Ekonomi merupakan sektor yang cukup penting untuk pembangunan sesebuah negara. Di Jepun telah wujud beberapa sektor ekonomi yang dijalankan oleh penduduk Jepun feudal. Antara ekonomi yang diamalkan oleh masyarakat Jepun ialah pertanian, perikanan, perlombongan, perusahaan tempatan dan perdagangan.
Pertanian adalah penyumbang terbesar kepada sektor ekonomi Jepun. Ia telah menyumbang sebanyak 80% daripada perekonomian Jepun. Antara tanaman utama yang ditanam oleh masyarakat Jepun pada zaman dahulu ialah gandum, barli, padi, the serta kapas.
Untuk memastikan tanaman yang ditanam subur, mereka telah mula menggunakan sistem perairan semula jadi. Sistem pengairan ini amat penting untuk memastikan air sungai yang mengandungi nutrien dibekalkan kepada padi sekaligus mengurangkan penggunaan baja. Sistem ini juga memastikan kesuburan tanah adalah optimum tanpa perlu merehatkan tanah.
Walaupun 80% daripada sumber ekonomi penduduk Jepun ialah berasal daripada pertanian namun mereka tetap menghadapi beberapa masalah besar seperti masalah iklim. Jepun mempunyai iklim yang sedarhana yang tidak membolehkan mereka untuk menanam padi sepanjang tahun. Mereka hanya dapat menanam padi pasa musim luruh dan musim bunga sahaja.
Selain masalah itu, mereka juga menghadapi masalah kekurangan tanah ekoran bentuk muka bumi Jepun yang berbukit dan bergunung-ganang. Untuk mengatasi masalah kekurangan tanah ini. Petani Jepun telah menggunakan kaedah pertanian bertingkat. Pertanian Jepun berlaku lonjakan dengan ditandai oleh zaman Yayoi. Ini kerana pada zaman Yayoi peralatan pertanian daripada China mula masuk ke Jepun.
Selain itu, masyarakat Jepun juga menjana ekonomi melalui perusahaan tempatan. Sistem perusahaan tempatan ini seolah-olah konsep yang cuba dilakukan oleh Kerajaan Malaysia iaitu “Satu Daerah Satu Produk”.
Di Jepun juga keadaan sedemikian telah lama berlaku dimana setiap daerah mengeluarkan hasil yang berlainan contohnya daerah Kinai mengeluarkan barangan kain kapas, daerah Fukushima dan Yamanashi pula mengeluarkan produk berasaskan ulat sutera dan tenunan dan daerah Satsuma pula menjadi pusat pengeluaran gula. Daripada industri yang kecil ini, akhirnya berkembang menjadi satu industri yang besar. Daerah-daerah ini akhirnya menjadi banda besar. Contohnya ialah Bandar Seto, Kunwana, Sakai serta Ise.
Sistem ekonomi lain ialah ekonomi perikanan. Jepun merupakan negara yang kaya dengan pelbagai jenis ikan. Pertembungan arus panas dan arus sejuk iaitu ayoshio dan kuroshio telah menjadikan kawasan Jepun amat popular dengan industri perikanan.
Dengan 3000 buah pulau yang ada di Jepun menggalakkan lagi industri perikanan di Jepun. Kehebatan industri perikanan di Jepun telah dibuktikan hari ini apabila orang Jepun mampu untuk melakukan industri penangkapan ikan paus serta ikan yu dimana tidak semua negara mempunyai pengalaman tersebut.
Bandar Osaka merupakan bandar yang cukup terkenal di Jepun. Bandar ini telah berkembang disebabkan oleh perkembangan industri perlombongan yang berlaku di Jepun. Walaupun mempunyai tanah yang berbukit dan bergunung, Jepun mempunyai bahan mentah atau bahan galian logam yang banyak. Jepun merupakan antara pengeluar emas, perak serta tembaga. Semasa pemerintahan Oda Nobunaga , industri perlombongan ini semakin rancak.
Rakan luar pertama Jepun. Oleh itu, tidak pelik jika hubungan antara kedua buah negara ini agak rapat dalam perdagangan. Ekonomi Jepun menjadi bertambah pesat apabila wujud hubungan perdagangan antara 2 buah negara ini di zaman Putera Shotoku. Jepun mengimport barang dari China. Pada masa tersebut Jepun telah menjadi pelabuhan dunia yang menjadi tempat berkumpul para pedagang.
Pada masa itu juga, Jepun mendapatkan barangan tropika asia tenggara di China. Jepun telah mengimport barang seperti tembikar, porselin, sutera, buku ,lukisan , sulfur , emas dan sebangainya. Dalam masa yang sama, Jepun juga mengeksport barangnya kepada negara luar.
Antara barang yang dieksport ialah pedang, kipas berlipat serta pemidang yang mendapat permintaan tinggi di negara China. Selepas itu, Jepun mula mengadakan hubungan perdagangan dengan Portugal . Sekitar tahun 1550, ramai pedagang Portugis telah masuk ke Jepun.
Kemasukan Portugis turut membawa perubahan kepada teknologi Jepun dimana Portugal telah membawa teknologi perkapalan, teknik perang, persenjataan serta agama Kristian. Pada 1570 , Shogun Ashikaga memeterai perjanjian dengan Portugal bagi membolehkan pedagang Portugal di kawasan Nagasaki. Surat yang dikeluarkan oleh Ashikaga amat penting kepada pedagang Portugal untuk berdagang di Jepun.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih