Band popular The Beatles yang berasal dari Eropah cukup popular dan digemari sehingga kini. Lagu-lagunya yang popular seperti “Hey Jude”, “Yesterday”, dan “I Want To Hold Your Hand”  masih segar sejak zaman kegemilangannya pada 60an sehingga sekarang. Kini, The Beatles dijulang pula dalam bidang entomologi. Pada tahun lepas, sekumpulan saintis dari Amsterdam telah menamakan spesis kumbang terbaru sempena nama The Beatles dengan nama saintifiknya Ptomaphagus thebeatles.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Kumbang spesis baru ini ditemui di Vondelpark iaitu taman bandar awam terbesar di Amsterdam.  Ia ditemukan oleh para saintis yang turut serta dalam ekspedisi di bawah “Taxon Expedition” iaitu sebuah organisasi yang melatih saintis dalam penemuan spesis baru dari serata dunia.

Ekspedisi pencarian spesis baru di tengah bandar Amsterdam bertujuan untuk mendidik orang awam tentang peluang penemuan spesis baru di kawasan urban yang berpopulasi tinggi. Kumbang Ptomaphagus thebeatles ini ditemui tak jauh dari Hotel Amsterdam iaitu kawasan yang menjadi saksi protes “Bed-Ins for Peace” yang dilakukan oleh ahli kumpulan The Beatles, John Lennon dan isterinya Yoko Ono pada tahun 1969. “Bed-Ins for Peace” ialah protes yang dilakukan oleh pasangan selebriti popular ini bagi membantah Perang Vietnam yang tercetus ketika itu di samping memupuk keamanan dunia.

Kredit Foto : washingtonpost.com

Kumbang yang berukuran 2 milimeter panjang ini adalah kumbang pertama yang dinamakan sempena band popular ini. Antara kawasan lain yang menjadi tempat populasi kumbang ini ialah di Gunung Caucasus yang terletak di Eropah Timur, dan Asia Barat.

Spesis Kumbang Ptomaphagus thebeatles
Kredit Foto : discoverwildlife.com

Ruud Marschall, salah seorang saintis yang turut menyertai ekspedisi ini menyatakan rasa teruja akan penemuan kumbang ini. Beliau juga tidak menyangka akan menemui spesis baru di tengah-tengah bandar asal kelahirannya. Menurut pengarah “Taxon Expedition”, biasanya ekspedisi pencarian spesis baru selalunya dilakukan di kawasan terpencil seperti di hutan Borneo. Kali ini, mereka ingin mengubah angin dan ingin membuktikan kepada orang awam bahawa spesis baru masih boleh ditemukan di ibu kota Belanda sendiri.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

RUJUKAN:

New beetle species named after The Beatles. https://www.discoverwildlife.com/news/new-beetle-species-named-after-the-beatles/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pencinta sastera dan perfileman tempatan dan antarabangsa. Mempunyai minat yang mendalam pada kesenian, sejarah dan tradisi lokal. Tak akan berhenti menulis selagi masih ada budaya dan seni nusantara yang belum dibicarakan.

Comments are closed.