Saya nak kongsikan kisah seorang pemuda suatu ketika dahulu pernah menjadi mangsa “misconduct” mahkamah & korupsi polis. Steve Titus, pemuda Washington. Umurnya 31 tahun & pada petang itu, dia baru saja pulang dari makan malam bersama tunangnya.
Titus tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Dia diberitahu terdapat kes ro-gol telah berlaku. Pihak polis menggambarkan bahawa pero-gol tersebut berumur dalam lingkungan 30-an, berjanggut dan memandu kereta biru sama seperti Titus.
Polis meminta supaya gambar Titus diambil dan Titus bersetuju. Ketika mangsa melihat kesemua gambar suspek, mangsa tunjuk pada gambar Titus dan berkata, “That one is closest”.
Dua hari kemudian…
Dua hari kemudian, polis terjah pejabat Titus & Titus dijatuhkan dakwaan mero-gol gadis tersebut. Lalu, dia dibawa ke perbicaraan. Ketika perbicaraan tersebut berlangsung, mangsa daripada ragu terus yakin bahawa Titus adalah pero-golnya.
“I am absolutely positive that is the man”.
Mahkamah memutuskan Titus bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara. Sebelum hukumannya dijatuhkan, Titus telah meminta bantuan jurnalis dari Seattle Times, Paul Henderson untuk menyiasat sendiri kesnya.
Setelah membuat banyak siasatan, Henderson menemui banyak bukti yang tak konsisten bagi menunjukkan bahawa Titus tidak bersalah. Henderson bawa kes ini kepada mahkamah supaya kes Titus dibicarakan semula. Dengan bantuan pihak polis, siasatan diteruskan.
Akhirnya, siasatan mendapati Titus tak bersalah. Pero-gol yang sebenar ialah Edward Lee King yang mengakui telah melakukan lebih 50 jenayah r-ogol.
Apabila gambar Edward dipaparkan kepada mangsa, gadis itu mula menangis, , “Oh my God, what have I done to Mr. Titus?”
Dakwaan ke atas Titus digugurkan. Walaupun Titus terlepas daripada hukuman, Titus menyatakan dia telah hilang segalanya.
“I lost my fiancée because I spent so much time dwelling on this, and I’ve changed. I’m not the person she knew. I lost my job, my family lost their savings, $9,000. I owe $3,000 to my attorney.”
Titus mengeluarlan fail saman sebanyak $20 juta ke atas pegawai-pegawai dan jabatan yang pernah melakukan “misconduct” ke atas dirinya.
Belum sempat perbicaraan saman tersebut bermula, Titus meninggal dunia akibat sakit jantung.
Siasatan mendapati, terdapat fabrikasi bukti yang dilakukan oleh pihak polis bagi menunjukkan bahawa Titus bersalah
Tetapi perkara ini sebenarnya perhatian Elizabeth Loftus, ahli psikologi. Dia hairan mengapa mangsa dari ragu menjadi yakin bahawa Titus adalah pero-gol.
Perasan tak, ketika ditayangkan gambar² suspek, mangsa tunjuk pada gambar Titus dan berkata, “That one is closest”.
Kemudian, sewaktu perbicaraan, mangsa berkata, “I am absolutely positive that is the man.”
Apabila Loftus melakukan kajian ke atas memori/ingatan manusia, beliau mendapati ingatan manusia ini mudah tercemar dan rapuh.
Memorinya mudah ditukar/alter apabila disuap dengan pelbagai maklumat yang berkaitan.
Suatu ketika dahulu, pada tahun 2010, pernah kecoh ramai orang dakwa dengan penuh yakin bahawa Nelson Mandela ma-ti dalam penjara. Siap ada yang mendakwa pernah melihat majlis pengebumian tersebut.
Sedangkan Mandela meninggal pada tahun 2013, lama selepas dia keluar dari penjara.
Dulu pun orang pernah kecoh pasal kartun ini. Ramai orang mendakwa ejaaan sebenar kartun ini ialah “Bereinstein” walaupun realitinya ialah “Bereinstain”.
Dan ini juga pernah berlaku, sehingga timbulnya pelbagai teori dari konspirasi sehinggalah ke teori dunia selari, Deja Vu dan sebagainya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih