Sebenarnya, bila bercerita tentang kebijaksanaan Tuhan dalam ilmu kejuruteraan, aku fikir sistem imun badan ni antara contoh paling mudah. Sistemnya sangat sistematik.
Secara ringkasnya, sistem ni terbahagi kepada tiga lapisan pertahanan. Bagi memudahkan permahaman, aku nak guna analogi mudah yang aku belajar masa zaman sekolah. Istana Konstantinople Turki.
Rumah istana ni juga mengguna pakai konsep yang lebih kurang sama. Lapisan pertama istana ialah pertahanan fizikal seperti benteng dan juga parit air untuk menyusahkan kemasukan musuh macam benteng kebal Konstantinople. Lapisan kedua ialah sentri dan unit bantuan yang akan membantu dan memberkas peceroboh. Andai kata musuh masih terlepas masuk, maka tentera dan khususnya, tentera elit macam Janissari akan masuk campur.
Sistem imun punya konsep adalah sama. Lapisan pertama pertahanan imun ialah benteng fizikal dan kimia. Benteng fizikal ini ialah kulit dan lendir. Benteng kimia pula ialah air liur, air mata, air peluh dan cecair perut. Lapisan kulit luar kita ni terdiri daripada sel kulit mati dan protein keras keratin, jadi kuman tak boleh nak tembus masuk ke dalam urat darah. Selain daripada itu, lapisan keratin ni juga kalis air dan ditambah dengan penghsilan minyak oleh liang roma, kuman makin payah nak tembus ke dalam liang halus.
Lendir pula bertindak sebagai perangkap kuman. Disebabkan sifatnya yang melekat, mana mana kuman dan debu debu halus yang memasuki rongga rongga badan khususnya hidung akan diperangkap lendir. Bulu hidung di dalam rongga tersebut juga membantu dalam memerangkap debu ini. Selain daripada itu, hidung juga mempunyai refleks bersin yang bertindak membuang debu dan kuman secara serta merta.
Bagi benteng kimia, selalunya ia melibatkan fungsi bahan kimia di dalam cecair badan yang mampu membunuh kuman. Air mata, air liur dan peluh mempunyai lysozim, sejenis enzim yang bertindak membunuh kuman sekiranya terdedah. Air liur juga didapati hidrogen peroksida (H2O2), sejenis agen pembunuh kuman. Sekiranya anda mempunyai luka yang dalam, selalunya doktor akan memberi cecair H2O2 inilah untuk bunuh kuman. Cecair perut pula sememangnya tempat yang sangat tak sesuai untuk kuman kerana kadar asidnya yang kuat.
Lapisan kedua, lapisan sentri bagi sistem imun kita ialah sel darah putih. Memandangkan sel darah putih ni ada dua jenis, maka aku nak bahagi siap siap kepada kelas leukosit dan limfosit. Yang kelas tentera sentri ni leukosit. Leukosit ni pulak ada banyak jenis dengan pelbagai fungsi. Sebagaimana sentri yang sifatnya lebih kepada sistem bantuan, leukosit pun sama.
Dia ni bunuh kuman, tapi yang bunuh parasit, cetuskan alahan, demam dan radang pun mereka ni juga. Bila ada demam dan radang, kuman jadi senang dikawal. Alahan tu sahaja yang tiada fungsi dalam sistem imun. Ia cuma kesan sampingan di mana leukosit salah anggap makanan kita tu kuman.
Lapisan ketiga, atau lapisan tentera elit limfosit ni lapisan terpenting dalam sistem imun. Bila mana kuman merbahaya tak mampu dikawal, tentera elit akan masuk campur. Lapisan ketiga ni boleh dipecahkan lagi kepada sistem intel dan juga unit elit.
Anggap sahajalah macam Wisma Putra dan Grup Gerak Khas (Komando). Wisma Putra akan kaji situasi dan cuba rangka serangan yang paling sesuai. Kemudiannya, Grup Gerak Khas ni yang akan serang. Nak senang, kita guna salah satu daripada limfosit ni, yakni sel B.
Selepas mengenal pasti kuman dan strukturnya, sel B akan mengembang dan beranak pinak menjadi menjadi klon dan seterusnya, sel plasma. Sel plasma ni kemudiannya akan menghasilkan banyak antibodi dengan struktur yang sesuai untuk membunuh kuman tersebut.
Selepas berperang dengan kuman, bukan semua klon sel B akan menjadi sel plasma. Mereka akan bertukar menjadi sel B memori. Sel ini bertindak sebagai penyimpan maklumat tentang antibodi yang boleh digunapakai untuk kuman yang sama. Mereka ni macam pelatih tentera lah. Sebab itu kalau anda perasan, sesiapa yang dah pernah kena ‘chicken pox’ jarang kena buat kali kedua. Sebab sel B memori inilah.
Mula mula kena serang tu memang lambat lah limfosit bertindak sebab tiada maklumat. Bila kali kedua kena serang kuman yang sama, yakni virus ‘chicken pox’, memang lajulah responsnya. Sebab kita dah ada maklumat.
Oh ya, cuba teka teknologi apa yang memanipulasikan limfosit untuk jadikan badan kita kuat? Jawapannya ialah vaksin. Sebab kuman yang masuk dalam badan kita ni kuat sangat, doktor akan suntik kuman lemah (vaksin) dalam badan untuk bagi sel B makan, kumpul maklumat dan hasilkan sel B memori. Sebab itu waktu kanak kanak kita dicucuk dengan pelbagai jenis vaksin – untuk bagi maklumat pada sel B terhadap penyakit yang bakal serang kita.
Ini baru sel B, tahu. Aku tak cerita lagi pasal sel pembunuh kanser.
RUJUKAN:
Alberts B, Johnson A, Lewis J, Raff M, Roberts K, Walters P (2002). Molecular Biology of the Cell (Fourth ed.). New York and London: Garland Science. ISBN 978-0-8153-3218-3.
Kurosaki T, Kometani K, Ise W (March 2015). “Memory B cells”. Nature Reviews. Immunology. 15 (3): 149–59. doi:10.1038/nri3802. PMID 25677494.
LeBien, Tucker W.; Tedder, Thomas F. (2008-09-01). “B lymphocytes: how they develop and function”. Blood. 112 (5): 1570–1580. doi:10.1182/blood-2008-02-078071. ISSN 0006-4971. PMC 2518873. PMID 18725575.
Murphy, Kenneth (2012). Janeway’s Immunobiology (8th ed.). New York: Garland Science. ISBN 9780815342434.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih