Stonehenge ialah
salah sebuah keajaiban dunia, sebaris dengan monument-monumen agung di seluruh
dunia, seperti Taj Mahal, Piramid Besar Giza, Tembok Besar China, dan Colosseum.
Dari segi istilah,
nama Stonehenge diperoleh dari perkataan Saxon, iaitu ‘stan-hengen’, yang
bermaksud ‘batu tergantung’ atau ‘hallows’.
Ia merupakan sebuah destinasi yang terkenal, dimana ianya dilawati jutaan para pelancong yang meminati sejarah dan arkeologi dari seluruh dunia.
Tapak arkeologi ini merupakan monumen prasejarah, dimana ia terdiri dari batu-batu menhir atau batu panjang dan tegak, disusun secara bulatan.
LATAR BELAKANG
Lokasi Stonehenge. Gambar diambil dari britannica.com.
Lokasi Stonehenge. Gambar diambil dari britannica.com.
Terletak di
Dataran Salisbury, Wiltshire, England, Stonehenge mula dibina sekitar sekitar
3,000-2,935 tahun dahulu, dimana terdapat enam peringkat pembinaan sepanjang
ribuan tahun.
Monumen ini
dianggap misteri kerana tiada catatan-catatan rekod yang ditinggalkan oleh
orang-orang yang pernah terlibat dalam pembinaan Stonehenge secara langsung
atau tidak langsung.
Hanya 2 jenis batuan
yang digunakan bagi pembinaan Stonehenge, iaitu batu besar sarsen yang dibawa
dari Marlborough Downs, berjarak 20 batu dari monumen tersebut, dan batu kecil
bluestone, yang dibawa dari Bukit Preseli di barat daya Wales, 140 batu dari lokasi
tapak tersebut.
Stonehenge juga boleh
jadi sebuah tanah perkuburan. Pada tahun 2013, sekumpulan para arkeologis telah
menggali dan menjumpai 50,000 tulang-tulang mayat di tapak bersejarah tersebut.
Usia tulang-tulang tersebut ialah sekitar 3,000-2,500 S.M..
ENAM PERINGKAT PEMBINAAN
Sebelum pembinaan
dibuat, tapak tersebut pada awalnya dibina bagi mengebumikan mayat orang
mereka. Namun pembinaan monumen tersebut betul-betul bermula pada tarikh
sekitar 3,000-2,935 S.M.
Berikut merupakan
6 peringkat pembinaan Stonehenge.
- Peringkat pertama pembinaan menyaksikan penggalian bulatan besar parit sedalam 6 kaki dan 100 meter diameter, dengan pintu masuk besar di arah timur laut mata angin dan pintu masuk kecil di arah selatan. Bulatan parit dan tebing tersebut digelar sebagai ‘henge’.
- Peringkat kedua pembinaan berlaku sekitar 100-200 tahun kemudian,
melibatkan kerja-kerja pemasangan tiang-tiang kayu di tengah-tengah ‘henge’ dan
di kedua-dua pintu masuk. - Peringkat ketiga pembinaan Stonehenge berlaku kira-kira 400-500 tahun
selepas pembinaan peringkat kedua, dimana 30 buah batuan sarsen didirikan di
dalam henge, berdiameter 108 kaki. - Peringkat keempat pembinaan telah berlaku sekitar 2,280-2030 S.M.,
dimana bulatan dalaman monumen ini diubahsuai sedikit. - Peringkat kelima pula, iaitu 2030-1750 S.M., sebuah bulatan lubang-lubang
bulat, yang dipanggil Lubang Z, dibina di luar bulatan batuan sarsen. - Peringkat terakhir pembinaan melibatkan penggalian satu lagi bulatan lubang-lubang,
yang dipanggil Lubang Y, di sekitar 1640-1520 S.M..
Pembinaan Stonehenge secara berperingkat-peringkat. Gambar diambil dari britannica.com.
FAKTA TAMBAHAN STONEHENGE
- Walaupun tiada rekod purba yang tercatat berkenaan Stonehenge, para sejarawan semasa zaman pertengahan seperti Henry dari Huntingdon dan Geoffrey dari Monmouth pernah mengkaji Stonehenge sekitar 1,130 Masihi.
- Batuan dari Stonehenge mempunyai sifat yang luar biasa, dimana apabila
ianya diketuk, batuan tersebut akan menghasilkan bunyi gemerincing yang nyaring. - Stonehenge dibina sejajar dengan arah terbit matahari di soltis musim
panas, dan arah matahari terbenam di soltis musim sejuk seperti yang dinyatakan
oleh arkeologis British, William Stukeley pada tahun 1720. - Menurut John Smith, terdapat 30 batuan sarsen yang digandakan dengan 12
tanda-tanda astrologi bersamaan dengan 360 hari, manakala bulatan dalaman
Stonehenge mewakili bulan-bulan lunar. - Hasil kajian DNA mencadangkan yang Stonehenge dibina oleh para petani
dari Pantai Aegea yang berhijrah ke Britain. - Artifak hasil tangan Rom ditemui di tapak Stonehenge, seperti tembikar,
batuan, barang logam, dan duit syiling ketika kerja-kerja penggalian di sana. - Kejuruteraan hebat diperlukan bagi pembinaan monumen agung ini, bukan
sahaja bagi menegakkan batu besar, malah menyusun sekali batu-batu tersebut. - Cara pengangkutan batuan masih lagi misteri, kerana purata berat batuan
sarsen tersebut ialah 25 tan. Manakala berat batuan bluestone pula ialah
kira-kira 2-5 tan, dan jarak antara Stonehenge dan lokasi batuan tersebut
didapati adalah amat jauh. - Stohenge pernah menjadi penyebab Pertempuran Beanfield yang berlaku pada
1 Jun 1985 selama beberapa jam, dimana para pelancong yang menuju ke Stonehenge
pada waktu itu dihalang oleh pihak polis. - Lukisan terawal yang diketahui berkenaan Stonehenge dihasilkan pada abad ke-16 oleh artis Fleming Lucas de Heere sekitar tahun 1573-1575.
Stonehenge: Pandangan dari udara. Gambar diambil dari britannica.com.
- Menurut lagenda raja Arthur, seorang ahli sihir terkenal, Merlin memindahkan Stonehenge dari negara Ireland dan dibina semula di Wiltshire sebagai sebuah memorial bagi 3,000 orang bangsawan yang terbunuh semasa pertempuran dengan kaum Saxon.
RUMUSAN
Stonehenge
merupakan sebuah monumen yang masih menyimpan 1,001 misteri. Tiada catatan
purba yang dijumpai berkenaan rekod pembinaan Stonehenge. Hanya catatan dari
beberapa tokoh sejarah yang dijumpai ketika zaman pertengahan.
Warisan kebanggaan
orang Eropah berkenaan tapak ini menjadi salah sebuah tumpuan yang terkenal di
saentero dunia, dilawati oleh jutaan para pelancong yang mempunyai minat yang
mendalam kepada dunia sejarah dan arkeologi.
Selama ribuan tahun
lamanya Stonehenge dibina secara berperingkat-peringkat. Dibina hanya dengan
menggunakan dua jenis batuan, ianya merupakan tanah perkuburan yang mempunyai
kehebatan arkeologi dari segi kejuruteraan, pengangkutan, dan astronomi.
Semoga pihak yang
berkaitan melindungi dan menjaga salah satu keajaiban dunia ini bagi tatapan
generasi akan datang.
RUJUKAN
1) Pearson, M. P. (n.d.).
Stonehenge. Diambil pada 28 Ogos 2019
dari https://www.britannica.com/topic/Stonehenge
2) 10 things you (probably) didn’t know about
Stonehenge. (2014, September). Diambil pada 28 Ogos 2019 dari https://www.historyextra.com/period/stone-age/10-facts-about-stonehenge/
3) Byrd, D. (2019,
Februari 17). Stonehenge mystery solved?.
Diambil pada 28 Ogos 2019 dari https://earthsky.org/human-world/origin-europes-ancient-megaliths-stonehenge-brittany
4) Mackenzie, L. (2018,
Julai 5). 10 Facts About Stonehenge. Diambil
pada 28 Ogos 2019 dari https://www.historyhit.com/facts-about-stonehenge/
5) Stewart, J. (2019,
Julai 5). 7 Fascinating Facts About England’s Mysterious Stonehenge. Diambil
pada 28 Ogos dari https://mymodernmet.com/stonehenge-facts/




No comments yet