Awal-awal kemunculan Best Animated Feature dalam Academy Award atau Oscar, ramai yang ramalkan Disney akan kaut semua anugerah tapi akhirnya tak kesampaian.
Hayao Miyazaki dan karyanya berjaya meraih anugerah Best Animated Feature Kedua dalam sejarah anugerah itu dipertandingkan sejak mula diperkenalkan pada tahun 2002.
Dalam tempoh 20 tahun sejak kemenangan Spirited Away, ia merupakan satu-satunya anugerah Best Animated Feature yang dimenangi oleh studio yang tidak berpangkalan di Amerika Utara atau Eropah.
Dah la Academy Award ni America-centrism. Ironinya, tindakan menganugerahkan filem dari Jepun dengan Oscar Best Animated Feature masa tu menyebabkan anugerah tersebut tak kembali semula ke Jepun sehingga kini.
Kurangnya pengiktirafan animasi Jepun daripada pihak Academy Award disebabkan oleh takut akan berlaku kembali peristiwa semasa Hayao Miyazaki memenangi anugerah tu. Beliau tak nak datang Oscar atas alasan tak nak menyokong pencerobohan Amerika ke atas Iraq, meletakkan pihak Academy di tengah-tengah perdebatan politik. Miyazaki dedahkan dia macam roda gigi dalam mesin imperialisme Amerika.
Akhirnya Hayao Miyazaki dianugerahkan Academy’s Governors Awards pada 2014 susulan pengumuman persaraan beliau. ini pada dasarnya akan menjadi anugerah pencapaian seumur hidup. Di sebalik semua penghinaan diterimanya sebelum ni, Miyazaki terima dan bersetuju untuk muncul secara peribadi untuk anugerah itu.
Oleh: Azizul Farhan
…
Selain kisah ninja, ada lagi kisah-kisah menarik dalam tamadun Jepun! Mari dapatkan buku kami, KITAB TAMADUN JEPUN di Shopee kami: https://bit.ly/KitabTamadunJepunShopee




No comments yet