Alam semulajadi mempunyai terlalu banyak spesis yang masih belum ditemui lagi. Apatah lagi spesis-spesis yang dijangka sudahpun pupus tetapi masih berkeliaran di hutan.
Selama ini pula kekangan teknologi menghalang sebarang ekspedisi pencarian di dasar laut. Disebabkan itulah hanya lima peratus sahaja dasar laut telah diterokai (Copley, 2014).
Perkara ini amat menghairankan, kerana permukaan Bulan dan Marikh sudahpun diterokai melalui satelit. Namun permukaan laut masih lagi dijadikan tanda tanya besar.
Kerugiannya ialah manusia tidak dapat mengenali alam ini.
Salah satu tanda tanya besar itu dijawab baru-baru ini. Sekitar tahun 2018, sepasukan penjelajah daripada Universiti Negara Singapura telah menjalankan pencarian besar di 63 tempat berlainan di laut Jawa Barat.
Kawasan pencarian mereka pun sangat luas, sekitar 800 meter hingga 2,100 meter dalam. Misi ini turut menerima kolaborasi daripada Pusat Penyelidikan Laut Institut Sains (LIPI-RICO) Indonesia.
Mereka menggunakan banyak peralatan dasar laut untuk menjalankan misi ini.
Dan selama dua minggu, sebanyak 12,000 haiwan laut (Lee Kong Chian Natural History Museum, 2018) dalam kalangan 800 spesis berbeza dikeluarkan.
Lebih daripada 200 keluarga porifera (span), obor-obor, moluska, tapak sulaiman, landak laut, ketam, udang dan ikan dikeluarkan mereka.
Namun dua tahun kemudian, mereka menyedari bahawa mereka telah menemui spesis baru.
Dalam kelas haiwan, ada satu “order” yang dinamakan isopoda. Kategori ini meliputi 4,500 spesis persekitaran laut.
Dan salah satu spesisnya ialah bathynomus raksasa yang didapati suka mem4kan b4ngkai-b4ngkai haiwan di dasar laut (Practical Fishkeeping, n.d.).
Perkenalkan “lipas laut” yang seakan-akan sama dengan lipas di darat.
Bathynomus raksasa mempunyai gaya kehidupan sama seperti lipas darat. Mereka boleh berlapar begitu lama tanpa kehilangan berat dirinya.
Namun perbezaannya, lipas laut ini tiada pem4ngsa yang menganc4m kehidupan mereka (Osterloff, n.d.). Semakin banyak b4ngkai, semakin bahagialah mereka.
Mereka mempunyai 14 kaki yang mudah merayap di kawasan-kawasan pasir dasar laut.
Spesis ini mempunyai pelbagai jenis bentuk dan saiz dengan purata 33 sentimeter besar. Ada yang boleh membesar sampai 50 sentimeter pun.
Penemuan ini melambangkan kekayaan saintifik dan keagungan teknologi. Malah mereka juga mampu belajar lagi tentang hubungannya dengan haiwan-haiwan lain (Randall, 2020).
Spesis lipas ini berlainan dengan Ligia exotica yang senang kata merupakan isopod seperti kutu kayu.
Saiz mereka tidak melebihi lima sentimeter pun, dengan kebiasaan jantan lebih besar berbanding betina.
Bagi tahun ini saja, para saintis menemui 21 spesis burung baharu di Indonesia (Dipa, 2020). Malah tahun lepas pula banyak spesis laut ditemui, seperti ikan Mola Mola di Bali.
Spesis ini sesuai dikatakan ikan bertulang paling berat yang mem4kan obor-obor (Wormald, 2019).
Penemuan-penemuan baharu ini mungkin kerana selama ini kurang penyelidikan di Indonesia.
Perkara ini membuktikan bahawa laut perlu dijaga, kerana dikhuatiri gaya hidup manusia membuatkan spesis-spesis laut pupus tanpa dikenalpasti pun.
Dan kesannya jauh mengatasi kebaikan. Sesetengah spesis sememangnya bersifatkan pec3r0boh (inv4sive). Namun jika spesis semulajadi dilenyapkan daripada ekosistem, salah satu masalahnya ialah kawalan populasi.
Jika pem4ngsa hilang, tentu sekali m4ngsa-m4ngsanya akan beranak-pinak lebih banyak sekaligus membawa tekanan terhadap ekosistem. Proses ini digelar “tropic cascade” yang mengganggu rantaian makanan semulajadi.
Penemuan lipas laut sememangnya menaikkan semangat orang ramai untuk menjalankan ekspedisi-ekspedisi lain untuk mengeluarkan rahsia laut Nusantara ini.
RUJUKAN:
Copley, J. (2014, Oktober 4). Mapping the deep, and the real story behind the “95% unexplored” oceans. University of Southampton. Retrieved from http://moocs.southampton.ac.uk/oceans/2014/10/04/mapping-the-deep-and-the-real-story-behind-the-95-unexplored-oceans/
Dipa, A. (2020, Februari 17). 21 new species added to Indonesian bird collection. The Jakarta Post. Retrieved from https://www.thejakartapost.com/news/2020/02/17/21-new-species-added-to-indonesian-bird-collection.html
Lee Kong Chian Natural History Museum. (2018, April 17). South Java deep sea expedition. National University of Singapore. Retrieved from https://lkcnhm.nus.edu.sg/research/sjades2018/
Osterloff, E. (n.d.). Giant isopods: curious crustaceans on the ocean floor. Natural History Museum. Retrieved from https://www.nhm.ac.uk/discover/giant-isopods-curious-crustaceans-on-the-ocean-floor.html
Practical Fishkeeping. (n.d.). Giant isopods on display at UK aquarium. Retrieved from https://www.practicalfishkeeping.co.uk/fishkeeping-news/giant-isopods-on-display-at-uk-aquarium/
Randall, I. (2020, Julai 16). Depth star: Gruesome-looking ‘Darth Vader’ sea cockroach discovered at the bottom of the Indian Ocean is identified as a new species. Daily Mail. Retrieved from https://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-8530763/Gruesome-looking-Darth-Vader-sea-cockroach-Indian-Ocean-identified-new-species.html
Wormald, S. (2019, September 26). Suprising Marine Animals Found in Indonesia. Padi. Retrieved from https://blog.padi.com/2019/09/26/surprising-marine-animals-found-in-indonesia/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih