Banyak-banyak jenis haiwan, haiwan apakah yang paling lambat di dunia? Mesti korang rasa yang kura-kura ialah haiwan paling lambat kan? Kalau ya, jawapannya tentulah salah. Ya, memang kura-kura lambat berjalan, tapi ada dalam keadaan tertentu seperti dikejar oleh pemangsa, kura-kura akan berlari untuk sembunyikan diri selain sembunyi dalam cangkerang.
Jadi, apakah haiwan yang paling lambat sebelum kura-kura? Jawapannya yang sebenar ialah haiwan mamalia bernama sloth. Namanya saja terang-terang diambil dari kata nama ‘slow’ dan juga bermaksud ‘malas’, menjadikan haiwan mamalia ini mendapat gelaran haiwan paling lambat dan malas di dunia.
Sloth ialah haiwan mamalia dari kumpulan order bernama Pilosa. Kumpulan order ini terdiri dari haiwan mamalia yang mempunyai bulu yang amat panjang, Hanya dua jenis haiwan saja yang masuk dalam kumpulan order ini: sloth dan anteater, haiwan pemakan semut yang bermuncung panjang. Jadi, anteater juga ‘bersaudara’ dengan sloth.
Sloth berpecah kepada 2 genus iaitu genus Bradypus iaitu sloth berjari tiga dan genus Choloepus, iaitu sloth berjari dua. Sloth biasanya tinggal di dalam hutan tropika yang terletak di Amerika Tengah dan Selatan. Jangan haraplah kalau korang nak cari sloth walaupun negara kita ada hutan tropika.
Apa yang unik tentang sloth ini ialah pergerakan tubuh badannya begitu perlahan, Nak panjat pokok pun tangan sloth mengambil masa sejam untuk memanjat sejauh lebih 200 meter. Pergerakan perlahan sloth ini terjadi akibat metabolisme-nya yang begitu perlahan dan tidak banyak gunakan tenaga, sehingga daun saja menjadi diet utama sloth. Haiwan ini juga selalu bergantung di dahan pokok setiap hari, tidak pernah turut ke daratan.
Kalau dia nak pindah ke pokok lain, biasanya dia cara kawasan berair seperti sungai, kemudian terjun, berenang sehingga menemui pokok yang dia mahukan. Sloth selain memanjat, dia juga boleh berenang. Merangkak sajalah buat sloth susah nak gerak. Bulu badan sloth pula berfungsi sebagai pelindung untuk menyamar dari dikesan oleh pemangsa.
Bulu sloth ini dibiarkan saja sampai lumut tumbuh subur, sampailah bulunya tidak dapat dikesan oleh burung helang atau kucing besar. Jadi, bulu sloth ni memang nampak kotor la. Yang menariknya, kekotoran bulu sloth ni menjadi tarikan spesis kupu-kupu bernama Sloth Moth untuk jadikan bulu sebagai habitat baru!
Kalau korang nak cari sloth, pergi Amerika Selatan je cari Hutan Amazon. Atau google jelah. Korang akan nampak betapa perlahannya pergerakan haiwan mamalia ini, ditambah lagi muka sloth yang comel dan tidak bersalah.
______
Harap korang jangan jadi malas la lepas baca trivia ni. Lagi best baca BIOLOGIA kami ni! Buku ni sebenarnya menerangkan pada korang banyak benda pasal alam kehidupan. Link Shopee: https://bit.ly/biologiashopee
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.