seperti menggunakan penyedut minuman kertas, kaca dan tembaga.
Yang terbaru, sebuah syarikat telah mencipta ‘edible straw’. Penulis merasakan idea ini merupakan solusi yang boleh meruntuhkan cengkaman straw plastik daripada industri minuman di Malaysia.Tujuan utama adalah untuk melahirkan sebuah persekitaran yang lebih baik tanpa pencemaran alam yang berlaku. Dengan misi mereka untuk memulakan sebuah trend yang lebih mesra alam. Mari kita bedah dan lihat apakah sebenarnya projek ini.
1. Boleh dimakan
Ya, ia seperti ‘decoration’ di atas kek yang boleh dimakan. Selepas menikmati keenakkan minuman yang menghilangkan dahaga, straw tersebut akan dimakan oleh pengguna. Tidak perlu lagi membuangnya ke dalam tong sampah.
Terdapat pelbagai bahan yang digunakan dalam pembuatan straw ini. Sebagai contoh, beberapa syarikat menggunakan ‘seaweed’ sebagai bahan utama. Tidak kurang juga yang menggunakan beras dan ubi kayu yang menjadi ruji makanan kebanyakkan masyarakat dunia. Terdapat juga straw berperisa buah buahan yang lebih mesra dengan kanak kanak kerana sifatnya yang manis.
2. Lebih Efisien
Jika dikatakan straw besi adalah penyelesaian bagi masalah ini, maka pengguna harus meletakkan straw boleh dimakan ini di dalam carta senarai tersebut. Straw ini tidak akan terjebak dengan isu kebersihan kerana ia akan dimusnahkan oleh sistem penghadaman manusia sendiri. Bukan itu sahaja, pengguna juga tidak perlu risau dengan keadaan straw yang akan kotor kerana terlupa untuk membasuhnya.
Pengguna tidak lagi juga perlu bimbang apabila tertinggal straw kerana straw boleh dimakan ini akan dibekalkan oleh syarikat minuman itu sendiri. Sama seperti yang berlaku pada straw plastik. Pengguna yang membeli minuman dan akan mendapatkan straw tersebut sekali.
3. Ketahanan
Straw boleh dimakan mempunyai ketahanan selama 4 hingga 6 jam di dalam air sejuk manakala sehingga 3 jam di dalam air panas. Straw ini adalah jauh lebih baik berbanding straw kertas yang hanya mampu bertahan 2-3 jam di dalam air. Ya, ia tidak dapat menandingi straw besi mahupun plastik tetapi straw ini masih mampu digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Straw boleh dimakan ini memerlukan 100 hari untuk terurai. Jangka ini adalah lebih lama berbanding straw kertas yang hanya memerlukan 6 minggu untuk terurai. Straw plastik masih mengekalkan kejuaraannya kerana ia memerlukan sehingga 500 tahun untuk terurai.
Penutup
Tetapi di sini masih diperdebatkan, adakah straw ini akan larut di dalam air seterusnya menyebabkan rasa air itu terganggu? Selain itu, kandungan gula di dalam straw itu juga perlu dipersoalkan dan perlu dirujuk pada label maklumat pemakanan. Tidak kurang juga, kerana straw tersebut merupakan makanan, jadi status halal perlu juga di ambil kira sebelum menggunakannya. Perkara yang lebih penting, kos pembuatan straw ini semestinya agak tinggi. Jadi adakah kita akan dikenakan kadar bayaran tambahan oleh syarikat minuman untuk mendapatkan straw tersebut?
Kebanyakkan negara di dunia ini telah mula melancarkan projek straw boleh dimakan ini. Malaysia juga tidak ketinggalan dengan trend ini apabila syarikat Mistraws Manufacturing Sdn Bhd sedang giat mencari pengedar di serata pelusuk negara bagi mengembangkan penggunaan straw ini secara meluas. Sebelum itu, syarikat yang bertapak di Pualu Pinang, Nlytech Biotech Sdn Bhd telah memasarkan produk mereka di Singapura ketika Expo Café Asia 2019 and Restaurant Asia 2019.
Kesimpulannya, kita harus menyokong usaha murni untuk menjadikan bumi ini lebih hijau berbanding sekarang. Kurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian. Hari ini, kadar bayaran RM0.20 untuk plastik dilihat bukan jalan yang terbaik, maka penulis menggesa pihak kerajaan mengharamkan penggunaan plastik serta merta daripada bumi Malaysia yang berdaulat ini. ‘Go Green For A Better Tomorrow’.
RUJUKAN:
i. https://www.bustle.com/p/loliwares-edible-straws-could-be-a-solution-to-the-plastic-straw-problem-11783107
ii. https://klfoodie.com/edible-rice-straws/
iii. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penyedut-minuman-plastik-diharam-1.751662
iv. https://iluminasi.com/bm/7-alternatif-lebih-baik-untuk-menggantikan-penyedut-minuman-plastik.html
v. https://yourstrawguy.com/blogs/tips/10-most-common-questions-about-paper-straws
vi. https://plasticstrawssuck.wordpress.com/2017/10/15/how-long-does-a-paper-straw-last/
vii. https://seasia.co/2019/03/23/this-special-straw-has-debuted-in-southeast-asia-it-has-big-potentials-and-could-save-the-earth-too
Artikel disumbangkan oleh H. Faizi untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih