Mungkin ramai tak tahu bahawa hampir semua tulisan abjad di dunia ini berasal daripada sistem tulisan Phoenician (yang berpunca daripada tulisan Mesir purba). Istilah “Alphabet” itu merujuk kepada “Alpha” dan “Beta” dalam tulisan Yunani (Greek), yang sebenarnya berasal daripada “Aleph” dan “Bet” dalam tulisan Phoenician, yang turut terdapat dalam tulisan Ibrani (Hebrew – tulisan orang Israel) iaitu “Alef” dan “Bet”, dan juga dalam tulisan Arab sebagai “Alif” dan “Ba”. Dan akhirnya diringkaskan oleh orang Rom sebagai “A” dan “B”.

Jadi jangan ingat pakai ABCD tu lebih high class dan maju. ABCD itu sebenarnya “Alif Ba Jim Dal” dalam tulisan Arab, atau “Alpha Beta Gamma Delta” dalam tulisan Yunani.

Tulisan Korea (Hangul) pun ada sejarah yang unik. Sebenarnya ia berasal daripada tulisan rasmi Empayar Mongolia iaitu tulisan Phagspa. Kenapa Mongolia? Sebab Mongolia pernah memerintah Korea dari tahun 1270 hingga 1356. 90 tahun kemudian, Raja Sejong dari Dinasti Joseon mencipta Hangul berdasarkan tulisan Phagspa.

Infografik ni kalau diubahsuai boleh digunakan untuk merumuskan evolusi tulisan orang Melayu dari tulisan rencong, Jawi hingga ke Rumi (Roman/Latin Alphabet).

Rencong berasal dari sistem tulisan Pallava yang merupakan anak kepada tulisan Brahmi. Tulisan Brahmi ni tulisan bagi Bahasa Sanskrit di benua India. Jadi sebelum kedatangan Islam, orang Kepulauan Melayu yang menerima budaya Hindu-Buddha pun menggunapakai tulisan Pallava. Batu-batu bersurat kuno kebanyakan dalam tulisan Pallava. Dari Pallava datangnya tulisan Kawi yang kemudian berevolusi jadi tulisan Sunda, Jawa, Lontara (Bugis) dan Rencong (Melayu Sumatera). Begitu juga dengan bangsa-bangsa Asia Tenggara yang lain (Siam, Khmer, Lao, Burma), semua mencipta tulisan sendiri berdasarkan Pallava.

Selepas kedatangan Islam, orang Melayu mula mengadaptasi tulisan Arab dalam bentuk Jawi. Bukan meniru Arab 100%, sebab dalam tulisan Arab tiada huruf yang boleh mengekspresi bunyi “c”, “p”, “g”, “ng”, “v” dan “ny” dalam Bahasa Melayu, jadi orang Melayu menambah 6 huruf baru dalam Jawi. Ada yang kata 6 huruf tu datang dari Parsi, ada yang kata datang dari Yaman, tapi ia sememangnya “indigenous sounds” yang dah wujud dalam Bahasa Melayu.

Orang Melayu pakai Jawi pun bukan sebab “Arabisasi” tapi lebih kepada “Islamisasi”. Sebab tulisan lama dah tak mampu untuk mengekspresi kosa-kosa kata (vocabulary) baru ekoran pengaruh budaya Islam dalam Tamadun Melayu. Samalah macam hari ini, tulisan Rumi digunakan untuk mengekspresi kosa-kosa kata baru yang berasal dari Eropah (contoh: “buku teks sekolah” – ketiga-tiga perkataan datang dari bahasa Eropah).

Jadi, kalau faham sejarah disebalik evolusi tulisan ini, nescaya tak akan ada sikap “inferior” yang mengata “orang Melayu mana ada tulisan sendiri”, “buat apa nak pakai Jawi semula”. Sama seperti bangsa-bangsa lain, orang Melayu mencipta tulisan sendiri berdasarkan tulisan asing. Dan penggunaan tulisan Jawi adalah untuk memelihara Bahasa Melayu itu sendiri, jadi tak adalah pergi mengeja “te-ngah” jadi “ten-gah”.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.